Friday, October 28, 2011

Selamat Berhujung Minggu..



Are you? 




apei - budak kampung

p/s: rajin jugak gua, tak sangka ni entry gua yang ke 10 untuk bulan ni.

Dream


Dream... here I come!!!









apei - budak kampung

Thursday, October 27, 2011

Bos FAM




Kat berita tv3 bahagian sukan ada keluar muka abg ni semalam. Dia cakap "Walaupun harga tiket masuk stadium kita RM50, tapi masih lagi terendah berbanding Singapore dan negara asia lain. Kita di FAM ni tak amik satu sen pun dari harga jualan tiket tu".

Aper citer ni tiket tengok bola harga sampai RM50? Harga tengok bola makin menaik, ranking Malaysia makin menurun. Cantek.

apei - budak kampung

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Depavali Encik Siva


Di kesempatan dan keheningan ini gua sekeluarga ingin mengucapkan 
Selamat Depavali kepada jiran sebelah rumah gua Encik Sivaranjah A/L entah apa gua pun tak tau. 
Ok biar gua terus terang saja, memang gua lah manusia yang baling taik kucing kat depan pintu rumah Encik Siva sebagai pengajaran kalau nak bela kucing lain kali ajar kucing Encik Siva supaya berak kat jamban bukan berak kat atas rumput rumah saya. 

Gua jugaklah orang yang report kat Jabatan Agama Selangor cakap Encik Siva bukan orang Islam tapi bukak kedai nasik kandar ada letak Bismmillah sama Allah - Muhammad. Rasanya Encik Siva pun tau benda yang Encik Siva gantung kat kedai tu ialah nama tuhan orang Islam. Walaupun saya bukan rakan masjid atau AJK surau, tapi pantang jugak orang bukan Islam jual nasik kandar pesen gantung nama tuhan saya ni. Hehe sebulan jugak saya tengok Encik Siva jadi penganggur pasal permit kedai kena tarik. Tak perlah tu hanyalah balasan duniawi cuma.

Seperkara lagi, untuk pengetahuan Encik Siva saya jugaklah insan kerdil yang report kat Majlis Pembandaran Kajang pasal anjing Encik Siva yang sama tinggi dengan saya tu. Ok saya tak suka anjing Encik Siva sebab muka dia buruk dan garang terhadap saya. 2 kali saya kena kejar sama anjing Encik Siva tatkala saya berjalan kaki menuju gerai membeli nasik lemak di pagi minggu. Lagi saya menyampah sebab anjing Encik Siva suka memekak tatkala saya sibuk nak buat kerja sekolah dan mentelaah pelajaran.  Rasanya anjing Encik Siva lagi layak duduk di bawah penjagaan Majlis Perbandaran Kajang, mungkin dia aman di sana.

Oh yer seperkara lagi, open house Depavali Encik Siva tahun ni tak payah lah jemput saya, seperti mana tahun-tahun lalu..saya tak datang, dan sila pastikan botol-botol minum keras jangan dibuang melampaui pagar rumah saya. Buruk jugak padahnya nanti. 

Kepada rakan-rakan lain yang menyambut Depavali. Happy Depavali. Berhati-hati di jalan raya. 

apei - budak kampung

Monday, October 24, 2011

Selamat Hari Isnin


Gua nak tanya skit...

Monday blues tu aper benda?

Thursday, October 20, 2011

dvd cetak rompak

Assalamualaikum wbt,



Minggu lepas gua ada membeli dvd cetak rompak kat Ampang Galaxy. Menurut tajuk yang tertulis kat cover  dvd tu patutnya isi kandungan nya ialah software nak buat graph, flowchat dan macam-macam application berkaitan finance dan mathematic. Gua beli dvd tersebut pada harga rm10. Kalau ikut pasaran cetak rompak untuk sekeping dvd pc software mcm tu pada harga rm10 adalah mahal. Disebabkan gua dah malas nak carik kat tempat lain dan malas nak try and error download dari internet maka gua pun beli saja.

Pagi ni gua baru nak try install dalam pc. Setelah masukan dvd dalam driver dan gua pun explore lah drive tersebut. Maka gua mendapati ada sejenis magic yang penjual dvd cetak rompak tersebut cuba nak buat. dvd itu kosong. Yerr kosong tak ada apa-apa isi kandungan. Tokey kedai tu cakap "Ini dvd lu jgn takut, kita ada gerenti 1 minggu. Rosak ka, problem ka lu kasi angkat sini mari kita tukat baru!". Gua kira-kira masuk hari ni ialah hari ke 10 gua membeli dvd tersebut. Gerenti aper jadah pun dah tak ada.

Habis ni macam mana nak kira ni? gua nak pakai benda tu nak buat keje sekolah weh. Keje sekolah gua tu minggu depan dah nak kena hantar. Cilaker sungguh lah weh!!!

apei - budak kampung

Wednesday, October 19, 2011

Sekolah

Assalamualaikum wbt,



Ni sekolah paling hell yang pernah gua masuk dan ni sekolah paling gua rindu lepas gua dah keje bank. Paling gua rindu ialah warded bob. Warden yang jaga blok asrama gua. Kenangan manis yang warden bob bagi pada gua masih utuh di tengah belakang gua, kesan hanger besi yang dia libas kat gua sebab tak turun qiamulai. Masa zaman tingkatan 4, jiwa rock masih lagi menebal dalam diri. Tidor pun mimpi main gitar. Bila rock maksudnya scene-scene qiamulai mesti lah tak wujud dalam hidup gua. Maka warden bob lah manusia yang bertanggugjawab untuk menghidupkan scene qiamulai dan subuh berjemaah disurau dalam diri gua. Terima kasih warden bob.

Ok, beberapa minggu lepas gua ada ke sekolah ni, banyak perubahan. Budak-budak tak ada pasal masa tu tengah cuti kot. Gua curik naik asrama, dia punya feel terharu tu lain macam. Katil yang gua tinggalkan masih lagi disitu. Nama yang gua ukir kat kayu tingkap depan katil gua..juga masih tersemat indah di situ 'Apei was here!' masa tu kata-kata berbentuk '...was here!' tengah naik. Jadi kalau tak tulis perkataan '..was here!' itu jam kira tak rock lah!

Gua roger Pn Marlina suruh tunggu dalam kereta diam-diam, gua nak naik atas bumbung asrama nak cek ada lagi tak playar yang gua gunakan untuk tebok pagar. Gua sorok playar tu masa warded bob nak buat spotcek. 11 tahun berlalu, gua kembali ke atas bumbung, mengenang scene-scene isap rokok bersama rakan-rakan jahanam gua disitu. Di celah antara bumbung dan saluran air hujan, gua selok tangan. Perhhh playar tu pun masih disitu. Keadaan playar masih seperti 11 tahun lalu, cuma karat sikit-sikit. Yer ni lah playar yang menjadi saksi kerakusan gua merobek pagar sekolah dan lari ke kedai snooker bertajuk 'Lukut Snooker Centre'.

Scene-scene asrama adalah paling gua tak leh padam dari kepala otak gua. Dia punya memori tu lain macam tersemat. Tak macam scene universiti. Tak banyak sangat yang gua ingat pasal masa kat universiti gua dah berat ke acara-acara berunsur surau dan raihan saja. Biasalah manusia, benda baik memang susah nak ingat, kalau benda buruk tu ingat saja.

apei - budak kampung

p/s: ok nanti ada masa gua akan ceritakan kenapa tembok yang tulis nama sekolah tu pakai mar-mar kaler biru. hahaha.. semua ada cerita nyer. Lagi satu gambar anak gua tak ada kena mengena dengan aktiviti gua, warden bob atau pun playar. Sekian.

Monday, October 17, 2011

Orked + Faris

Assalamualaikum wbt,



Selain busy baca buku, hidup gua jugak jadi busy sebab Orked dengan Faris. Dia punya busy bukan sikit-sikit. Gua dengan Pn Marlina pun kadang-kadang tak leh nak handle. Ok ni gambar lates Orked + Faris.

apei - budak kampung

Sakit dan tadika

Assalamualaikum wbt,



Sejak Tuhan bagi gua sakit dan gua merasa masuk bilik operation dan merasa dapat MC lama ni, baru gua tau betapa tak sedapnyer sakit ni. Dia punya rasa tak sedap tu lagi teruk dari merasa makanan kat asrama dulu. Dulu masa gua duduk asrama gua ingat makanan kat asrama tu dah paling hell dah, rupanya duduk kat hospital dia punya perasaan 'king of the hell'.Menjaga kesihatan tu penting. Jadi gua kena lah jaga kesihatan sebaik mungkin. Kalau sakit, banyak duit pun tak guna.


Ok yang ni gambar makwe gua yang paling lates. Umur 3 tahun lebih. Tahun depan InsyaAllah masuk sekolah tadika. Sekarang gua tengah survey 2-3 sekolah tadika sekitar rumah Datin Sri supaya mudah urusan Datin Sri nak mengambik dan menghantar cucu beliau ni. Ada 2 tadika cina, 1 tadika melayu. Gua tengok tadika cina tu lagi proper dari tadika melayu dari segi pengurusan dan aktiviti budak-budak. Tadika cina pun ada uniform tapi tadika melayu tak ada. Boleh pakai baju bebas, style macam high-school kat negeri orang putih. Kalau Orked masuk tadika cina, ada advantage dia akan belajar cakap cina dan cakap orang putih selain dari Pn Marlina akan menekankan sylibus speaking perak di rumah. Tapi kelemahannya tiada kelas mengaji disediakan di tadika cina. Tadika melayu, bebudak diajar cakap melayu, main kejar-kejar di luar tadika sampai habis masa sekolah. Kelas mengaji pun tak ada. Dari segi harga pulak, tadika cina punya yuran average dalam rm150-rm190 sebulan, tadika melayu paling mahal rm120. Dari segi pemakanan, tadika cina dan tadika melayu dua-dua bagi makan biskut atau roti cicah milo. Ada beberapa perkara lagi yang gua perlu ambil kira dan masih dalam proses survey.


apei - budak kampung.

Saturday, October 15, 2011

Kenapa gua jadi down?

Assalamualaikum wbt,

Oklah biar gua berterus terang saja. Gua tulis belog ni tak lah lama sangat. Adalah dalam 3-4 tahun saja. Tulis pun merapu saja. Tak ada langsung unsur ilmiah jauh sekali hadith. Kenapa gua memilih penulisan jenis merapu macam ni? Sebab gua memang pesen orang yang suka merapu. Nature kerja gua tidak membenarkan gua merapu dan gua perlu sentiasa berkelakuan serius sepanjang time kerja, selain bini gua yang terpaksa melayan perangai merapu gua, belog adalah medium kedua tempat gua merapu.

