"Ocit doa aper?"

Assalamualaikum wbt,

Pukul 11pm, mata gua dah sedap-sedap nak tidor. Cik Orked pun gua tengok dah start isap jari tanda nak tidor. Kat luar hujan, Cik Orked tak nak tidor kat bilik sendiri. Puan Marlina pulak masih baca buku elektronik berbentuk i-pad. Kalau dah baca novel cinta memang tak boleh kacau. Katanya kalau cerita cinta orang putih lagi sedih dari cerita cinta Lagenda Budak Setan.

Tetiba gua terdengar sayup-sayup di hujung telinga suara Cik Orked macam bisik-bisik ngan mama nyer.

"Yelah, jom mama bawak pi toilet"

2-3 minit kemudian Puan Marlina petik suiz bukak lampu bilik.

"Papa, sorrylah ni anak dara papa nak semayang. Tadi orang semayang dia sibuk nak tengok Spongebob" Kata Puan Marlina.

"Yerlah" Jawap gua.

Mungkin rasa bersalah kat gua, Cik Orked terus duduk dan doa ajer. Tak pulak gua nampak gerak geri sujud dan rukuk yang gua dah ajarkan tu.

Lepas Pn Marlina dah bukak telekung Cik Orked, gua tanya "Naper doa ajer?"

"Cian papa nak lido ecok nak teje (kesian papa nak tidor esok nak kerja)"

"Ocit doa apa?" Tanya gua lagi.

"Ocit loa baby kita lah" Jawap Cik Orked terus di sumbatnya ibu jari kanan ke dalam mulut bagi isyarat dia nak tidor.

Kat luar bunyik cengkerik ngan bunyik hujan dah sama kuat. Puan Marlina masih baca novel cinta-cinta. Gua terus berangan nak jadi Gabenor!

apei - budak kampung.

p/s: InsyaAllah June 2011 Cik Orked dapat adik. =)

Comments

Ann said…
pndai orked doakan bakal adik dia tu......tahniah wat lu n pn marlina.
ms shiya said…
tahniah buat apei n pn marlina..
wah, 6ti orked dpt adik..
:)
aieda said…
tahniah tahniah buat encik apei dan pn marlina... pandaii ocittt!
n a d e a said…
wah orked nak dpt adik ke~ congrats weh~
qishie said…
cepat je orked dah besar.hopefully lepas ni dapat anak laki! :)
Anonymous said…
awmaigod..
that was soooo sweeet.. :)
Yot | is | Yati said…
orked sweetttt!!! pandai nyaaaa!!!
tahniah dr guwa! taun depan raya bertambah syok la kuarga en. apei!
Helmi said…
Lu jaga apei.nanti orked kuat ngamok nak dapat adik.gua dah kena.anak sulung nak dapat adik memang macam tu.
Helmi said…
Lu jaga apei.nanti orked kuat ngamok nak dapat adik.gua dah kena.anak sulung nak dapat adik memang macam tu.
Jarr said…
tahniah bro..
gua akan cuba memberi Adam adik secepat mungkin juga seperti yg kita rancang dulu...kah kah kah.

Popular Posts