Wednesday, August 24, 2011

Buat buku

Assalamualaikum wbt,

Gua tengok setahun dua kebelakangan ni dah jadi trend budak-budak tulis blog buat buku. Buku berasaskan apa yang diorang tulis dalam blog. Blogger-blogger idola gua macam pipiyapong, sembang kencang dan nizamsani dah lama buat buku. Buku diorang tak payah cakap dia punya hot selling, sampai buku tajuk "Saper nak jadi jutawan" yang Aziz Ali punya pun tewas. Tu baru jual secara runcit-runcit di kalangan follower. Kalau masuk kedai borders atau kinokunia?

Pagi tadi time sahur gua berbincang secara ilmiah bersama Pn Marlina.

"Abg nak buat buku lah blog 'apei' tu ok tak?"

"Jual kat mana?" tanya Pn Marlina sambil kunyak roti subway beli malam tadi.

"Jual kat dalam blog. Saper nak boleh order. Nanti abg pos. Kat buku tu nanti abg cium biar ada kesan gincu pastu abg sain sambil tulis kata-kata manis "Terima kasih kerana beli buku saya. Saya sayang kamu!" misalnya"

Pn Marlina bangun terus menuju ke peti sejuk, tuang susu dalam cawan sambil cakap "Baik beli surat kabar kosmo lagi sedap"

Gua jadi down. Ok gua bukan blogger tersohor.

apei - budak kampung

7 .:

citahrudin said...

lah..gua baru nak order

hanie said...

lu tak beli pun buku kolaborasi wa dgn makwe2 aritu. wa kecik ati.









kahkahkah!

aliff muhammad said...

apei,

Lu buat jer beb. manalah tau laris.

sharamli said...

Bl0g p0n malas updet..ada hati nak buat buku..keh keh keh

aieda said...

hahaha pei, lu bukan baca buku universiti pun malas ke? hehehe pastu nak tulis buku cam tak kena aje.:p

helmi said...

dugaan tu,dugaan....(kosmo pun gua mls beli)

apei said...

citah
rasanya mcm tak jadi beb

hanie
lu tak kabo pun dalam saluran twitter

aliff
tunggu lah follower gua jadi 100 ribu baru gua buat.

sharamli
aduh..bisa beb..bisa..

aieda
benda2 berunsur ilmu ni memang banyak dugaan kalau nak baca. Cuba benda2 merapu mcm blog gua contohnya, laju jer kalau baca.

helmi
perbandingan blog gua dengan kosmo tu satu perbandingan yang paling tak wajar pada hemat gua. Kurang2 pun bandingkan lah dengan Utusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...