Wednesday, September 1, 2010

Pengalaman Mohd Ridzuan Sufar bertemu Lailatulqadar Part 2.

Assalamualaikum wbt,

Intro: Gua ingat nak sambung citer ni lepas-lepas abis puasa 6. Tapi dah ada kutu-kutu kompelin suruh sambung. Tu belum kira yang kompelin dalam hati, yang hantar surat pakai saluran facebook pun ada cakap gua main-main kan perasaan reader. Oklah, hari ni gua tarawih 8 rakaat ajer sebab nak balik rumah nak sambung cerita Wan Sopak.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, pagi tu cerah tapi tak panas. Wan Sopak renung mata gua lama-lama.. beliau tarik nafas lagi... kemudian di lepaskan perlahan...

"Semalam, lepas ana balik dari dengar usrah dari Haji Sheikh, jiwa ana betol-betol tersentuh. Ana rasa setiap butir perkataan dari mulut Haji Sheikh bagaikan busar yang tepat ke hati ana"

Wan Sopak terhenti di situ. Di lemparnya jauh pandangan ke pokok pelam nenek gua. Dari mata beliau gua tau itu hanyalah sebuah pandangan penuh keinsafan. Tak ada sedikit pun tanda-tanda Wan Sopak berniat nak rembat pelam nenek gua.

"Malam tadi dalam perjalanan ana balik dari kedai Mail, ana berasa sangat sayu di hati. Sedang ana berjalan di tepi rumah Opah Itam, ana tersepak sebatang pokok buluh yang menghalang laluan ana.. Mula nya ana ingat hanya sebatang, tapi rupanya banyak. MasyaAllah.. bukan kah itu tanda malam Lailatulqadar?"

Gua dah start terpegun, bulu roma start nak naik selai-selai.

"Ana tengok pokok buluh rebah ke bumi sebagai tanda kebesaran kuasa Allah, air mata ana dah mula mengalir. Tak sangka ana terpilih untuk bertemu Lailatulqadar, dalam perjalanan pulang ke rumah itu jugak, badan ana terlalu sejuk hingga menggigil"

Gua tengok Wan Sopak memang cakap betol kali ni, dari matanya gua tau dia tak menipu.

"Lagi Sheikh.." kerana terpegun, lidah gua secara tiba-tiba memanggil Wan Sopak sebagai Sheik. Tinggi darjat Wan Sopak di mata gua ketika itu.

"Sampai saja ana dirumah terus ana salin pakaian dan mengambil wudhuk. Benarlah seperti yang diceritakan oleh Haji Sheikh, air sangat lah sejuk, menggigil seluruh tubuh ana.. MasyaAllah, lalu ana bersolat sunat 2 rakaat dan memohon supaya ana diampunkan dosa. Dan Alhamdulillah pagi ni ana bangun tidor ana rasa diri ana sesuci bayi yang baru lahir" panjang lebar sembang Wan Sopak.

"Wahai sahabatku dunia akhirat Wan, pahala anta sekarang sudah macam ustaz-ustaz anta tau tak?" Kata gua kepada Wan Sopak sebagai tanda kagum.

"Yaaa itu ana tau" jawap Wan Sopak. Gaya angkoh masih ada.

Gua meminta izin untuk menemani Wan Sopak berjalan bersama beliau hingga ke rumah beliau. Terlintas di depan rumah Opah Itam. Lantas Wan bersuara..

"Haaa kan ana dah kata, cuba anta tengok pokok buluh tu, masih lagi sujud menyembah bumi walaupun sudah siang.. begitu agung kuasa Allah"

Sepantas kilat gua menoleh kepala ke arah pokok buluh tepi rumah Opah Itam demi meyaksikan sebuah keajaiban Ramadhan..

MasyaAllah.. gua beristigfar, Ya Allah kau ampunkanlah dosa hamba-Mu ini, kau tenangkanlah hati hamba-Mu yang lemah ini.

Gua menoleh semula ke arah Wan Sopak seraya berkata "Brader, tu buluh bukan sujud menyembah bumi pasal Lailatulqadar, itu buluh menyembah bumi pasal orang tebang nak buat lemang"

"Yer ke? abis yang gua rasa sejuk semacam malam tadi aperhal" Wan Sopak pun dah mula goyang.

"Dah lu tegok teh 'o' ais limau sampai tiga cawan pastu ais semua lu kasi kunyah telan memang lah satu badan sejuk!"

28 Ramadhan tahun 2000. Hari tu nyaris puasa gua nak batal pasal maki orang.

apei - budak kampung

8 .:

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

terbaik wan sopak~





naseb x kono sopak dek apei...

inchEkPelukis said...

pulak dah... =.=

KayNisa said...

adoi, terpedaya sungguh. memang terbaek..

Jarr said...

mmg mintak sakit wan sopak ni..cilake.lu pon sama terjebak..

Ann said...

boleh masuk dlm komik ujang ni..

sengal

afendi ariff said...

sheikh!
heh....

J@J@ / Bini The Rock said...

HA HA HA HANTUUUUUUUUU betol criter nih!!

chehhh!!!

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...