Panggilan dari artis dan celebriti

Assalamualaikum wbt,

Tadi baru sedap-sedap gua nak suap nasik sebagai hidangan dinner tiba-tiba talipon gua berbunyik. Talipon berdering makin lama makin kuat sebagai tanda protes gua lambat angkat kot. Tertera di screen talipon "Calling from Jamal Abdillah". Gua picit butang kaler hijau sebagai tanda nak cakap dengan Abang Jamal Abdillah "Hello bang..haa baru nak makan..emm haa confirm esok puasa bang. Ok..ok selamat berpuasa bang" talian diputuskan.

"Saper call bang?" Pn Marlina tanya sambil nak suap nasik berintikan sambal belacan.

"Ooo Jamal Abdillah" Jawap gua selamba sambil jalan menuju meja makan balik

"Aper nak nyer?" Tanya Pn Marlina lagi

"Dia tanya esok jadi ke puasa. Dia tak tengok pengumuman. Kalau jadi dia nak singgah mamak beli roti canai buat sahur"

**********

Ok habis kat situ. Tu baru satu artis call gua sekadar nak tanya pasal esok jadi puasa ke tak. Setakat call dari Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Remy Ishak, Lisa Surihani, David Teo, Tony Fernandez, Nasir Billa Khan, Aznil, Chef Wan, Khatijah Tan, artis orang putih pun tak ketinggalan seperti Tom Cruise, Orlando Bloom, Angelina Jolie, Steven Spielberg..eh!.. Kadang-kadang ahli-ahli sukan pun ada tercall gua macam Anna Sharapova, Nicole David, Cesc Fabregas dan paling kerap main miscall ngan gua sekarang ialah Safee Sali.

Dulu masa zaman-zaman baru nak belajar keluar dating dengan Pn Marlina pernah jugak dibuatnya 2-3 kali beliau jeles tak tentu pasal bila Liza Hanim kerap mesej gua. Tapi lepas-lepas dah kawin ni nampak Alhamdulillah lah.. biarlah Nur Fathia Abdul Latiff call gua pun dia tak heran sangat.


Ok tak ada apa-apa rahsia pun kenapa bila artis-artis call gua bini gua tak kisah pun. Dan tak ada apa-apa keistimewaan pada gua pun menyebabkan artis-artis kerap call gua. Saper yang baru pertama kali tengok incoming call dari phone gua mungkin terkejut, tapi yang dah kenal gua rasanya dah tak rasa apa pun bila tengok artis atau celebriti call gua. Cuma 1 tips ajer yang gua amalkan.

Gua namakan Siti Nurhafizah (budak opis gua) sebagai Siti Nurhaliza, Ramli Johari (rakan futsal) sebagai Remy Ishak, Ahmad Shahril (rakan univesiti) sebagai Orlando Bloom dan Jamal Abdillah yang call gua tadi adalah Jamal Karim (sepupu gua). Memang sikap gua dari dulu suka namakan rakan-rakan dalam phone dengan nama artis atau celebriti yang  mirip dengan muka diorang, atau nama seakan-akan diorang. Itu cara gua nak ingat no phone diorang. Jadi kalau gua kehilangan phone pun insyaAllah gua boleh ingat nombor-nombor penting rakan-rakan gua berdasarkan nama-nama artis atau celebriti yang telah gua namakan utk mereka.

apei - budak kampung


p/s: Saper nak teka apa gua letak nama Pn Marlina dalam phone gua? hehehe biarlah rahsia!!!

Comments

kEy said…
Eh eh.
Kalo anda ade mengikut satu rancangan korea, Running Man, MC die pon buat mcm ni jugakk~~~ ;)))
Epic!!~~
n a d e a said…
aku ko letak nama apa??

shahril - orlando bloom??? tang mana yang sama nya??? oh tidakkkkk
wos said…
jadik,
ada harapan la nama aku bertukar jadi erra fazira kan?

tengkiu dik.
ko mmng suwit.
hanie said…
lu letak nama pn.marlina Lisa Surihani ye... ke Anjelina Jolie? haha

selamat berpuasa weh..
apei said…
key
ooo yer ke? gua tak into sangat ngan scene-scene korea ni macam pn marlina dan orked. Gua lebih kepada siaran astro oasis jer. hehehe...

nadea
ko punya nama? tarak pasal aku dah hilang no ko. aku mintak hari tu ko tak nak bagi. kalau tak tak pasal-pasal ko jadi Tiz Zakiah.
Shahril kalau ko tengok dari tepi memang ada iras orlando bloom, eh silap orlando broom!

Kak Wos
Sila email saya no akak nanti, secara auto saya lantik akak sebagai erra pazirah dalam hp saya ni.

hanie
lisa surihani ngan anjelina jolie tak berapa seksi di mata gua.. hehehe..
BONDAROCK said…
Gua ????

p/s si ros tu rajin eh komen kat blog lu skang? aggghhhh...tertekan gua!
tasekM said…
amik la no aku.
nnti letak hanjelina juli tau.

:p



.
apei said…
bonda
tu yang lu nampak.. email ngan st hanya dia dan gua jer yang tahu.

tasekM
anjelina jolie dah ada orang punya. Lu nanti gua pikirkan nama yang best sikit dari tu.

Popular Posts