Thursday, October 28, 2010

Perubahan sikap.

Assalamualaikum wbt,


Kebelakangan ni Cik Orked ada perubahan dari segi sikap. Antara perubahan yang gua perasan adalah seperti berikut:

1- Suka bercerita.
Semalam dalam kereta time perjalanan balik dari rumah Datin Sri ke rumah gua di Cheras, Cik Orked banyak betol bercakap. Macam-macam cerita, cukup dengan gaya dari Otromen sampai ke gaya Upin & Ipin. Corak penceritaan lengkap dengan sound effect dari bunyik siren polis sampai ke bunyik kucing. Tapi sepatah haram gua tak tau aper benda yang dia nak cerita. Gua tengok Puan Marlina ajer yang sibuk angguk-angguk kepala tanda paham walaupun gua tau beliau pun sebenarnya tak paham apa-apa.

2. Suka minum susu.
Biasa Cik Orked akan minum susu sebelum tidor, sekarang ni selain dari time tidor Cik Orked jugak akan mintak susu masa time sedap-sedap gua nak landing tengok berita sambil makan kacang. Time tulah dia sibuk nak mintak susu. "Papa nak cucu (susu)". Tapi bukan minum sangat, gua tengok susu tu lebihnya ke mulut teddy bear atau pun di tuang ke carpet. Kalau tak bagi mula lah nak merajuk.


3.Suka makan suap sendiri.
Sekarang ni style makan semua benda nak suap sendiri, tak 'rock' katanya kalau Pn Marlina suapkan. Tapi tulah kalau dah makan nasik suap sendiri, lu paham-paham ajerlah. Gua tengok kalau lepas makan tu, Puan Marlina kutip nasik-nasik jatuh bawah meja dah sama banyak macam nasik yang mula-mula letak atas pinggan sebelum makan tadi. Tu belum kira soal-soal cedok ikan dan sayur masuk pinggan sendiri. Makan biskut pun macam tu, biskut di patah-patah dan ramas-ramas sampai tinggal habuk dan di taburkan atas rambut. Katanya "Mama, ocit main calji (salji)"


4. Membahasakan diri sebagai KAKAK.
Gua syak yang ni Datin Sri yang ajar. Sekarang kalau citer apa-apa sikit Cik Orked akan bahasakan diri dia sebagai Kakak.

Tapi perubahan pesen suka tanya soklan yang sama hari-hari ni gua memang letih nak layan.

"Papa, bila baby kakak nak datang ni?"

apei - budak kampung

Monday, October 25, 2010

"Ocit doa aper?"

Assalamualaikum wbt,

Pukul 11pm, mata gua dah sedap-sedap nak tidor. Cik Orked pun gua tengok dah start isap jari tanda nak tidor. Kat luar hujan, Cik Orked tak nak tidor kat bilik sendiri. Puan Marlina pulak masih baca buku elektronik berbentuk i-pad. Kalau dah baca novel cinta memang tak boleh kacau. Katanya kalau cerita cinta orang putih lagi sedih dari cerita cinta Lagenda Budak Setan.

Tetiba gua terdengar sayup-sayup di hujung telinga suara Cik Orked macam bisik-bisik ngan mama nyer.

"Yelah, jom mama bawak pi toilet"

2-3 minit kemudian Puan Marlina petik suiz bukak lampu bilik.

"Papa, sorrylah ni anak dara papa nak semayang. Tadi orang semayang dia sibuk nak tengok Spongebob" Kata Puan Marlina.

"Yerlah" Jawap gua.

Mungkin rasa bersalah kat gua, Cik Orked terus duduk dan doa ajer. Tak pulak gua nampak gerak geri sujud dan rukuk yang gua dah ajarkan tu.

Lepas Pn Marlina dah bukak telekung Cik Orked, gua tanya "Naper doa ajer?"

"Cian papa nak lido ecok nak teje (kesian papa nak tidor esok nak kerja)"

"Ocit doa apa?" Tanya gua lagi.

