Pandan Indah ke Masjid Jamek

Assalamualaikum wbt,

Semalam gua pi keje naik train pasal malas nak bawak kereta. Dari stesen Pandan Indah ada seorang wanita mengandung 4 bulan. Gua perhatikan ajer perempuan tersebut. Perot dia boleh tahan besar. Walaupun sekadar berseluar dan berbaju blaus. Tapi bentuk tubuh jelas menunjukkan wanita tersebut sedang mengandung.

Apabila wanita tersebut masuk ke dalam train, beliau terpaksa berdiri kerana tiada tempat kosong untuk duduk. Wanita tersebut berdiri mengadap baris kerusi. Disitu ada 2 orang lelaki muda berbangsa melayu, seorang wanita cina, dan 2 orang wanita melayu yang sibuk berbual sesama mereka. Setelah ternampak wanita mengandung berdiri dihadapan mereka, seorang lelaki melayu tadi buat-buat tidor manakala seorang lagi main handpon sebagai tanda tak perasan ada perempuan mengandung di hadapan mereka.

Ding..dong... stesen berikutnya Maluri...

Lelaki melayu yang dari tadi tidor secara tiba-tiba bangun dengan selamba dan turun di stesen maluri. Gua memerhati wanita yang sedang mengandung tadi cuba berjalan untuk mendapatkan tempat duduk lelaki melayu yang baru bangun tadi. Tapi dengan pantas seorang bangladesh lelaki pakai baju shell duduk di tempat kosong tersebut walaupun nampak wanita mengandung tadi sedang berjalan menuju ke tempat kosong tersebut.

Ding..dong.. stesen berikutnya..Hang Tuah..

2 orang perempuan melayu yang sedang dari tadi sibuk berbual bangun dan keluar dari train. Dari wajah wanita mengandung tu gua tau dia dah tak larat nak berdiri. Namun dia masih bersabar. Bangla shell dan lelaki melayu main handpon masing-masing buat perangai macam tunggul kayu. Wanita mengandung cuba mendapatkan tempat duduk yang di tinggalkan 2 orang perempuan melayu tadi. Pun sekali lagi tewas dengan lelaki cina memakai tie dan seluar ketat. Ada satu lagi tempat kosong. Seorang wanita india tua menghampiri tempat tersebut dan tiba-tiba wanita india tua tersebut bersuara...

"Adik duduk sini, auntie berdiri tak apa.. dan memberikan tempat duduk tersebut kepada wanita mengandung tersebut"

"Terima kasih auntie.. saya cepat penat sekarang sudah 4 bulan"

Perempuan india tua sekitar umur 60 tahun ++ hanya tersenyum.

Gua melihat wanita mengandung tadi sambil senyum...

"Aper senyum-senyum.. lenguh tau kaki berdiri. Ni semua abg lah punya pasal bangun lambat kan dah kena pi keje naik train. Esok tak kira, abg cepat ke lambat ke drive jugak"

Mengamok betol Pn Marlina ngan gua semalam.

apei - budak kampung.

Comments

afendi ariff said…
kalu gua...gua dah hentak dah mangkuk2 tu...espesili mat bangla shell tu...
heh!
KayNisa said…
dari awal citer aku dah agak ppuan ngandung tu bini hang.. hehe
The Nurul said…
eh kalau laki aku aku piat2 dah telinga. apa susah sangat ke nak mintak orang kasi bini tempat duduk. ggggrrrr!!!!!
aieda said…
hahaha tertipu aku awal-awal dgn jalan cite dan bahasa penuh skema cm novel tu. tapi rs pelik cmne ko tau yg mngandung tu dh 4 bulan hehehe...
The Author said…
dah agaakk dah sape ppuan ngandung tuu..hehehe :)
Jarr said…
mmg cilakak punye yg tukang citer ni..hahaha.

weih ingat jugak lu password blog ekk?bagus.
Ann said…
hehe bini lu rupenya....mujur auntie tu baik....ape punye lah laki2 tu..xgentleman lgsung
apei said…
cilakak semua marah gua. malas gua nak update blog lagi.
Ammal said…
Ceetttt... ahkak pun nak marah!! Awat ko tak pie kejar seat kosong tu untuk dia? Ada ka suruh bini terboyot-boyot carik tempat duduk. Dah la mengandung pun sebab ko jugak!
helmi said…
kahkahkah!lu mmg tak patut...

Popular Posts