Four Season Hotel George V Paris - Paris, France.

Assalamualaikum wbt,

Four Season Hotel George V Paris - Paris, France. (FSHG)

Gua mencapai talipon dan tekan nombor '0'...

"Hello house keeping ke? ni saya nak tanya sejadah ada tak?" Gua talipon house keeping hotel FSHG sebaik sahaja masuk bilik lepas checked-in nak buat Jamak.

"Sorry sir, kami tak provide sejadah. Pasal orang duduk sini tak semayang!" Jawap brader house keeping lorat mat salleh. Bunyik pun ada kurang sedap sikit telinga gua dengar.

"Macam mana korang tak boleh sediakan sejadah? aku bayar hotel mahal-mahal sampai euro 1,500 nett per nite, sekeping sejadah pun lu orang tak boleh sediakan?.. Satu lagi ni gua nak kompelin, gua nak lu orang gantikan bibble dalam laci bilik ni ngan Quran. Gua nak Quran resam Usmani. Kalau boleh yang ada baris warna-warni senang gua nak baca ikot tajwid" Marah betol gua time tu. Biasalah orang kaya kena kerek sikit.

"Ok Sir, kami akan sediakan secepat mungkin. Sir, Quran tu nak yang ada terjemahan ke tak payah?" Jawap brader house keeping tadi.

"Tak payah. Orang kaya mcm gua pandai banyak bahasa. Gua paham bahasa arab. Bukan mcm lu. Cakap orang putih pun gagap. Pasal tu lu tak boleh duduk kat hotel mewah mcm gua"

"Ok Sir.. I understand sir" Budak house keeping paham cakap gua.

"Good boy... jgn kecewakan gua. Lagi satu make sure lu tunjuk arah kiblat betol. Sekarang musim sejuk masuk magrib pukul 4 petang. Jangan lambat2 kang tak sempat gua nak jamak asar ni"

"Ok sir, dont worry sir. I'm on my way sir"

Gua hentak talipon kuat-kuat tanda marah. Puan Marlina dari cheked-in tadi hanya duduk di balkoni sambil menikmati pemandangan kota France, udara di luar nyaman dan sedikit sejuk.

"Mengamok betol abg ngan budak house keeping hotel ni..sikit tak reti nak respek orang kaya macam kita ni. Takat gaji dia sebulan pun dah sama dengan harga bilik ni satu malam tau. Nak semayang pun susah. Ni letak bibble plak dalam laci ni. Kalau hantu mak limah datang, ingat laku ke bibble ni? mesti nak kena Quran jugak... Aper lah diorang ni. Tak perihatin langsung dengan pelancong kaya macam kita. Bukan ramai orang kaya yang macam kita ni. Dah la kaya, beriman dan bertakwa pulak tu"

Puan Marlina masih duduk di balkoni menjeling arah gua.

"Bang.. boleh tak jgn nak berangan. Meh sini tolong sidai baju kat balkoni ni. Tak larat nak bongkok-bongkok sangat. Tu talipon Orked tu abg letak balik dalam kotak mainan dia, kang bising dia carik tak jumpa. Tu sejadah dah berlipat dalam almari, pas semayang tutup lampu bilik ni, tidor awal sikit. Ingat esok nak keje"

apei - budak kampung

p/s: salah ke gua berangan jadi kaya?

Comments

n a d e a said…
HAHA. agak2 la sikit kot ye pun nak berangan bro ! adehhh
Ann said…
haha kalo cmni lah gayenya lu jd org kaya, lupe jer lah..hehe
aieda said…
x sangka lu berangan mcm ni pei.. main tepon orked lg hahahaha!
Jarr said…
weih call opis lu takdak?tau la takmo ckp ngan gua dah..sklempes lu.
afendi ariff said…
bwk2 la tolong wife lu yg tgh mengandung tu pei...
heh!
helmi said…
berangan tak salah,mengelak tolong mem tu yang salah.
haza said…
hantu mak limah bro....LOL
TiKa LEh said…
hahah..berangan jd kaya tu matlmat tu..hehhe

Popular Posts