Thursday, October 28, 2010

Perubahan sikap.

Assalamualaikum wbt,


Kebelakangan ni Cik Orked ada perubahan dari segi sikap. Antara perubahan yang gua perasan adalah seperti berikut:

1- Suka bercerita.
Semalam dalam kereta time perjalanan balik dari rumah Datin Sri ke rumah gua di Cheras, Cik Orked banyak betol bercakap. Macam-macam cerita, cukup dengan gaya dari Otromen sampai ke gaya Upin & Ipin. Corak penceritaan lengkap dengan sound effect dari bunyik siren polis sampai ke bunyik kucing. Tapi sepatah haram gua tak tau aper benda yang dia nak cerita. Gua tengok Puan Marlina ajer yang sibuk angguk-angguk kepala tanda paham walaupun gua tau beliau pun sebenarnya tak paham apa-apa.

2. Suka minum susu.
Biasa Cik Orked akan minum susu sebelum tidor, sekarang ni selain dari time tidor Cik Orked jugak akan mintak susu masa time sedap-sedap gua nak landing tengok berita sambil makan kacang. Time tulah dia sibuk nak mintak susu. "Papa nak cucu (susu)". Tapi bukan minum sangat, gua tengok susu tu lebihnya ke mulut teddy bear atau pun di tuang ke carpet. Kalau tak bagi mula lah nak merajuk.


3.Suka makan suap sendiri.
Sekarang ni style makan semua benda nak suap sendiri, tak 'rock' katanya kalau Pn Marlina suapkan. Tapi tulah kalau dah makan nasik suap sendiri, lu paham-paham ajerlah. Gua tengok kalau lepas makan tu, Puan Marlina kutip nasik-nasik jatuh bawah meja dah sama banyak macam nasik yang mula-mula letak atas pinggan sebelum makan tadi. Tu belum kira soal-soal cedok ikan dan sayur masuk pinggan sendiri. Makan biskut pun macam tu, biskut di patah-patah dan ramas-ramas sampai tinggal habuk dan di taburkan atas rambut. Katanya "Mama, ocit main calji (salji)"


4. Membahasakan diri sebagai KAKAK.
Gua syak yang ni Datin Sri yang ajar. Sekarang kalau citer apa-apa sikit Cik Orked akan bahasakan diri dia sebagai Kakak.

Tapi perubahan pesen suka tanya soklan yang sama hari-hari ni gua memang letih nak layan.

"Papa, bila baby kakak nak datang ni?"

apei - budak kampung

7 .:

aieda said...

ocit mula merasakan yg beliau dah besar, dan x lama lg adik nak datang... ocit practice nak suap susu kat adik tu yg test kat teddy bear dulu hehe..

citahrudin said...

part ocit main salji tu yg bikin gua menung tu...

Ann said...

haha comel betul keletah orked....nti de geng..xlayan ko dah...

Helmi said...

Gua dah kata dah..

pari pari syurga said...

gua syak lu kena beli buku terjemahan bahasa kanak-kanak..
supaya senang lu berinteraksi dgn ocit nti..



muahaha..

sharamli said...

0cit dah nak jadik kakak ke

J@J@ / Bini The Rock said...

Perubahan ketara sbgai seorang 'kakak'...

dia sdg belajar berdikari tu.

heheheh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...