"Ocit loa baby kita lah" Jawap Cik Orked terus di sumbatnya ibu jari kanan ke dalam mulut bagi isyarat dia nak tidor.

Kat luar bunyik cengkerik ngan bunyik hujan dah sama kuat. Puan Marlina masih baca novel cinta-cinta. Gua terus berangan nak jadi Gabenor!

apei - budak kampung.

p/s: InsyaAllah June 2011 Cik Orked dapat adik. =)

Friday, October 22, 2010

Fairus dan teh tarik.

Assalamualaikum wbt,

Fairus ceria di samping teh tarik gelas ke-2. Gelas ke-3 sedang mananti.
Fairus merupakan rakan se-opis gua. Beliau seorang yang suka beramal ibadat seperti sembahyang asar di awal waktu dan bersembahyang Jumaat secara konsistent tak pernah miss.

Selain dari gemar makan pakai tangan, Fairus jugak suka minum teh tarik. Pada beliau teh tarik adalah satu minuman yang cukup mistik.

Semalam lepas semayang asar, gua telah membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama Fairus di cafetaria opis gua. Katanya ada berita mustahak hendak disampaikan.

"Tarak hal asalkan lu 'payung' gua punya ice latte" Ugut gua kepada Fairus.

"Deal" Jawab Fairus tegas sambil buat-buat suara serak.

Di cafe, Fairus mengorder teh tarik dan gua ice latte.

"Aper citer?" tanya gua sambil tengok muka Fairus.

"Gua ada permintaan, harap lu tunaikan. Buat kali terakhir!" Kata Fairus buat muka sedih. Bunyik macam orang dah nak mati.

"Lain macam bunyik bro, lu kena HIV ke?"

"Macam ni, sampai opis lu tolong ajar gua macam mana nak main facebook!" Gua tengok muka Fairus macam malu-malu sikit. Mungkin dia masih teringat kata-kata beliau 2 tahun lepas bahawa main friendster adalah lebih sedap dari main facebook.

apei - budak kampung

Thursday, October 14, 2010

kismis cicah milo

Assalamualaikum wbt,



Macam biasa sebelum tidor gua akan minum milo panas cicah biskot. Tapi malam tadi gua minum milo cicah roti kismis. Orked join sekali. Puan Marlina tak join pasal sibuk tengok youtube sambil gelak-gelak. Pada gua makan roti cicah milo sambil tengok berita tv1 adalah lebih 'cool' daripada aktiviti tengok video kelakar dalam youtube malam-malam gini. Betol tak Puan Marlina? hehehe..


Istilah makan roti kismis pada Cik Orked adalah kutip kismis sampai habis dan kemudian roti yang tak ada kismis akan di rejek ke dalam pinggan gua sebagai tanda roti tu dah tak boleh makan dan kemudian Cik Orked akan amik roti baru dari dalam plastik. Istilah makan roti kismis cicah milo pulak pada gua ialah makan roti yang telah di rejek oleh Cik Orked dan di cicah milo.


Entah aperhal malam tadi Cik Orked punya selera makan roti kismis cicah milo dah lari sikit tune nyer. Dah jadi kismis cicah milo.


"Papa, Ocit nak icah lilo" Kata Cik Orked sambil pegang sebijik kismis.


"Kismis tak boleh cicah milo, pasal kismis kecik. Kalau nak cicah jugak kena sekali sama roti" Gua cuba bagi penerangan secara ilmiah kepada Cik Orked.


"Nak ugak.."


"Papa kata tak boleh, nanti tangan kena milo. Milo tu panas. Kalau kena milo panas nanti jari boleh putus" Pendekatan secara ilmiah yang gua beri sebentar tadi tak berguna, jadi gua menggunakan pendekatan yang lebih tegas.


"Oteyyy (OK)" Alhamdulillah Cik Orked paham akhirnya.


