Kursus dan peksa

Assalamualaikum wbt,

Kursus:
Esok dah lusa gua kena pergi kursus. Kursus ni pada gua bukan benda runcit-runcit. Nak menghadiri kursus lu kena bersedia dari segi mental dan fizikal sebab apa-apa kemungkinan pun boleh terjadi. Gua pernah pandang remeh bila boss suruh gua pergi kursus kalau tak silap tajuknya "Cheque forgery and Banking fraud". Kursus pasal orang tipu bank dan palsukan cek. Pada gua yang selalu tengok cerita CSI, kursus ni mesti tak berapa mencabar. Bila meneliti isi kandungan kursus, gua dapat bayangkan ni kursus yang jenis kita duduk belakang sambil main sms ngan bini dan cikgu cakap sorang-sorang kat depan. Rupanya gua silap. Kursus yang cikgunya orang putih, cakap style mcm cerita CSI NY sepatah harap gua tak paham pastu kena buat presentation aper bagai. Kesimpulan nya gua menamatkan kursus 3 hari tersebut secara 'suck!' bukan 'success'.

Peksa:
Minggu pertama bulan puasa, gua akan menghadapi peksa. Peksa ni pun bukan benda kecik-kecik, ia perlu dilakukan dengan sepenuh hati. Kalau dikira dari hari ni, gua ada lebih kurang 2 minggu ajer lagi sebelum amik peksa tersebut, jadi mulai malam ni gua kena start baca buku. Oh yeaaa..patut malam tadi gua dah nak start baca buku, tapi gua carik buku tak jumpa. Kena tanya Pn Marlina mana dia letak buku gua masa kemas-kemas hari tu. Bila dah belajar peringkat tinggi sikit ni sambil keje, trik-trik yang digunakan masa belajar full time dulu dah tak berapa boleh pakai. Nak buat peta minda? nak pinjam nota kawan? nak bodek lecturer? dan nak buat study group? Mana ada masa boiiiiiii.... Jadi gua terpaksa menggunakan sepenuhnya common sense, pengalaman keje dan ilmu yang gua perolehi yang masih lekat sikit-sikit masa menghadiri kelas tutorial. Bukak buku? jarang sangat masuk dalam kepala.

So orang putih kata bila kawan nak amik peksa atau nak pi interview keje kita kenalah cakap "good luck!"
Jadi sila wish me luck...

Ok gua nak pi breakfast!

apei - budak kampung

Comments

KayNisa said…
goodluck la, aku dah habis azab sem pekse. aku tinggal sem utk wat thesis je.. ko amik part time kt u mane?
apei said…
gua kat Open Uni M'sia
aieda said…
good luck! hehe rasa kalau ajak orked sama2 buat peta minda mesti berkesan pei.
afendi ariff said…
heh!lu pun dh studi?
mmg kita byk persamaan bro...

gudlak!
rosdiana said…
semoga ko tabah.

(saja nak carik kelainan, taknak wish gudluck:)
mama.orked said…
goodluck papa..hehehehe...
nak peksa pun sibuk susun aktiviti nak p jenjalan bawak baby..hehehehe.pape pun kami semua doakan papa selalu...

Popular Posts