faizi berbicara soal pengikut.

Assalamualaikum wbt,

Tadi tengahari lepas pekena zohor kat surau opis gua bertemu faizi. Opis-mate gua. Kacak jugak orang nyer. Pengemar aper juga makanan berasaskan nasik. Tak kira lah nasik dagang ke, nasik kandar ke, nasik campur ke, nasik goreng ke, nasik semalam ke.. semua dia pukul sama rata. Minuman kegemaran teh ais.

Faizi: Lu tulis blog dah banyak tahun gua tengok, tapi follower lu takat seratus jer.

Gua: Abis tu?

Faizi: Dari situ gua simpulkan bahawa lu tak bagus dalam tulis blog.

Gua: Bang, mcm ni lah... follower gua ni orang yang bijak bistari bang... diorang tak follow orang-orang yang tak bagi diorang bahan bacaan berilmiah seperti mana gua. Jadi biarlah follower gua tak sampai seribu pun, yang penting diorang tu berkualiti. Kualiti tu yang kita perlukan dalam industri blog ni bang.

Faizi: Bukti?

Gua: 2 minggu gua tak update cukup lah, sampai opis orang call bang. Mana diorang dapat no talipon opis pun gua tak tau. Tu baru 'true' follower. Lu tak cayer lu boleh tanya jarr. Siap ugut nak hukum bakar gua atas zink kalau tak update blog dalam masa 24 jam. Tu belum gua citer yang hantar surat pakai facebook, yang hantar kad kawin suruh gua jadi pengapit, yang salam bila jumpa gua kat KLCC ngan sate kajang. Tu lah buktinya follower gua memang sejati. Depa tau saper yang depa follow. Tu yang kita perlukan bang. Lagi pun popularity blog bukan bergantung pada bilangan follower pun brader. Benda tu bergantung pada bilangan orang hit blog lu.

Faizi buat muka sardin sambil menuju cafe nak carik nasik katanya.

apei - budak kampung.

p/s: gua sayang follower gua sebab berapa lama gua tak update pun tetap ada orang masuk blog gua dan browse. Lu orang memang true. Tapi yang gua jadi pelik... aper yang lu orang carik kat sini ek?

Comments

aku setuju ko punya alasan.aku tau aku bijak.sebab tu cari hiburan secara bijak dari blog lu.
De' Nurul said…
heee. entah. aku pun tak tau kenapa aku suka cara penulisan kau.
citahrudin said…
jenis cepat kecik ati agaknya si paizi ni
aieda said…
Aku cari ketenangan di sini apei sbb lu punya tulisan selalu buat aku rasa 'berilmiah' haha. Dan aku nk tau cite2 sensasi pasal cik orked...
PETAK.! said…
Yang kat KLCC tu, gua kan? Keh keh.

Gua datang blog lu pun sebab Orked.
Haris Hauzah said…
Faizi.... Faizi...

Dia perlukan isu lain untuk pukul lu lain kali Bro...

Jawapan balas menjawab smash si Faizi tu memang best...

Haha
iza_hafizah said…
aah... gua cari apa ek.... aik, aida...lu bukan x-classmate gua masa kat uitm dulu ker?lu pun blh lepas kat cni jugak...kira blog ni blog reunion gak ek?
mEiZ SHA said…
hehehhe
lu g jauh pon wa acri bro..:)
dtg sini mesti laa sbb best..follow x follow tetap mau baca...

n sebab ORKED comelllllllllll tu laa...:)

Popular Posts