Jadi gua tak sangka belog merapu mcm ni pun ada orang nak baca. Ada follower pulak tu. Ok bab follower tu gua tak boleh nak cakap aper. Pasal gua tak pernah mengamalkan konsep 'Lu follow gua, gua follow lu' padaa gua ni adalah konsep paling celaka dalam industri belog. Gua dengar kat twitter pun dah ada konsep macam ni.

2-3 kali orang dok kompelin dengan gua cakap ada ternampak entri belog gua yang di fwd-fwd menjadi email berantai, gua sendiri pun pernah dapat. Ok tak per. Gua tak kisah, maksudnya orang suka apa yang gua tulis. Ada jugak gua terjumpa entry belog gua kat belog orang lain, pun gua tak kisah. Gua rilek-rileks saja. Apa nak kecoh-kecoh gua bukan famos mana sangat pun nak bising-bising. Gua hanya blogger kerdil. Paling buat gua down bila majalah paling gua selalu kutuk dan buat orang melayu leka MASTIKA copy-paste entry gua masuk dalam majalah dia. Dia punya feel tu bukan lagi marah, tapi berat ke malu weh. Cilaker aper entry merapu boleh masuk dalam majalah mastika. Maksudnya sah-sah majalah tu ialah majalah merapu. King of Merapu.

Dalam 2-3 minggu ni budak-budak bola sama budak-budak kompang taman gua ni sibuk cakap gua tali barut Mastika. Giler glamer hantar entri kat majalah Mastika dan macam-macam lagi. Gua jadi down doh.. Kimak betol. Malas dah gua nak menulis lagi rasanya.

apei - budak kampung

Friday, September 9, 2011

The Man


apei - budak kampung

p/s: pesanan untuk abam darabdua.

Wednesday, September 7, 2011

Just like you and me


Puad yang mms gua gambar ni pagi tadi. Tak tau lah betol untuk gua atau salah mms. 
Tajuk mms 'Just like you and me!'

Haa..harap muka ajer macam naga, tapi sweet orang nyer. 

apei - budak kampung



Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt,


Ok biar ringkas tapi berkesan

Ni adalah entri last gua sebelum nak raya. Lepas ni gua nak peksa, pastu baru pikir nak carik baju raya. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari gua sekeluarga
Berhati-hati di jalan raya

with love,
Apei, Pn Marlina, Orked dan Faris

p/s:Nanti kalau ada mood gua buat open house, gua up jemputan dalam @twitter dan fb

Wednesday, August 24, 2011

She is my penguin

and I have mine. Do you?

=)

apei - budak kampung

Buat buku

Assalamualaikum wbt,

Gua tengok setahun dua kebelakangan ni dah jadi trend budak-budak tulis blog buat buku. Buku berasaskan apa yang diorang tulis dalam blog. Blogger-blogger idola gua macam pipiyapong, sembang kencang dan nizamsani dah lama buat buku. Buku diorang tak payah cakap dia punya hot selling, sampai buku tajuk "Saper nak jadi jutawan" yang Aziz Ali punya pun tewas. Tu baru jual secara runcit-runcit di kalangan follower. Kalau masuk kedai borders atau kinokunia?

Pagi tadi time sahur gua berbincang secara ilmiah bersama Pn Marlina.

"Abg nak buat buku lah blog 'apei' tu ok tak?"

"Jual kat mana?" tanya Pn Marlina sambil kunyak roti subway beli malam tadi.

"Jual kat dalam blog. Saper nak boleh order. Nanti abg pos. Kat buku tu nanti abg cium biar ada kesan gincu pastu abg sain sambil tulis kata-kata manis "Terima kasih kerana beli buku saya. Saya sayang kamu!" misalnya"

Pn Marlina bangun terus menuju ke peti sejuk, tuang susu dalam cawan sambil cakap "Baik beli surat kabar kosmo lagi sedap"

Gua jadi down. Ok gua bukan blogger tersohor.

apei - budak kampung

Monday, August 22, 2011

satu berita seribu intrepetasi

Assamualaikum wbt,

Situasi sebena
Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah
"Kami tiada beca."

Malaysiakini
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend
 "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu
"Beca tak bayar tol dicari."


apei - budak kampung

p/s: credit to Mr.Pian

Sunday, August 21, 2011

bukak puasa berhelah

Assalamualaikum wbt,

Tadi Pn Marlina belanja gua makan berbuka kat luar. Katanya nak celebrate hari jadi gua. Walaupun tekak gua berat ke sambal tempoyak campur pucuk ubi tapi gua ikot kan jugak berbuka kat JW Marriot tu. Orang nak belanja aper nak banyak soal. Lepas berbuka Pn Marlina ajak pi pasaraya budak-budak remaja suka lepak tu, Pavillion kot tak silap gua nama dia. Pasaraya-pasaraya macam tu bukan tempat gua. Menuju tingkat tiga ke kedai seluar jeans.

Kat kedai seluar jeans,gua kena paw sama Pn Marlina RM nak dekat 200. Cilakak berdebar jugak gua. Nasib baik nuffnang baru hantara cek raya.

Lepas ni kalau ada package makan-makan percuma terutama package yang datang mengejut macam ni, gua kena lebih berhati-hati.

apei - budak kampung

#%&*$%%)(!!@#

Assalamualaikum wbt,

Bila teringat balik perangai gampang yang gua buat masa awal-awal semester hari tu memang rasa nak lempang ajer diri sendiri. Soal add paper atau pun bahasa lain nye tarik paper ni bukan benda runcit-runcit dalam bidang belajar universiti ni. Sebab perangai tersebut, gua terpaksa menangung derita sampai hujung ramadhan. Orang dah habis periksa gua masih lagi sibuk pegang buku. Aper cerita pei???

Macam mana pun mood Lailatulqadar, gua cuba maintain.

Saper-saper citer pasal raya depan gua. Memang gua bagi tepat kat hidung...sedas!

apei - budak kampung

p/s: aperhal tajuk entry gua mcm tu? ah gampang lah!

Wednesday, August 17, 2011

Raya?

Assalamualaikum wbt,

Raya dengan periksa dia punya konsep macam air dengan minyak. Sampai kiamat pun memang mustahil boleh sebati. Tapi aper yang gua lalui sekarang ni lain sikit. Bulan periksa dengan bulan nak raya dah bersatu padu. Kadang-kadang gua rasa pihak universiti sajer nak aniaya kemeriahan raya gua.

Minggu nak dekat raya tu gua ada periksa. Ada lagi 2 paper. Paper tu tak lah susah sangat. Menurut tutor, semester lepas dari 100 orang amik peksa yang lulus 35 orang jer. Tu bukan bulan nak dekat raya. Gua akan menghadapi peksa tersebut dalam keadaan puasa dan nak dekat raya. Dia punya feel tu lain macam rasanya. Kena pulak kalau ada kutu yang tak puasa sambil peksa teguk air oren kat sebelah gua. Tu lagi lari tune nak menjawap.

Tahun ni gua punya persediaan raya lebih kepada scene nota ringkas, tengok soalan semester lepas, kunyah buku teks, hapal formula dan berbuka dengan rokok. Scene-scene kuih raya, masak rendang, tolong mak potong bawang, main mercun dan berhimpit-himpit kat Jalan TAR nak beli songkok telah pun gua lupakan.

Gua punya mood update blog pun lari sikit. Harap lu orang paham penderitaan gua.

apei - budak kampung

Wednesday, August 10, 2011

Kekoreaan

Assalamualaikum wbt,


Masalah penyakit korea ni bukan benda kecik-kecik dalam hidup orang Malaysia sekarang. Dulu gua pandang enteng jugak benda-benda macam ni. Pada gua mungkin bersifat sementara. Puan Marlina memperkenalkan gua dengan cerita korea tajuk Winter Sonata, masa tu sekitar tahun 1999-2000 kot. Dari lagu sampai ke skrip rasanya dia tau. Masa tu kami tengah berkawan jer. Belum ada niat nak kawin dengan makwe yang bercorak kekoreaan ni. Tapi lama kelamaan gua tengok benda-benda berbentok korea ni semakin tegar dalam diri Puan Marlina. Koleksi cerita, kamus bahasa korea, masak makanan korea dan kadang-kadang tulis surat pakai bahasa korea. Bab ni kadang-kadang ada jugak buat gua meradang.

Lepas kawin nampak alhamdulillah, perangai kekoreaan tu nampak dah kurang sikit. Unsur-unsur kemelayuan yang gua serapkan selama ni dah mula membuahkan hasil bila beliau dah start pandai tengok cerita cerekarama dan rancangan-rancangan memasak chef melayu. Masakan berunsur melayu pun dah mula bertapak di atas meja makan rumah gua dan sedikit demi sedikit Gyeran jjim, Dubuseon, Dak galbi dan lain-lain makanan nama korea dah mula hilang. Cuma ada 1 botol ajer lagi sos tiram jenama korea ada dalam peti sejuk tu.

2-3 minggu kebelakangan ni gua tengok Cik Orked pulak dah start pandai tengok lagu-lagu k-pop dan hari tu dia ada suruh gua bawak pergi kedai potong rambut. Nak rambut macam orang korea. Tak per gua boleh sabar lagi. Minggu lepas gua terpaksa berbukak puasa kat kedai makanan korea. Aper citer weh, tak into langsung dengan tekak gua. Tu pun gua boleh tahan lagi. Malam tadi sebelum tidor Cik Orked ada cakap kata-kata yang buat tidor gua betol-betol terganggu "Papa, nanti raya kakak nak baju kurung korea tau!" Ini gua dah tak boleh sabar!

Saper pulak yang ajar perangai korea kat anak gua ni?!

apei - budak kampung

Tuesday, August 9, 2011

Will be missed dearly...

Assalamualaikum wbt,


"Cantik tie, tapi kenapa tak pakai jaket? Patutnya kalau majlis formal macam ni kita kena lah pakai"

"Hehe thanks dato' emm jaket tak ada. Nanti first gaji saya beli"

Teguran pertama dari Timbalan Gabenor bila duduk semeja minum pagi dengan beliau. Minggu pertama gua bekerja.

Itu 6 tahun dulu.

Hari ni orang yang cakap tie gua tu cantik dah tak ada.

Hari ni gua akan mengenang beliau sepanjang hari.

Gua pakai tie yang dia cakap cantik tu hari ni. Dah lusuh sikit tie tu. Tapi gua pakai jugak.

Dato' Mohd Razif Kadir. Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Moga roh beliau dicucuri Rahmat.

Al-Fatihah..

apei - budak kampung

Saturday, August 6, 2011

wish me luck!

Assalamualaikum wbt,

Kawan facebook campur kawan twitter campur kawan blog campur kawan yang nombor dalam handpon gua campur dengan kawan opis campur dengan jiran-jiran semua nak dekat-dekat tiga ribu orang. Sorang pun gua tak dengar cakap good luck sempena esok gua nak peksa ni. Cik Orked jer dari tadi tak abis-abis cakap "Good luck papa, kakak cayangggg papa!"..

