Wednesday, August 10, 2011

Kekoreaan

Assalamualaikum wbt,


Masalah penyakit korea ni bukan benda kecik-kecik dalam hidup orang Malaysia sekarang. Dulu gua pandang enteng jugak benda-benda macam ni. Pada gua mungkin bersifat sementara. Puan Marlina memperkenalkan gua dengan cerita korea tajuk Winter Sonata, masa tu sekitar tahun 1999-2000 kot. Dari lagu sampai ke skrip rasanya dia tau. Masa tu kami tengah berkawan jer. Belum ada niat nak kawin dengan makwe yang bercorak kekoreaan ni. Tapi lama kelamaan gua tengok benda-benda berbentok korea ni semakin tegar dalam diri Puan Marlina. Koleksi cerita, kamus bahasa korea, masak makanan korea dan kadang-kadang tulis surat pakai bahasa korea. Bab ni kadang-kadang ada jugak buat gua meradang.

Lepas kawin nampak alhamdulillah, perangai kekoreaan tu nampak dah kurang sikit. Unsur-unsur kemelayuan yang gua serapkan selama ni dah mula membuahkan hasil bila beliau dah start pandai tengok cerita cerekarama dan rancangan-rancangan memasak chef melayu. Masakan berunsur melayu pun dah mula bertapak di atas meja makan rumah gua dan sedikit demi sedikit Gyeran jjim, Dubuseon, Dak galbi dan lain-lain makanan nama korea dah mula hilang. Cuma ada 1 botol ajer lagi sos tiram jenama korea ada dalam peti sejuk tu.

2-3 minggu kebelakangan ni gua tengok Cik Orked pulak dah start pandai tengok lagu-lagu k-pop dan hari tu dia ada suruh gua bawak pergi kedai potong rambut. Nak rambut macam orang korea. Tak per gua boleh sabar lagi. Minggu lepas gua terpaksa berbukak puasa kat kedai makanan korea. Aper citer weh, tak into langsung dengan tekak gua. Tu pun gua boleh tahan lagi. Malam tadi sebelum tidor Cik Orked ada cakap kata-kata yang buat tidor gua betol-betol terganggu "Papa, nanti raya kakak nak baju kurung korea tau!" Ini gua dah tak boleh sabar!

Saper pulak yang ajar perangai korea kat anak gua ni?!

apei - budak kampung

7 .:

aieda said...

hahaha mana lu nak cari baju kurung korea ni pei??

sharamli said...

Kemain 0rkde ni.Tak padan dengan kecik!

KayNisa said...

baju kurung korea? dia nk wat ala2 hanbok ke??

hanie said...

우와...orked..예쁘다~~



eh..wa terkomen dlm bhs korea pulak. hahahahah :P

Jarr said...

gua mmg against anasir anasir lagho mcm ni...gua rasa Adam sesuai duduk bercerita pasal ni dgn Orked..lu pon dah janji nak berbesan ngan gua kan?

apei said...

aieda
tu yang gua tengah pening. tapi malam tadi gua dah sembang ngan dia yang orang korea tak pakai baju kurung. Nampak dia mcm paham.

sharamli
hehehee.. tu ler..

KayNisa
Entah aper pesen pun gua tak tau. Mana entah dia dapat akal tu.

hanie
Ni yang gua panas ni.. Jgn sampai gua up entry tulis korea esok.

Jarr
Adam boleh try lah.. tapi gua risau esok Adam pun terfollow k-pop jugak. Demam lu!

ain fathihah said...

muahahahaha. mengikut maknya la tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...