Gua sambung cicah roti dalam air milo sambil mata tengok orang baca berita. Orked sambung makan kismis.


5 minit berlalu.. Orked makan dengan tekun. Mata gua menjeling...


Orked kutip 4-5 bijik kismis atas roti, masuk dalam mulut dan terus minum milo. Kemudian kismis dikunyah bersama-sama milo.


"Orked buat aper ni? kenapa makan pesen macam ni?" Gua tanya bunyik tak puas hati.


"Kismis icah lilo ni papa!" Jawab Cik Orked sambil kutip lagi kismis atas roti.


"Budak-budak sekarang memang licik" bisik gua dalam hati.


apei - budak kampung

p/s: Arabella cakap dah macam iklan susu. Kalau ada saper-saper nak offer Cik Orked belakon iklan susu boleh contact pengurus peribadi beliau iaitu Puan Marlina. Harap maklom. hehehe...

Friday, October 8, 2010

Bekal untuk papa pergi kerja.

Assalamualaikum wbt,


Pagi ni gua datang opis angkut beg sandang untuk letak laptop. Gua tak bukak compartment lain selain dari tempat letak laptop.

Sampai opis, gua keluarkan laptop di compartment utama dan bukak compartment kecik belah depan untuk carik pendrive. Selain dari pendrive gua jugak menemui 2 keping roti gardenia yang dah berlobang di tengah-tengah, seketol sudu besi dan jugak beberapa helai daun salad.

Soalan gua pada hari ini ialah:
1- Siapa yang harus bertanggungjawap ke atas kejadian tersebut?
2- Bila barang-barang tersebut di letakkan di dalam beg laptop gua? dan;
3- Mengapa barang-barang tersebut di letakkan di situ?

apei - budak kampung

Thursday, October 7, 2010

TV saya.

Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas Cik Orked dah genap 2 tahun. Sikap nakal beliau makin hari makin menjadi-jadi. Gua sendiri pun dah tak larat nak kompelin.

Malam semalam, gua sampai rumah sedap-sedap time berita nak start. Terus duduk atas sofa, capai remot dan bukak tv. Tetiba angin gua menaik satu macam bila tengok lcd tv gua kena conteng dengan marker (permenant). Tak ada orang lain yang gua syak.....

"Orked, saper conteng tv papa?"

"Ocit ampak icak tu uwat (Orked nampak cicak tu buat)" Jawap Orked cuba tak mengaku.

"Jangan tipu papa, cakap betol-betol saper conteng" Suara gua dah kuat sikit. Cuba buat-buat serius.

"Ocit uwat icak tu culuh (Orked buat sebab cicak tu suruh)"

Gua tak nampak ada cicak pun dalam rumah gua, memang tak leh terima alasan pesen mcm ni lepas tv lcd gua kena conteng ngan marker permenent kaler hitam. Gua tarik nafas dalam-dalam, hembus dengan tenang. Gua tengok Orked dah start tunduk, mungkin dah start rasa bersalah. Masa conteng tadi tak plak rasa bersalah.

"Ok tak per..papa bukan marah, papa tanya ajer. Lain kali jangan buat lagi nanti papa cubit tangan tu!"

Gua jeling-jeling kat dapur, Puan Marlina angkat tangan kanan bagi signal suruh gua pukul bontot Ocit. Gua geleng...

apei - budak kampung

p/s: Sebelum tidor.. "Apersal tak pukulkan sikit tangan dia tu?" - Pn Marlina. "Tak perlah bukan dia sengaja. Dia terpaksa conteng pasal cicak suruh!" - Apei.
macam mana nak hilangkan marker dari screen lcd?

Monday, October 4, 2010

Pengalaman saya pergi makan kenduri kawin Mohd Ibrahim.

Assalamualaikum wbt,

Ni sepupu gua nama dia Mohd Ibrahim. Selamat Pengantin Baru Mohd Ibrahim. Punca gambar : Handpon camera Mohd Amir (sepupu gua lagi sorang).