Tak patut sungguh...

Dah la gua nak tidor.

apei - budak kampung.

Wednesday, August 3, 2011

Love story


and again, God.. thank you for the love story that you wrote for me. 

Alhamdulillah 

apei - budak kampung

Sunday, July 31, 2011

Panggilan dari artis dan celebriti

Assalamualaikum wbt,

Tadi baru sedap-sedap gua nak suap nasik sebagai hidangan dinner tiba-tiba talipon gua berbunyik. Talipon berdering makin lama makin kuat sebagai tanda protes gua lambat angkat kot. Tertera di screen talipon "Calling from Jamal Abdillah". Gua picit butang kaler hijau sebagai tanda nak cakap dengan Abang Jamal Abdillah "Hello bang..haa baru nak makan..emm haa confirm esok puasa bang. Ok..ok selamat berpuasa bang" talian diputuskan.

"Saper call bang?" Pn Marlina tanya sambil nak suap nasik berintikan sambal belacan.

"Ooo Jamal Abdillah" Jawap gua selamba sambil jalan menuju meja makan balik

"Aper nak nyer?" Tanya Pn Marlina lagi

"Dia tanya esok jadi ke puasa. Dia tak tengok pengumuman. Kalau jadi dia nak singgah mamak beli roti canai buat sahur"

**********

Ok habis kat situ. Tu baru satu artis call gua sekadar nak tanya pasal esok jadi puasa ke tak. Setakat call dari Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Remy Ishak, Lisa Surihani, David Teo, Tony Fernandez, Nasir Billa Khan, Aznil, Chef Wan, Khatijah Tan, artis orang putih pun tak ketinggalan seperti Tom Cruise, Orlando Bloom, Angelina Jolie, Steven Spielberg..eh!.. Kadang-kadang ahli-ahli sukan pun ada tercall gua macam Anna Sharapova, Nicole David, Cesc Fabregas dan paling kerap main miscall ngan gua sekarang ialah Safee Sali.

Dulu masa zaman-zaman baru nak belajar keluar dating dengan Pn Marlina pernah jugak dibuatnya 2-3 kali beliau jeles tak tentu pasal bila Liza Hanim kerap mesej gua. Tapi lepas-lepas dah kawin ni nampak Alhamdulillah lah.. biarlah Nur Fathia Abdul Latiff call gua pun dia tak heran sangat.


Ok tak ada apa-apa rahsia pun kenapa bila artis-artis call gua bini gua tak kisah pun. Dan tak ada apa-apa keistimewaan pada gua pun menyebabkan artis-artis kerap call gua. Saper yang baru pertama kali tengok incoming call dari phone gua mungkin terkejut, tapi yang dah kenal gua rasanya dah tak rasa apa pun bila tengok artis atau celebriti call gua. Cuma 1 tips ajer yang gua amalkan.

Gua namakan Siti Nurhafizah (budak opis gua) sebagai Siti Nurhaliza, Ramli Johari (rakan futsal) sebagai Remy Ishak, Ahmad Shahril (rakan univesiti) sebagai Orlando Bloom dan Jamal Abdillah yang call gua tadi adalah Jamal Karim (sepupu gua). Memang sikap gua dari dulu suka namakan rakan-rakan dalam phone dengan nama artis atau celebriti yang  mirip dengan muka diorang, atau nama seakan-akan diorang. Itu cara gua nak ingat no phone diorang. Jadi kalau gua kehilangan phone pun insyaAllah gua boleh ingat nombor-nombor penting rakan-rakan gua berdasarkan nama-nama artis atau celebriti yang telah gua namakan utk mereka.

apei - budak kampung


p/s: Saper nak teka apa gua letak nama Pn Marlina dalam phone gua? hehehe biarlah rahsia!!!

Selamat Puasa

Assalamualaikum wbt,

Kepada kutu-kutu yang terbaca, terdrop-by, tersilap click, tersalah masuh blog, tergoogle, tersalah taip nama blog, terblog walking ke mari, gua ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan, Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat bertarawih.

Moga ibadat kita diterima Allah swt.

Yang pompuan kalau tak puasa, respek sikit abang-abang yang puasa. Walaupun korang tak puasa, kejutkan jugak abam-abam bangun sahur. Tak gitu Pn Marlina??? hehehe...

apei - budak kampung

Friday, July 29, 2011

Berhijrah

Assalamualaikum wbt,

Gua ingat nak migrate ke tempat lain. Dok kat sini dah rasa macam tak sedap. Cuma gua boleh puji 1 jer kat sini, bab makan. Lain-lain tak ada apa sangat. Jalan pi keje jem macam haram, nak beli barang dapur tiap-tiap minggu kat tesco amik itu skit, ini skit dah dekat RM100, main bola padang keras, kucing jiran sebelah rumah suka berak atas rumput kat laman rumah gua, nasik lemak naik harga dah jadi RM1.50 sebungkus dengan kadar telor dan timun yang makin nipis, teh tarik restoran arif kat Pandan Indah tu pun dah jadi RM1.50 aper jadah! pergi surau pun orang sibuk cerita pasal politik, tu belom gua cerita pasal pasaran susu dan pampers budak. Lain macam turun naik harganya. Ikut suka ajer.. sikit tak ada kawalan dari kerajaan. Nasib baik cukai pintu tak naik!

Kita memang perlu bersyukur tapi dalam masa yang sama kita perlu carik kehidupan yang lebih sempurna.

apei - budak kampung

p/s: gua tengok New Zealand pun sedap jugak kalau nak buat tempat bertapak. emmm...

Thursday, July 28, 2011

Pergi kerja


Luar: Pakai baju kemeja dan tie

Dalam: Jersi harimau malaya.

Kat logo ada tulis "Tanah tumpahnya darahku"...

apei - budak kampung

p/s: saper tak tengok game Malaysia vs Singapor malam ni memang tak true.

Friday, July 22, 2011

Fadli Apat

Assalamualaikum wbt,

Dalam perjalanan gua nak mencarik sesuap nasik kandar lepas sesi semayang jumaat tadi, gua telah bertemu dengan Fadli Apat keluar dari pasar raya. Fadli Apat budak kampung gua yang membesar sama batch-batch gua jugak. Oh yer, sebab apa nama dia Fadli Apat? sebab kat kampung gua ada 2 orang nama Fadli, sorang Fadli Bin Wahi lebih dikenali sebagai Pak Li galah dan sorang lagi ialah kutu yang gua jumpa tadi masa lepas semayang jumaat lah Fadli Apat.

Fadli Anak Pak Alang Tompang a.k.a Fadli Bin Alang Tompang a.k.a Fadli Apat merupakan rakan sekampung gua yang hebat dalam acara tangkap ikan air tawar pakai tangan. Tak payah jala, tak payah joran. Tangan jer. Takat nak makan ikan keli ke, ikan sepat ke tak ada masalah pada Fadli Apat. Bila gua tanya mcm mana lu buat? Jawapan beliau "anugerah tuhan!"

Last sekali gua jumpa Fadli Apat masa gua keje kedai seven eleven masa belajar-belajar dulu. Dia masuk seven eleven tu sebab nak beli rokok. Lepas bertukar-tukar no talipon beliau pun hilang. Haram tak talipon gua pun. Ok berbalik kepada cerita tadi, gua terjumpa beliau baru keluar dari pasar raya mid valley masa on da way nak carik sesuap nasik kandar lepas sesi semyang jumaat kat masjid flat Abdullah Hukum. Dah lain benor gua nengok gaya beliau. Dah urban sungguh. Rambut pun dah tak belah tepi lagi, dah pacak, baju pun dah ikot body, telinga pun dah ada subang kecik.. memang urban habis lah.

Dah alang-alang gua nak pi makan, gua ajak lah beliau sekali. Dalam sesi makan-makan dan rokok-rokok, Fadli Apat banyak menceritakan pasal minat nya beliau terhadap pasukan bola orang putih Chelsea FC. Lagi-lagi Chelsea baru menang semalam ngan Malaysia.

"You know bro, gua minat giler kat kelab ni. I follow them religiously bro. Rasa nak nangis hari tu gua dapat salam dengan Drogba!" Kata Fadli Apat bersungguh-sungguh.

Gua senyap jer...

"Gua kalau miss sekali diorang punya game..rasa berdosa beb..dosa besar!" Fadli Apat makin bersungguh. Tapi kali ni mood gua dah lari sikit.

"Lu pollow Chelsea religiously? miss game Chelsea rasa berdosa? boleh tahan jugak yahudi lu punya perangai!" Gua sound setepek

"Apersal plak bro?" Fadli Apat tak puas hati

"Lu pollow Chelsea 'religiously'? abis lu pollow religious lu mcm mana? miss game rasa dosa? miss semayang jumaat rasa aper?" Gua cuba bagi Fadli Apat lagi paham..

"Hehehehe gua gurau jer tadi bro!" Fadli Apat try cover line.

apei - budak kampung

p/s: Fadli Apat kirim salam kat saper-saper baca blog gua yang tulis pasal dia.

Wednesday, July 20, 2011

Kursus dan peksa

Assalamualaikum wbt,

Kursus:
Esok dah lusa gua kena pergi kursus. Kursus ni pada gua bukan benda runcit-runcit. Nak menghadiri kursus lu kena bersedia dari segi mental dan fizikal sebab apa-apa kemungkinan pun boleh terjadi. Gua pernah pandang remeh bila boss suruh gua pergi kursus kalau tak silap tajuknya "Cheque forgery and Banking fraud". Kursus pasal orang tipu bank dan palsukan cek. Pada gua yang selalu tengok cerita CSI, kursus ni mesti tak berapa mencabar. Bila meneliti isi kandungan kursus, gua dapat bayangkan ni kursus yang jenis kita duduk belakang sambil main sms ngan bini dan cikgu cakap sorang-sorang kat depan. Rupanya gua silap. Kursus yang cikgunya orang putih, cakap style mcm cerita CSI NY sepatah harap gua tak paham pastu kena buat presentation aper bagai. Kesimpulan nya gua menamatkan kursus 3 hari tersebut secara 'suck!' bukan 'success'.

