Saturday, September 4, 2010

psp saya

Assalamualaikum wbt,

Dari malam tadi gua mencarik psp (playstation portable) gua. Last sekali Cik Orked yang pakai buat main game pistol-pistol. Itu last sekali gua nampak psp gua. Gua try jugak carik dalam bilik Cik Orked kot dia simpan bawah bantal sebelum tidor ke, letak tepi katil ke, tak pun dah pandai berdisiplin letak balik psp kat dalam laci gua. Tapi haram semua tempat tak ada.

Lepas sahur tadi mata gua dah tak nak tidor, gua ber-diskusi secara ilmiah bersama Puan Marlina mencarik sebuah konklusi di mana terletaknya psp gua. Dah lama sgt tak berlaku benda-benda ghaib macam ni kat rumah gua.

Mungkin proses diskusi gua dengan Puan Marlina di ruang tamu bawah menganggu tidor Cik Orked dan beliau turun sambil bawak botol susu kosong..

"Mama nak cucu" kata Orked sambil hulur botol kosong.

"Orked nampak mana game papa?" tanya Puan Marlina buat-buat suara garang.

Dengan penuh jujur Orked melangkah menuju peti sejuk dan bukak tempat sayur. Yer di situ psp gua.

apei - budak kampung

p/s: Gua tengah cas batery psp sekarang. Sat lagi gua try 'on'. Kalau rosak gua terpaksa potong elaun baju raya Cik Orked untuk ganti kos repair psp gua. Muktamad!

7 .:

Qistina Qibtiya said...

huhuhu..dalam peti ais..sikbek xdalam tong sampah....

afendi ariff said...

psp lu ada game "api2" ke bai?
itu psl orked masuk dlm freeze...
heh!

KayNisa said...

aduhhh, terbaek lah orked

aieda said...

cumel cumel! pandai cik orked... aku nak gelak guling2 dgar.. maapkan la orked hehehe...

apei said...

qistina - dalam tong sampah pernah jugak tapi kunci kereta.

fendi - game pistol-pistol bai. pesen tembak keluar api.

kaynisa - hahahaha.. kena banyak sabar.

aieda - gua syak malam semalam masa orked main game tetiba dia haus. bukak peti sejuk pastu trade-in psp gua dengan air vitagen. psp tinggal tinggal dalam peti sejuk air vitagen amik. Pn Marlina sorok air vitagen kat tempat sayur, pasal tu psp gua ada kat tempat sayur.

CHEDEM said...

Apei,PSP lu panas sangat tuh sebab lu selalu main game.Orked kesian,dia tolong sejukan.Nak main lama2 lu duduk depan peti ais bukak pintu ye.

Pandai orked - Duit raya,datang raya umah uncle ek

Robot Baik said...

lain kali kau patut ajar orked simpan psp dalam porch, bukan simpan dlm fridge..
hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...