Hari raya pertama, gua dapat sms paling rare dari Mohd Ibrahim iaitu sepupu gua. Sms bukan bunyik Selamat Hari Raya atau Jemputlah ke rumah ada Open House. Tapi Sms berbunyik

"Anda bertuah, no hanpone anda telah terpilih untuk menerima jemputan ke masjlis perkahwinan saya pada 2 October 2010. Alamat seperti berikut bla..bla..bla..."

Gua reply, "Ok roger!"

**********
2 October 2010, Sabak Bernam.

"Tahniah brader.." Ucap gua kepada Mohd Ibrahim selepas selesai akad nikah.

"Ok..ok.." jawap Mohd Ibrahim ringkas. Jelas fokus Mohd Ibrahim sudah hilang. Mungkin fokus lebih tertumpu kepada bilik pengantin. Gua rasa tapak tangan Mohd Ibrahim masih basah berpeluh, kat sideben pun ada peluh jugak. Mungkin darah gemuruh. Biasa arr...

Selepas amik gambar ala kadar, gua dan sedara-mara lain dijemput untuk makan nasik. Lauk memang nampak sedap.

Gua taruk perut masak lemak, pecal, aca buah dan 2 potong oren ke dalam pingan. Tak lupa jugak air sirap. Lauk memang tip-top. Gua punya selera satu macam menaik. Kat depan gua ialah Mohd Amir iaitu sepupu gua jugak, yang dari tadi memang dah tak angkat muka. Gaya makan tunduk ajer dah macam orang tidor sambil duduk pun ada. Sama ada lauk terlalu sedap atau barangkali Mohd Amir malu nak makan sambil menatap muka gua.

"Masham mana lauk nya, ada bagus?" tanya bapak pengantin perempuan bunyik jawa.

"Alhamdulillah pakcik, shedap betol. Masyak lemak perot ni paling shedap pakcik" Gua jawap pun buat-buat bunyik jawa.

"Haa tu paling shepesial (Special) tu.. masyak lemak perot shampur (campur) kulit lembu.. haaa makan-makan sampai habis" sambil pakcik tu tepuk-tepuk belakang gua.

Secara auto Mohd Amir yang dari tadi tunduk tetiba mengangkat muka sambil kunyah pelahan-lahan.. dari raut wajah dan anak mata Mohd Amir gua nampak ada 1000 penyesalan. Kalau Mohd Amir nak menyesal mungkin masih ada peluang. Tapi kalau gua nak menyesal pun dah tak guna pasal gua dah siap-siap basuh tangan tanda abis makan.

***************
Selepas abis upacara sanding, Mohd Amir yang dari lepas makan tadi kelihatan murung tetiba bersuara "Gua mati-mati ingat tu daging bakar pei.. kalau gua tau tu kulit lembu sumpah gua tak nak makan..sumpahhhhhh"

"Gua pun tak tau plak selain dari buat kompang, kulit lembu boleh buat makan!" Jawap gua pendek sambil merenung tepat ke wajah Mohd Amir. Kelihatan ada kilauan seakan air mata di hujung mata beliau. Sabarlah...

apei - budak kampung

God Father!

Assalamualaikum wbt,


Dah 2 orang call hand phone gua, sorang hantar email pakai facebook, cakap suruh gua tulis blog. Tapi gua mengelak cakap sekarang gua tengah sibuk setup satu business juta-juta kat timur tengah. Nampaknya diorang pesen paham.

Tapi baru kejap tadi Jarr call terus talipon opis gua. Cakap style mafia-mafia 'God Father' nak ugut colek pastu nak bakar gua atas zink kalau gua tak update blog dalam tempoh 24jam.

Ok Jarr gua dah update...

hehehe..

apei - budak kampung

p/s: Gua dengar liverpool kalah ngan budak-budak baru belajar main bola. Aper citer jarr?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...