Peksa:
Minggu pertama bulan puasa, gua akan menghadapi peksa. Peksa ni pun bukan benda kecik-kecik, ia perlu dilakukan dengan sepenuh hati. Kalau dikira dari hari ni, gua ada lebih kurang 2 minggu ajer lagi sebelum amik peksa tersebut, jadi mulai malam ni gua kena start baca buku. Oh yeaaa..patut malam tadi gua dah nak start baca buku, tapi gua carik buku tak jumpa. Kena tanya Pn Marlina mana dia letak buku gua masa kemas-kemas hari tu. Bila dah belajar peringkat tinggi sikit ni sambil keje, trik-trik yang digunakan masa belajar full time dulu dah tak berapa boleh pakai. Nak buat peta minda? nak pinjam nota kawan? nak bodek lecturer? dan nak buat study group? Mana ada masa boiiiiiii.... Jadi gua terpaksa menggunakan sepenuhnya common sense, pengalaman keje dan ilmu yang gua perolehi yang masih lekat sikit-sikit masa menghadiri kelas tutorial. Bukak buku? jarang sangat masuk dalam kepala.

So orang putih kata bila kawan nak amik peksa atau nak pi interview keje kita kenalah cakap "good luck!"
Jadi sila wish me luck...

Ok gua nak pi breakfast!

apei - budak kampung

Tuesday, July 19, 2011

Ahmad Shahril

Assalamualaikum wbt,

Malam kelmarin gua sempat lepak ngan Ahmad Shahril, room mate gua masa zaman-zaman universiti dulu. Umur sama ngan gua, kelas pun sama ngan gua, ponteng kelas pun sama ngan gua, isap rokok pun sama, duduk dalam dewan masa final exam pun sebelah-sebelah tapi Sharil ada kereta kancil kaler merah dan handphone nokia 3310. Gua? apa pun tarak. Harapkan kasut bola adidas predator secondhand yang gua beli dari senior.

Ahmad Shahril orang Kuala Lipis, sekarang kerja bank cawangan Kuala Lipis sebagai pegawai luluskan orang nak buat loan. Dia punya bz bukan sikit-sikit, asyik meeting, asyik keluar jumpa orang, pergi site, outstation, jumpa client, dan minum teh tarik bersama bos. Itu semua adalah ayat-ayat yang biasa gua dengar bila setiap kali gua call beliau. Jadi gua boleh simpulkan bahawa Ahmad Shahril seorang pegawai bank cawangan Kuala Lipis yang sibuk.

Lama gua setting time nak jumpa Ahmad Shahril, akhirnya malam kelmarin beliau datang ke KL atas urusan nak jumpa client katanya. Beliau punya dedikasi terhadap kerja bukan sikit-sikit, dari KL (Kuala Lipis) ke KL (Kuala Lumpur) mencari client. Pastut lah boss sayang, tiap-tiap petang belanja teh tarik.

"Lu kat mana bro?" Shahril call gua sebagai tanda dia dah sampai kat lokasi pertemuan

"Lu dah sampai ke? gua kat rumah lagi tengah tengok tv" Jawap gua.

"Gua dah sampai Restoran Arip, Pandan Indah. Gua tunggu sini. Kita jumpa jer kat sini tapi gua tak nak lepak kat kedai mamak. Kedai mamak mahal, aper jadah teh tarik sampai singgit setengah?! Pastu rasa macam minum air inai" Kata Shahril.

**********

Sampai restoran Arip, kami gerak ke kedai nasik arab aper benda nama entah kat area ampang. Shahril yang nak sangat makan nasik arab.

"Apei, gua tengok lu punya life happy jer..anak dah dua, keje tip-top, sambung study lagi.. gua jeles lah bro" kata Shahril sambil suap nasik arab perasa kambing.

"Lu pun steady aper, keter pun besar ada tivi dengan gps, jam kat tangan pun besar dah mcm jam dinding, handpon pun besar dah macam kertas A4 boleh main game angry bird. Aper lagi lu nak?"

"Ni bukan handpon lah mangkok, ni Ipad!.. kalau gua ada anak kan best!" Shahril start kunyah nasik arab perasa kambing secara slow. Emo pulak mamat ni.

"Rilek la bro, at least lu dah ada awek. Sikit lagi lu kawin lah" Gua try nak handle emosi Shahril.

"Awek? mana ada awek lagi dah break dah... Gua pun tak tau lah aper badi entah. Susah btol nak ada awek yang steady"

Gua diam kejap.. Shahril sambung balik suap nasik arab perasa kambing, lepas tu dia bedal roti aper benda entah ngan kari kambing, pastu dia order lagi aper benda entah macam murtabak tu, last sekali dia order teh arab satu teko pun habis dia bedal sorang dan sebagai penutup acara beliau mengoder sejenis manisan.

Kesian benor gua tengok kawan gua sorang tu, lagi stress lagi kuat makan.

"Ada duit, keter, rumah..tapi hidup solo pun macam celaka jugak bro!" tu kata-kata Shahril sebelum dia drop-by-kan gua malam tu. 

apei - budak kampung

Shahril (kiri), gua (baju putih) dan Said Ismu adalah rakan sebilik dari hari pertama kami masuk univerisiti sampai habis belajar. Ada sorang lagi nama dia Zul tapi dia tak ada dalam gamba sebab tengah amik gambar ni. Masa ni camera digital belom ada lagi, semua style pakai filem. Nak cuci filem kena tunggu seminggu baru siap. Lepas tu rasa berdebar nak tengok gambar sendiri. Ni masa awal-awal tahun 2000, masing-masing hidup susah dan mengharapkan biasiswa JPA, kalau biasiswa lambat masuk, masing-masing pakat makat rumput macam kambing. Ok saper-saper nak berkenalan ngan shahril boleh roger gua. manalah tau kot-kot dapat jugak gua pahala mengeratkan silaturahim kan..kan..kan...

p/s: Tak payah kompelin pasal penampilan gua, masa ni gua masih lagi dengan mood retro, sekarang dah urban sikit-sikit. 

Monday, July 18, 2011

Potong rambut

Assalamualaikum wbt,



"Papa, kakak nak potong rambut macam orang korea!"

Gua tak tau mana dia belajar benda-benda korea ni!!!

apei - budak kampung

Solehah

Assalamualaikum wbt,



Seawal Pn Marlina disahkan pregnant anak kedua, gua dan Pn Marlina sudah sedaya upaya cuba untuk menyemai dan mendidik Cik Orked menjadi seorang kakak yang boleh membimbing dan menjadi contoh kepada adiknya. Antara ilmu-ilmu yang gua cuba install dalam diri Cik Orked adalah ilmu-ilmu untuk menjadi kakak solehah. Sembahyang on-time, berhenti main basikal bila dengar orang azan, makan baca doa, semayang pakai telekung, tak melawan cakap mama dan papa, tolong mama sapu sampah, mandi pakai sabun dan minum susu sampai habis tak membazir.

Dan Alhamdulillah, usaha dan doa gua bersama Pn Marlina dah nampak macam berhasil bila pagi tadi Cik Orked tak banyak cakap bangun dengan sendirinya dan join gua semayang subuh secara jemaah walaupun tersenguk-senguk masa tahiyat akhir. Tapi tak per.. untuk permulaan tu dah lebih dari bagus. mudah-mudahan Cik Orked terus jadi anak yang solehah.

apei - budak kampung

Friday, July 15, 2011

Kerukunan Wifi

Assalamualaikum wbt,

Gua amat respek dengan kerukunan jiran tetangga rumah Datin Sri ni. Gua ingat tak ramai rukun tetangga yang mempunyai kerukunan seperti mereka. Semangat kerukunan mereka adalah sangat tinggi.

1. Gotong royong bunuh nyamok aedes tiap-tiap bulan
2. Kenduri kawin pun kerap
3. Tahlil arwah tiap-tiap minggu malam jumaat kat surau
4. Ronda-ronda rukun tetangga pun ada
5. Penduduk pun berdisiplin tak suka buang sampah merata-rata
6. Taman permainan tak ada conteng-conteng, permainan tak ada tercabut dan rumput tak panjang.
7. Ada court boleh main takraw dan badminton dalam 1 court yang sama. Ada lampu boleh main takraw petang, belah malam pakcik-pakcik plak layan badminton.
8. Dewan orang ramai ada 3 meja ping-pong. Kunci boleh mintak kat Pakcik Karim kalau nak main ping-pong. 24 jam sehari.

Dan 2 bulan lepas mesyuarat ajk yang dihadiri oleh gua telah mengusulkan satu cadangan merepek dan mustahil.

"Saya mencadangkan kita pasang wifi kat kawasan kita ni tuan pengerusi rukun tetangga. Senang budak-budak nak masuk internet nak ulangkaji mata pelajaran youtube, tak pun berbincang dengan cikgu pakai facebook. Kalau anak-anak pakai internet kat rumah lagi selamat dari pakai internet kat kedai internet yang mahal dan boleh isap rokok"

Gua tengok tuan pengerusi rukun tetangga hanya angguk-angguk dan menulis kat buku kecik dia.

Dan hari ni, kawan kejiranan ni telah di lengkapi dengan kemudahan wifi berpasword. Senang gua nak update blog walaupun dalam jamban.

Ada bau busuk ka? tarak kan??? Hehehehe

apei - budak kampung

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt,




Kalau dah hero tetap hero, tidor pun ikut style gua.




Alhamdulillah,
Baby kedua gua selamat dilahirkan 31 May 2011.


Alhamdulillah,
Semuanya selamat, anak lelaki yang sihat.



Alhamdulillah,
Pn Marlina dah berjaya menghabiskan pantang beliau semalam juga dengan jayanya.



Alhamdulillah,
Gua juga berjaya berpantang dari tulis blog sebab gua busy nak uruskan baby baru, hidup bujang yang 'shit' (sebab bini pantang kat kampung), gosok baju secara solo, bawak motor pi keje secara solo dan makan megi secara solo setiap malam.



Alhamdulillah,
Sejak gua jadi bapak kepada hero dan heroin ni, gua rasa life gua sgt best. Rasa macam semuanya dah sempurna. Betol...



dan Alhamdulillah,
Gua masih ingat password blog ni.


Hahahaha..


apei - budak kampung

p/s: Kata Pn Marlina pada gua malam tadi "Rasanya dah boleh tulis blog balik kot?!"

Tuesday, May 24, 2011

JAW2G




Assalamualaikum wbt,

Just another week to go...

Cinta ke dua...

Berdebar, gembira, terharu...

"InsyaAllah lelaki pulak kali ni" kata doctor

ish... excited!

Puan Marlina sedang menanti hari...

Kawan-kawan, doakan semua selamat...




apei - budak kampung

Monday, May 23, 2011

Sabtu dan Ahad

Assalamualaikum wbt,

Sabtu.

"Yang dah lama tak makan meggi ayam. Tolong buatkan. Yang ada telor ngan sayur" Kata gua kepada Pn Marlina hari sabtu malam lepas habis cerita akedemi fantasia.

"Ok. Esok" Jawab Pn Marlina.

Ahad.

"Tak jadi masak megi ayam, ni ayg masakkan nasik ayam. Kira oklah ada jugak ayam kan" Kata Pn Marlina sebaik gua melangkah masuk rumah balik dari kelas tadi.

"Terima kasih!" kata gua.

apei - budak kampung

Friday, May 20, 2011

Hari ni gua cuma nak cakap...

Hai!...









apei - budak kampung

Wednesday, May 18, 2011

For Mama..





Meeting you was a fate
Being your friend was a choice but
Loving you was out of my control



Sincere,
Papa.

Thursday, May 12, 2011

Orked, hp dan minyak angin

Assalamualaikum wbt,

Orked membelek-belek talipon Puan Marlina sebelum acara minyak angin berlangsung.

"Kenapa kakak letak minyak angin kat handphone mama?" Puan Marlina memulakan soal siasat ke atas Cik Orked.

"Corry lah mama..." Kata Cik Orked sambil senyum-senyum

"Nasib baik tak rosak. Jangan lah nakal sangat, tak kesian kat mama ke?" Puan Marlina meneruskan tazkirah sambil ambik tisu lap-lap handphone beliau yang baru dicurah minyak telon oleh Cik Orked.

Gua baring jer sambil tengok tv. Malas gua nak campur benda-benda melibatkan masalah kaum hawa ni nanti tak pasal-pasal gua pun kena tazkirah.

"Cubalah kakak duduk diam-diam macam papa tu, baik jer tengok tv. Cuba kakak cerita sikit kenapa letak minyak angin kat handpon mama? kenapa tak letak kat handpon papa ke?" Puan Marlina masih belum puas hati dan terus menyoal siasat aperkah muslihat sebenar Cik Orked.

"Talipon mama panas" Jawab Cik Orked

"Memang lah panas sikit pasal mama tengah charge bateri nyer"

"Kakak ingat dia demam, kakak letak lah minyak angin kat badan dia....." balas Cik Orked sambil tunduk.

Gua dah cakap, soal-soal macam ni gua memang malas nak campur.

"Emm... cool fever pun dia dah ready dalam poket dia tu. Tunggu nak tampal jer" Gua menyampok sambil bangun pergi dapur. Buat milo lagi sedap.

apei - budak kampung

Sunday, May 8, 2011

Tak lekang oleh waktu.

Assalamualaikum wbt,

Dah 2 hari Amir sedar dari koma selepas terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan sebelah kaki dia di potong. Keadaan Amir semakin setabil, dah boleh bercakap dan kenal orang-orang di sekitar dia termasuk lah gua. Amir sepupu gua sebelah Datin Sri, anak kedua Pak Long Omar. Gua memang rapat dengan Amir walaupun dia 8 tahun lagi tua dari gua.

"Apei rasa Pak Long ngan Mak Long balik lah malam ni. Udah tak rupa orang gayanyer" Mana tidak nyer Pak Long dan Mak Long gua dok menjaga Amir sejak dari mamat tu koma, sampai kaki kena potong sampai dah sedar dari koma. Tak balik-balik rumah. Tidor tak tentu arah, makan minum tak tentu hala. Dah macam rupa apa dah.

"Iyerlah, elok benor ler tu. Kami pun dah letih. Nak balik lah tidor" Jawap Pak Long Omar.

Lepas bersalam lebih kurang mereka pun beredar.

Malam tu gua sembang macam-macam dengan Amir, nampak dia pun happy. Dia pun cakap dia redha kaki dia kena potong. Gua rasa lega.

"Amir, lu kena baik cepat bro, raya dah dekat lagi 5 hari jer ni. Lu punya songkok tak ada kan? Raya haji tahun lepas jatuh dalam longkang. Ingat tak?"

"Tau... tapi gua ingat raya tahun ni gua tak nak pakai songkok lah pei.."

"Abis lu nak pakai aper? kopiah? dah macam aji-aji ajer rupa lu nanti bro" kata gua.

"Gua tak nak pakai aper-aper. Baju raya pun gua nak simple jer. Beli kain murah-murah jer. Yang penting lain dari orang lain"

"Hahahaha...betol..betol... kita pi pekan sekali bro carik baju raya" Gua hanya senyum kepada Amir. Dia pun membalas senyuman gua.

Malam tu gua tertidor sebelah katil Amir, seronok gua tengok Amir dah boleh sembang-sembang dan gurau-gurau.

Sebelum gua terlelap sempat Amir cakap "Pei, raya tahun ni lu datang rumah gua bawak hadiah. Balik-balik bawak Nasik Impit ngan kuah kacang jer.. Sesekali lu bawak hadiah pulak"

"Lu nak hadiah aper Mei?" tanya gua

"Aper-aper lah pei, asalkan yang special. Lagi bagus tiap-tiap kali raya lu bawak hadiah" Kata Amir.

"Hahahhaha... lu ni dah macam Meri krismas plak gayanyer. Dah la bro, gua nak tidor. Ngantok!" Gua tengok Amir hanya senyum dan menganguk. Dia menarik nafas panjang sebelum menutup mata.

Yer... itu kenangan terakhir gua dengan Amir. Dia meninggal 3 hari sebelum raya kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Niat Amir tak nak pakai songkok time raya dah pun termakbul, baju raya dia pun yang paling simple, murah dan lain dari yang lain (kafan). Dan seperti yang gua janji, setiap kali raya gua akan ke 'rumah' baru Amir untuk hadiahkan dia bacaan Yassin dan Al -Fatihah.

"Amir, dah 12 tahun lu pergi, dan raya tahun ni seperti biasa gua akan singgah 'rumah' lu untuk bagi hadiah"

Al - Fatihah

***********************

"Meriah lu punya kawin pei. Alhamdulillah kawin sorang lagi kawan gua" Kata Nikmat Selamat. Schoolmate gua yang paling kamcing. Gua panggil dia Mat jer. Tapi dia marah sebab katanya nama Mat tak komersial. Dia lagi suka orang panggil dia Nik. Kalau budak-budak junior pompuan akan panggil dia Abg Nik.

"Boleh lah Mat, Alhamdulillah. Lu bila?" Tanya gua.

"Gua tak kawin kot. sampai bila-bila pun"

"Aperhal plak? lu hensem gak dan macam ben aflek aper"

"Entah lah pei... eh nanti lu dapat anak bagi tau gua. Gua nak beli hadiah besar untuk anak lu. Tapi kalau tak sempat gua mintak maaf awal-awal" Kata Mat lagi.

"Eh aper lu merepek ni bro...apersal plak tak sempat lain macam benor bunyik nyer"

"Tak ada apa lah pei, ok bro, gua gerak dulu. Lu jaga bini lu elok-elok. Ingat dapat anak bagi tau gua!" Gua bersalam dengan Mat dan dia terus berlalu.

Lama gua tak jumpa Mat, sampai gua dapat berita Mat meniggal seminggu lepas gua kawin kerana kemalangan motosikal di MRR2 berhampiran Giant Batu Caves.

"Bro, gua tak kisah pun pasal hadiah yang lu janji nak bagi kat anak gua tu, tapi yang gua paling terkilan tak dapat datang kebumi lu. Eh Mat, bet ping-pong yang lu hadiahkan kat gua masa kita main wakil daerah dulu gua simpan lagi. Dah tak elok, tapi gua simpan jer dalam laci kat opis tu. terima kasih bagi gua bet ping-pong, terima kasih ponteng sekolah dengan gua, terima kasih main bola dengan gua, terima kasih datang kenduri kawin gua dan terima kasih jadi kawan gua"

Al - Fatihah

*****************************

"Daus, gua nak lu punya ayam sikit... sedap benor ayam ni gua rasa" Kata Saipol pada gua kat dewan makan kolej masa gua buat pra-universiti dulu. Saipol duduk depan bilik gua satu bilik dengan taqiuddin. Tapi kami rapat sebab kami sekelas.

"Aperhal plak, dah la gua dapat bahagian kepak lagi lu nak bedal"

"Alaa bro sikit jer... hujung kepak pun jadi lah...sedap benor plak ayam ni gua rasa hari ni. Lain macam sedap nyer" Saipol merayu macam budak kecik.

"Ah tak payah... gua lapor ni" Dan gua terus berkeras.

"Pls bro... gua lapor ni. Lepas ni tak tau lah bila lagi gua nak dapat makan benda sedap macam ni" Saipol merayu lagi.

Gua patahkan sikit hujung kepak ayam tu gua letak dalam tray makan Saipol. Gua tengok bersungguh Saipol kunyah kepak ayam tu habis sekali dengan tulang-tulang dia telan.

"BRo... nak lagi.. kali ni last.. sumpah gua tak nak dah lepas ni" Saipol mintak lagi. Kali ni darah gua dah menaik sikit.

Gua tunjuk ada lagi sikit kepak ayam tu kepada Saipol sambil cakap "Lu nak? kirim salam!" terus gua suapkan cebisan kepak ayam yang terakhir dalam mulut gua. Puas hati gua masa tu.

"Sampai hati lu pei... tak tau lah bila lagi gua nak makan ayam kicap makcik dining ni" Kata Saipol sambil cebik bibir sikit. Dah macam rupa pompuan merajuk.

"Setiap hari Rabu tengahari lu datang ajer dining ni...mesti ada! hahaha" terus gua bangun dan basuh tangan. Tinggalkan Saipol sorang-sorang.

Malam tu lepas solat isya, gua mendengar pengumuman yang dibuat dari surau kolej yang mengatakan Saipol terlibat dalam kemalangan kereta. Kereta kancil yang Saipol pandu bertembung lori dan dia meninggal di tempat kejadian. Kereta kancil sepanjang 3-4 meter jadi 50cm. Tak payah gua cerita macam mana rupa jenazah Saipol.

"Bro, kalau gua tau lu nak pergi terus gua bagi semua kepak ayam gua kat lu siang tadi. Bro, kenapa gua tak boleh paham bila lu cakap "lepas ni tak tau lagi bila nak makan lauk sedap mcm ni". Bro, sejak lu tak ada..gua tak lalu nak makan kepak ayam mesti teringat kat lu. Bro, gua mintak maaf. Gua harap Al-fatihah dari gua setiap kali lepas solat boleh ganti kan kepak ayam tu"

Al - Fatihah

apei - budak kampung

p/s: Nanti kalau gua dah tak ada saper pulak nak hadiahkan Al-Fatihah untuk gua?

Thursday, May 5, 2011

Panggilan dari Datin Sri

Assalamualaikum wbt,


"Papa, ortomen (ultraman) tendang momok macam ni kan? kan? kan papa?"
Orked cerita pasal ultraman malam tadi.



Pukul 5 time jam tangan gua. Datin Sri call gua yang masih kat opis.

"Assalamualaikum..sibuk ke?"

"Tak lah biasa-biasa jer, ada aper mak?"

"Ni anak dara apei nak cakap, katanya ada benda penting"

Talipon pun bertukar tangan kepada Orked.

"Hello papa, ni kakak ni. Kakak tidor rumah nenek tau malam ni" Kata Orked

"Eh kan dah janji nak pi pasar malam teman papa beli apam balik jagung lebih malam ni kan?" Gua try discuss secara gentle ngan Orked.

"Kakak nak tidor rumah nenek jugak. Ok babai papa" Orked terus letak talipon.

Minggu lepas Orked tidor rumah Datin Sri dua hari, minggu ni Orked tidor rumah Datin Sri masuk hari ni dah tiga hari. Kalau minggu depan dia tidor rumah Datin Sri empat hari, gua ingat gua nak pindah ajer duduk satu rumah dengan mak gua. Settle!

apei - budak kampung.

Angin sejuk Houthandel Schmidt

Assalamualaikum wbt,

Lepas pekena roti cicah black paper sos, kentang rebus, kacang bersos tomato dan kopi arabica lebih kurang, gua terus melangkah keluar dari Latei sebuah kedai makan yang gua boleh tolerate sikit dari segi harga dan rasa makanan. Kedai makan dengan tema macam tahun 70-an. Latei terletak lebih kurang 200meter barat The Monk Hotel. Jam baru pukul 7 petang.

Gua amik keputusan untuk merayap dulu sebelum menghabiskan hari-hari terakhir di amsterdam. Dah 4 hari gua kat sini, sorang melayu pun gua tak nampak. Kaki terus melangkah hingga ke Houthandel Schmidt sebuah kawasan deretan kedai beberapa blok dari The Monk Hotel. Dari jauh gua nampak satu kutu main gitar ngan rambut rasta macam bob marley. Nyayi lagu bahasa orang amsterdam dan beberapa lagu orang putih. Dia punya style main basking tak macam budak-budak baru nak belajar main gitar yang lepak kat gerai Mail kat kampung gua.

Gua duduk tepi tembok 5 meter dari mamat 'bob marley' sambil layan kopi arabica lebih tadi yang gua tapau. Ingatan gua mengelamun teringat tunang (Pn Marlina).

"Emm lagi 3 bulan nak kawin...keh..keh...keh..." gelak gua sorang-sorang.

"Isabella adalah kisah cinta dua dunia...mengapa kita bercinta bla..bla..bla..." Mamat 'bob marley' menyayi lagu Search. Gua terkejut. Dah 4-5 hari gua tak dengar orang cakap melayu ngan gua tetiba ada pulak kutu menyayi lagu melayu.

Gua rapat ngan kutu tersebut sambil dengar sebutan bahasa melayu dia, memang perfect tak ada silap. Panjang-pendek, dengung, sumbang dia semua cukup. Gua jadi kagum lantas bertanya.

"Nice song brother. You know the band?"

"Search?"

"Absolutely..."Jawap gua sambil buat tangan tanda macam gua ni rock.

"Hang cakap melayu pun tak pa.. aku paham" Jawap mamat 'bob marley'

Giler terharu gua, 4-5 hari gua mencarik melayu di amsterdam akhirnya bertemu jugak sorang kutu basking berbangsa melayu.

Malam tu gua habiskan masa dengan kutu bernama Faizal tersebut sembang-sembang cakap bahasa melayu, saper tercakap bahasa orang putih atau bahasa orang amsterdam kena tendang kat dada. Faizal orang Alor Star, lorat utara memang piang punya pekat. Berumur 25 tahun (masa tu) dan baru menetap di amsterdam 3 tahun dan sebelum tu 2 tahun di France. Seorang budak yang dah tak ada orang tua dan adik beradik yang tak suka kawan dengan dia. Mengambil keputusan pergi jalan-jalan tengok tempat orang dan tempat pertama dia sampai adalah France. Menurutnya dia ke france kerana nak berjumpa dengan Zidane tapi hampa. Akhirnya lari ke Amsterdam pulak.

Tu cerita tahun 2007.

**********

"Encik Firdaus, ada visitor nak jumpa di lobby A sekarang" suara kakak security dari lobby call talipon opis gua.

"Ok seminit saya turun"

Dari jauh gua nampak seorang minah mat salleh senyum-senyum pandang gua, terus gua hulur tangan "Hi, I'm Firdaus, looking for me?"

"Hang dari dulu sampai laa ni dok sama gak, nampak awek mat salleh laju jer.. Bini aku tu woi!"

Gua toleh belakang, Faizal 'bob marley' kutu yang gua jumpa kat Houthandel Schmidt 4 tahun lepas datang opis gua nak ajak lunch sambil nak bagi tau dia dah kawin dengan orang putih. Kesian bini dia tak paham sangat bahasa melayu.

Sebelum Faizal cakap babai kat gua tadi sempat lagi dia nyayi lagu negaraku... gua boleh simpulkan nyayian beliau sebagai barai dan rabak. Jiwa tu dah tak ada kat Malaysia.

apei - budak kampung

p/s: Bro, selamat menjadi warga amsterdam. Sana bukan tempat gua, cinta gua pun kat sini. Selamat!

Wednesday, May 4, 2011

faizi berbicara soal pengikut.

Assalamualaikum wbt,

Tadi tengahari lepas pekena zohor kat surau opis gua bertemu faizi. Opis-mate gua. Kacak jugak orang nyer. Pengemar aper juga makanan berasaskan nasik. Tak kira lah nasik dagang ke, nasik kandar ke, nasik campur ke, nasik goreng ke, nasik semalam ke.. semua dia pukul sama rata. Minuman kegemaran teh ais.

Faizi: Lu tulis blog dah banyak tahun gua tengok, tapi follower lu takat seratus jer.

Gua: Abis tu?

Faizi: Dari situ gua simpulkan bahawa lu tak bagus dalam tulis blog.

Gua: Bang, mcm ni lah... follower gua ni orang yang bijak bistari bang... diorang tak follow orang-orang yang tak bagi diorang bahan bacaan berilmiah seperti mana gua. Jadi biarlah follower gua tak sampai seribu pun, yang penting diorang tu berkualiti. Kualiti tu yang kita perlukan dalam industri blog ni bang.

Faizi: Bukti?

Gua: 2 minggu gua tak update cukup lah, sampai opis orang call bang. Mana diorang dapat no talipon opis pun gua tak tau. Tu baru 'true' follower. Lu tak cayer lu boleh tanya jarr. Siap ugut nak hukum bakar gua atas zink kalau tak update blog dalam masa 24 jam. Tu belum gua citer yang hantar surat pakai facebook, yang hantar kad kawin suruh gua jadi pengapit, yang salam bila jumpa gua kat KLCC ngan sate kajang. Tu lah buktinya follower gua memang sejati. Depa tau saper yang depa follow. Tu yang kita perlukan bang. Lagi pun popularity blog bukan bergantung pada bilangan follower pun brader. Benda tu bergantung pada bilangan orang hit blog lu.

Faizi buat muka sardin sambil menuju cafe nak carik nasik katanya.

apei - budak kampung.

p/s: gua sayang follower gua sebab berapa lama gua tak update pun tetap ada orang masuk blog gua dan browse. Lu orang memang true. Tapi yang gua jadi pelik... aper yang lu orang carik kat sini ek?

30 hari menanti cinta baru

Assalamualaikum wbt,

Ok.. sekarang gua dalam mood standby. Lagi 30 hari Pn Marlina akan melahirkan baby ke-2 kami. Alhamdulillah.. excited. Sekarang nak pi keje pun tak ada mood brader. Menurut doktor dari pemerhatian beliau, insyaAllah anak lelaki pulak kali ni. Gua memang dah agak dia punya hensem-hensem mesti lebih kurang gua jer tak lari jauh. Yelah orang tua-tua pun ada cakap mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Kira gua ni ibarat kuah dan anak gua ni ibarat nasik, mana tumpahnya ke henseman gua kalau tak ke anak gua kan?

Ok doakan Pn Marlina selamat melahirkan...

apei - budak kampung

Tuesday, May 3, 2011

Kerana pangkin itu, segalanya musnah...

Assalamualaikum wbt,

Alhamdullah... gua selamat sampai KL dari kampung pukol 5 petang tadi. Penat tok sah cakap. Hari sabtu gua punya exam paper yang paling last dan yang paling 'damn' sekali. Gua nak menyebut nama subjek tu pun seksa, topic-topic dalam subjek tu lagi lah seksa gua nak paham. Tak per benda dah berlalu usah di kenang. Abis peksa pukul 1230pm gua terus chow balik teluk intan pasal pak mertua buat kenduri malam tu. Sampai teluk intan pukol 3pm, memang tak sempat tulang belakang gua nak manja-manja ngan tilam kat depan tv sambil pekena diary akedemi fantasia terus gua di kerah tolong susun-susun kerusi meja.

Lepas isya' kenduri berlangsung dengan jayanya. Mata gua memang dah rabak abis. Letih brader..letih. Settle orang makan gitu gini dah kol 11 malam. Gua tolong-tolong mana patut. Gua punya target pukul 1130 malam memang gua nak membuta. Lantak kat situ.

1130, gua baru sedap-sedap nak tepok bantal pekena baring kejap, Ucop ngan Man kobis terejah rumah pak mertua gua. Ajak tolong-tolong masak ada sikit lagi nak goreng ayam katanya tak cukup kakitangan. Takut tak sempat. Esok kakak dia nak kawin. Gua dah bagi alasan sakit perot pun nampaknya tak berkesan. Akhirnya gua akur..

1230 pagi - Bagan Datoh, genap 12 jam dari time gua abis pereksa tadi gua tak rehat-rehat lagi. Dari seorang pelajar gua menjadi seorang penyusun kerusi meja dan tugas-tugas rencam bagi menjayakan kenduri rumah pak mertua dan sekarang gua bertindak sebagai seorang pengoreng ayam. Amacam? Agak-agak boleh jadi tokoh ma'al hijrah tahun ni tak?

3 am - Dengan baju melayu yang gua pakai masa kenduri tadi jugak gua bersandar kat tepi pangkin rumah ucop. Pangkin kayu rumah ucop tu dari gua kecik sampai dah besar macam ni tak pernah pun gua rasa sedap, tapi malam tu gua rasa papan pangkin rumah ucop tu dia punya sedap lain macam.. lembut dah macam tilam kekabu arwah atok gua. Akhirnya gua terlanjut dan tewas dengan nafsu mata gua. Sebelum gua sandar tadi gua dah pesan kat Wan Sopak tolong tengok-tengok, rupanya Wan Sopak pun sama-sama terlanjur ngan gua. Akhirnya dua kuali ayam ucop dah bertukar jadi arang goreng rempah.

Kesan dari ketelanjuran gua dan wan sopak malam tu, kenduri kawin kakak ucop agak kurang meriah kerana 'killer menu' iaitu ayam goreng rempah yang gua dan wan sopak goreng sekali 2 kuali hangus begitu sahaja. Nilai kerugian masih disiasat.

Sejak dari kejadian malam tu, ucop tak nak cakap ngan gua lagi. Call pun tak angkat-angkat. Kata mail ucop marah sebab ketelanjuran gua tu.

Ucop..
tujuan gua menulis warkah ini adalah untuk memintak maaf atas ketelajuran gua tu, ketahui lah kau wahai ucop bahawa gua dan wan sopak tak sengaja.. ini semua adalah kerana kesedapan tiang pangkin rumah lu!

apei - budak kampung

Friday, April 29, 2011

Twitter

Assalamualaikum wbt,

"Pei, lu balik kampung tak cuti hari pekerja ni? Akak gua kawin, ingat nak mintak tolong lu jadi penagga ngan kemas-kemas sikit lepas kenduri. Kalau lu balik awal lagi cantek boleh berkampung gua buat masak sendiri jer tak main catering-catering ni" Ucop call gua malam tadi.

Ucop merupakan nelayan laut cetek di sekitar muara sungai perak kat area bagan dato' secara sambilan dan pelepak di gerai Mail burger secara sepenuh masa. Ucop juga merupakan seorang yang tak pernah ada akaun di KWSP tapi dia seorang yang rajin. Dalam ramai-ramai kutu kat kampung tu, Ucop yang paling rajin. Tiap-tiap kali semayang jumaat kat Masjid Sg Burung, dia merupakan orang yang akan vacum carpet surau, susun sejadah kat saf depan dan lap kipas depan imam tu. Tak pernah mintak duit pun, semua ikhlas. Tu yang gua kagum dengan Ucop. Lain-lain tak ada apa.. sama jer macam kutu-kutu lain, main bola pakai seluar pendek jugak.

"Balik, pak mertua gua pun ada kenduri sikit lepas isya' malam ahad tu. Tengok arr kalau sempat gua datang tolong sikit-sikit." Jawap gua.

"Lu jgn tak datang pei, gua dah ready duit kertas lima ringgit lipat-lipat jadi kipas buat letak kat dada untuk lu" Ucop cuba rasuah gua supaya datang.

"Ok lah Cop, nanti gua datang" Balas gua

"Pei, satu lagi kalau lu nak tau update pasal even kawin akak gua, lu boleh follow twitter gua. Gua update setiap sejam. Lu ada twitter tak? gua nak follow" kata Ucop.

"Twitter? emmm....." terus talian diputuskan oleh gua..

apei - budak kampung

p/s: Gua dah create account twitter tadi 'apei_orked'. Gua tak follow Ucop pasal follower dia dah 15 orang. Malu lah gua tak ada follower. Cilakak!

Tuesday, April 5, 2011

Orked berumur 31 bulan.

Assalamualaikum wbt,


Bulan ni Orked dah berumur 31 bulan. Bulan ni jugak Orked dah 3 hari tak nak tidor kat rumah gua. Bulan ni jugak Orked dah pandai makan nasik dengan ikan masin, nasik gaul sambal tempoyak dan paling champion minum kopi cicah biskot lutut.

Gua ingat ni semua Datin Sri punya pelajaran. 3 hari tidur rumah nenek dia (mak gua), perangai pun dah macam nenek dia. Umur baru 31 bulan dah macam orang umur 31 tahun.

"Orked, papa tak kira, malam ni Orked kena balik rumah tidor kat rumah!!!"

apei - budak kampung

p/s: Gua pelik aperhal tetiba anak gua tak nak tidor kat rumah? Gua dengar gossip sekarang dia sibuk berkawan ngan sorang mamat yang umur 36 bulan kat sebelah rumah Datin Sri tu.

Friday, April 1, 2011

Lelaki vs Pompuan = Musim exam

Assalamualaikum wbt,

7.00 pm - On the way balik dari opis ke rumah.

Gua: Naper senyap jer ni?

Pn Marlina: Susah hati lah.

Gua: Dah semayang asar belom?

Pn Marlina: ish dah nak masuk magrib, asar aper benda nyer. Dah smayang dah asar tadi.

Gua: Dont worry lah.. everything gonna be ok!

**********

8.45 pm - Time dinner (Roti pratta, salad + thousand island, pizza semalam+chiken wing pizza hut)

Gua: Naper makan sikit jer ni? tak sedap ke pizza semalam?

Pn Marlina: Ok jer...

Gua: Makan ler lebih sikit, bazir tak abis ni. Tu chiken wing tu peberet (favorite) awak kan.

Pn Marlina: emmm...

Gua: Ada masalah ke? moody jer.. Orang pregnant tak boleh moody-moody tak elok tau.

Pn Marlina terus belalu pi dapur bawak pinggan makan beliau.

**********

9.45 pm - Pn Marlina tengok tv sorang-sorang dalam bilik. Muka macam orang main saham rugi juta-juta.

Gua: Dah semayang Isya' ?

Pn Marlina: Dah.

Gua: Dah nak tidor ke? awal naik bilik ni?

Pn Marlina: Tak leh tidor.

Gua: Naper ni... ada masalah problem ke? what's going on?

Pn Marlina: Susah hati lah.

Gua: Iyerlah naper susah hati plak.

Pn Marlina: Pikir lah sendiri!

Gua: Manalah saya tau, yang susah hati tu awak bukan bukan saya. Macam mana lah saya nak tau awak susah hati pasal aper.

Pn Marlina: Awak nak tau satu benda tak?

Gua: Nak...nak..nak... (sambil senyum2)

Pn Marlina: Abg sedar ke tak esok abg punya final exam? saya tak ada pun nampak abg pegang buku sebagai tanda abg sedar diri esok exam. Hari-hari balik keje tengok tv cerita CSI pastu cerita SpongeBob, habis cerita SpongeBob tengok cerita pasal perang-perang, lepas cerita perang-perang sambung plak cerita tom and jerry sampai mengantuk. Dari balik kerja tadi abg happy jer macam esok tak ada apa-apa, bedal roti pratta 3 keping, chiken wing 4 pastu salad 1 mangkok. Dah kenyang baring sambil tengok tv lagi. Ke abg lupa esok abg peksa? Just to remind you, tomorrow your paper gonna be started at 9 morning.

Gua: emmm... ok. so aper kena mengena dengan awak punya susah hati? yang nak peksa tu abg.

Pn Marlina: ish... susah nyer nak cakap. Pi tidor esok bangun awal. I have set your alarm at 7!

**********

Garang betol Pn Marlina malam ni, tapi gua jadi pelik apersal beliau nak rasa susah hati. Yang nak peksa tu gua. Ish...ish.. pelik betol.

apei - budak kampung

p/s: Orang pompuan memang macam ni ke? Orang lain nak peksa pun dia risau. Kalau diri sendiri nak peksa gua rasa mau tak tidor malam. Hahahaha..
.

Wednesday, March 30, 2011

WiFi kedai roti canai

Assalamualaikum wbt,

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password.

"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

"Yes boss?"

"Sini wifi aper dia punya password?"

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

"Ok boss amik ni arr.. saya cakap satu kali boss terus tulis sana...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan. Lantas gua tekan 'OK'

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2 sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak?"

apei - budak kampung

Wednesday, March 16, 2011

Aku Pelajar.

Assalamualaikum wbt,

Semenjak dua menjak gua menjadi pelajar sepenuh masa dan pekerja separuh masa di sebuah bank ni daya pemikiran gua lebih cenderung ke arah bahan-bahan ilmiah. Sebagai contoh bahan bacaan sambil-sambil pekena roti bakar time pagi adalah 'The Edge' dan ke atas. Gua dah tak main dah Kosmo ngan Harian Metro, magazine pulak gua sibuk baca 'The Times' dan 'Weekly News' tak main dah Mastika ngan Ujang. Siaran tv pulak gua lebih cenderung kepada siaran-siaran yang boleh memberi gua input yang berguna seperti cerita buat kapal terbang di discovery channel dan cerita pasal orang panjat-panjat gunung dan berlawan dengan ular di NatGeo Channel. Gua memang dah lama tak tengok cerita AC di Mana? dan Sehati Berdansar. Raja Lawak? Jauh sekali! Gua tau ada wujud cerita nama Raja Lawak tu pun pasal Pn Marlina yang cerita. Kalau tak haram gua tak tau.

Sekarang gua ingat nak tulis blog pun dengan bahan-bahan ilmiah contohnya pasal pendapat gua terhadap iklim ekonomi semasa. Gua jugak nak mengupas dan membincangkan isu-isu yang lebih berat seperti kesan radiator nuclear yang terbakar di Jepun terhadap nilai import Jepun ke Malaysia. Sekarang gua dah malas nak cerita pasal kutu-kutu bola, kutu-kutu kampung yang dari kecik sampai besar asyik lepak kedai Mail, kutu-kutu opis gua yang sibuk kerja 'gelap ke gelap' (maksudnya dari awal pagi sampai lepas magrib).

Malam semalam sebelum tidor gua ada meluahkan hasrat ni kepada Pn Marlina untuk menukar penampilan blog gua dari blog sampah macam ni kepada blog yang lebih ilmiah. Mana tau kot-kot ada mana-mana orang putih offer gua tulis dalam majalah diorang.

"Abg ingat nak tulis pasal Finance dan Economy lah dalam blog abg. ok tak?"

"Abg dah pikir abis ke? berat tu..." tanya Pn Marlina untuk kepastian.

"Abg rasa tak ada masalah. Benda kecik ajer tu. Lagi pun abg dah start baca surat khabar 'The New York Times' kat library" Jawap gua sambil merenung mata Pn Marlina sebagai tanda keyakinan.

"Bukan aper, kesian sy tengok abg tu. Baru belajar 2-3 bulan misai ngan janggut pun dah tak reti nak shave, pastu hari-hari kompelin baca buku pun tak paham-paham ni lagi nak tulis pasal economy dalam blog yang satu alam boleh baca tu? Tu assingment dalam laptop tu dah dua minggu baru 1 perenggan jer tak gerak-gerak. Tapi kalau abg confident buat lah" Pn Marlina menjawap.

Gua amik bantal tutup muka. Tak tau pukul berapa gua tertidur sedar-sedar Pn Marlina kejut suruh bangun semayang subuh. Pagi tadi gua rasa mata pedih-pedih sikit, mungkin gua menangis dalam tidor. Bisa jugak kata-kata Pn Marlina. Malam ni gua nak buat assingment.

apei - budak kampung.

Monday, March 14, 2011

Kabar dari gua.

Assalamualaikum wbt,

Sejak 2-3 bulan gua sambung belajar balik ni, masa gua nak tulis blog memang dah langsung tak ada. Gua kompelin kat bini gua dengan keadaan time hidup yang sangat tight (ketat). Tak larat! Pagi subuh dah bangun pi kerja, buat kerja yang makin hari makin banyak, meeting, projek dan macam-macam. Petang yang nak dekat-dekat magrib sampai Pn Marlina kena call handphone gua baru sedar diri nak balik. Gua tinggalkan meja opis ngan kepala serabut kerja yang tak pernah nak surut.

Kadang-kadang gua berdoa untuk jadi seorang penjual cenderahati di Pulau Pangkor yang mana bangun pagi lepak di kedai kopi, minum kopi dan makan roti bakar sambil baca surat kabar yang ada cerita pasal mak buang anak, anak bunuh mak dan datok rogol cucu (surat kabar metro). Dah pukul 11 pagi baru terhegeh-hegeh nak nak bukak kedai cenderahati yang ada jual key-chain, t-shirt dan topi tulis perkataan I Love Pangkor. Mat Salleh datang gua klentong ala kadar t-shirt harga RM10 gua jual RM50, itu bukan riba kan?. 4 helai t-shirt gua dapat jual kepada Mat Salleh dah sama dengan gaji gua sehari duduk kat KL ni. Takat 4 helai t-shirt tu gua rasa sambil-sambil gua main facebook pun dah boleh jual. Mat Salleh beli 2, pastu couple yang datang dari KL untuk 'Pra-honeymoon' beli 2 dah settle. Perhhh best nyer. Pastu tengahari balik makan kat rumah tak pun makan kat kedai dengan lauk ikan, nasik, sayur, sambal belacan + air sirap gua rasa paling mahal pun RM3.50. Kalau kat KL? biasa RM6. Hahahaha... giler!!!

Pukul 6 gua tutup kedai, balik rumah naik honda cup C70 bawak slow-slow. Sampai rumah siap-siap pi surau semayang magrib + Isya. Gap antara magrib ngan Isya kalau tak ada ceramah boleh join pakcik-pakcik cerita politik. Pas cakap BN bodoh, BN cakap pas bengap. Entah lah...

Tinnnntttt...ttiiinnnnntttttt... "Woi jalan lah, berangan ke?" Sound brader naik motor kepada gua. Ceh berangan. Jam kat deshboard kereta pukul 7.30pm. Gua masih sangkut jem kat Jalan Loke Yuew. Ambik Orked kat rumah datin sri di Pandan Indah kemudian terus balik rumah gua kat cheras. Nasib baik ada Orked yang dah pandai cakap. Walaupun tatabahasa atau grammar berterabur tapi gua boleh la paham. Contohnya "Haiiii, nama saya siapa?" ayat sepatutnya ialah "Hai nama awak siapa?". Tu belum kira dia bagi soalan-soalan yang gua susah nak jawap. Contohnya "Papa, kenapa nama papa ni papa?" atau pun "Mama kenapa beli gula-gula kena ada duit?" atau pun "Kenapa papa dengan mama pergi kerja, nenek tak pergi kerja pun?".

Sampai rumah, gua mandi-mandi semayang Isya (magrib kat rumah mak gua ajer tak sempat klu sampai rumah). Lepas tu dinner dan gua start bukak buku. Orked pun bukak buku duduk sebelah. Pn Marlina masa ni sibuk gosok baju sambil tengok cerita drama astro yang jalan cerita dan pelakon nya sama ajer. Cuma tajuk cerita ajer lain! tak pun cerita tahun-tahun lepas dia ulang lagi untuk kali yang ke berapa puluh gua pun tak kira.

Buku gua bukak, mulut sibuk membaca, tapi entah arr dah tua-tua ni susah sikit nak masuk. Last-last gua duduk kat hall join Pn Marlina tengok drama. Buku? entah!

Minggu depan exam gua dah start, ada buku yang gua belum bukak lagi. Damn! hahaha...

Doa kan gua success... oh yer cita-cita gua yang terkini ialah menjadi penjual cendramata di Pulau Pangkor.

apei -budak kampung.

Monday, February 7, 2011

Saya dan MC

Assalamualaikum wbt,

Gua MC hari ni. Pagi tadi Pn Marlina dah sediakan sarapan berupa buah epal dan roti. Jadi untuk meneruskan hidup, tengahari gua akan berusaha masak sendiri. 1.00pm, gua dah siap-siap pecahkan telur, potong bawang dan cili sikit. Itu adalah bahan-bahan untuk main course. Sebagai side dish, gua memotong sedikit bahagian ekor ikan gelama masin dari dalam peti sejuk. Gua pun tak tau dah berapa tahun ikan masin tu kat situ.

Minyak dipanaskan, dan gua pun masukkan bahan-bahan untuk main couse tadi dan tak sampai 2 minit maka menjelmalah telur dada yang berintikan bawang dan cili. Sedikit garam gua taburkan sebagai penambah perasa. Telur gua asingkan ke tepi, panaskan minyak sekali lagi dan tak sampai beberapa saat satu rumah terbau ikan masin. Tak sampai 10 minit hidangan tengahari gua dah siap. Baru gua perasan, nasik tak masak lagi..

Dengan berbekalkan kesabaran, gua membasuh beras dan memasak nasik agak-agak untuk gua makan sorang. Letak dalam rice cooker dan gua beredar ke depan. Bau ikan masin bercampur telor dada memang buat gua panas! Lapor..

Dengan penuh kesabaran gua duduk atas sopa sambil tengok cerita buat-buat bangunan siaran discovery. Memang bosan, patut lah gua tak dilahirkan sebagai arkitek. Mungkin kesan ubat selsema yang kuat, gua terlelap, 40 minit berlalu, bau ikan masin atas meja makan masih ada sikit-sikit. Gua terus ke dapur, ambil pinggan dan menuju ke rice cooker. Harapan menggunung untuk makan nasik hasil air tangan sendiri. Penutup rice cooker di bukak, perasaan gua hampa, nasik tak masak lagi. Rupanya masak nasik ni lepas lu dah letak dalam rice cooker tu lu kena tekan lagi butang tulis 'cook'. Gua ingat dia auto masak!

apei - budak kampung.

p/s: Gua baru abis makan meggi sama ikan masin. Sedap jugak. Lu orang boleh try!

Saturday, January 29, 2011

Orked lagi 4 bulan nak dapat adik.

Assalamualaikum wbt,

Makan epal cicak serunding ikan, minum susu ikut hidung, makan nasik dengan ice cream, tidor dalam tudung saji dan yang terkini 30 minit lepas letak air rebina dalam bathtub pastu mandi dengan air rebina.

Jap lagi gua nak tanya Orked aper yang seronok sgt buat benda-benda macam tu.

apei - budak kampung

Friday, January 28, 2011

Mimpi patuk ular.

Assalamualaikum wbt,

Malam tadi gua mimpi kena patuk ular kaler hitam. Orang tua kata kalau mimpi kena patuk ular, itu tanda ada orang nak masuk meminang....

Ah, aperhal plak tiba-tiba rasa berdebar ni.

apei - budak kampung

p/s: Saper-saper nak masuk meminang gua, sila hadiri sesi interview bersama Pn Marlina terlebih dahulu. Itu pesan beliau pagi tadi dalam kereta masa dalam perjalanan kami nak ke opis. Harap maklom.

Thursday, January 20, 2011

mangkok!

Assalamualaikum wbt,

Mesyuarat JKKK sempena anak Pakcik Jamil Sg Burung nak kawin. Macam biasa, sama ada gua hadir atau tidak ke mesyuarat JKKK kampung, gua pasti akan diberikan apa-apa jawatan. Kali ni gua mendapat jawatan sebagai tukang urus barang-barang logistik.

Logistik bermaksud menguruskan barang-barang kelengkapan memasak dari kayu api sampai ke berus cuci bontot kuali, dari pingan mangkok untuk hidang orang makan sampai ke kordial air sirap dan gula, dari zink nak pasang khemah sampai batu bata buat sendal tiang kemah yang goyang. Itu semua adalah di bawah tanggungjawap gua. Yer.. gua adalah ketua ajk logistik atau dalam bahasa budak-budak sekolah yang sibuk berpesatuan ialah AJK Pelbagai.

Ahli-ahli dibawah AJK Logistik adalah Abu Leman atau nama I/C Abdul Sulaiman atau nama kat sekolah Buyong. Seorang yang berbadan sasa dengan ketinggian 170cm dan berat 105kg. Pinggang tak besar sangat dalam 45inci ajer gua rasa. Hobi karaoke. Rocker pujaan adalah Amy Search. Tapi jiwa lembut, skuter kaler pink ada gambar bunga ros berdarah kat nombor plat.

Ketua JKKK memang seorang yang bijaksana lagi arif. Katanya "Apei, teman rase sebagai AJK logistik keje dema tak lah banyak. Jadinye teman rase elok benor buyong aje ngan dema. Berdua aje pun dah ok tu"

Gua hanya angguk sambil cakap "Terima kasih yang arif!"

*******************************
Dalam mesyuarat JKKK, Ketua JKKK telah menanyakan setiap AJK jika ada sebarang masalah berbangkit boleh lah dikongsi bersama dan dibincangkan. Sampailah giliran gua...

Ketuan JKKK: Apei, dema ada ape-ape masalah? Pingan mangkok ok? Periok belanga ok? Sabun udah beli?

Gua: Semua settle yang arif. Cuma masalah problem teman ni ialah kita tak ada mangkok besor nak buat letak air 'coctail' untuk hidang mempelai nanti.

Ketua JKKK: Ate surau punye mangkok besor tu mane?

Gua: Kan dah pecah masa raya aji hari tu Man Koboi buat letak sop ekor. Mangkok tu tak leh kena panas nanti pecah. Letak benda sejuk aje. Kan ke tok jugak yang suruh Man Koboi letak sop ekor ari tu. Lupe ke?

Ketua JKKK: Ate mcm mane... ni yang teman stress ni.

Gua: Rilek tok..rilek.. kang naik darah tinggi pulak.

Ketua JKKK: dema pakai ajerlah mangkok besar sebelah dema tu.

Gua: Bila pulak saya ada mangkok besar tok. Sebelah mane?

Ketua JKKK: tu sebelah dema tu yang dok senyum-senyum dari tadi (sambil memuncungkan mulut tunjuk kepada buyong).

Kadang-kadang gurau orang tua ni boleh tahan kasar jugak. Buyong dah tarik diri pasal kecik hati ngan Ketua JKKK panggil dia mangkok. Maksudnya tinggal gua sorang sebagai AJK logistik.
Kenduri masa raya cina awal bulan 2 ni. Gua sekarang tengah sibuk carik akal tak nak balik kampung.

p/s: Tadi masa nak log-in blog masa nak masuk password gua rasa berdebar takut tetiba keluar warning window dari blogspot "Blog lu dah ditutup secara auto oleh blogspot sebab lu malas nak tulis. Buat semak ajer dalam perindustrian blogger!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...