Saturday, October 15, 2011

Kenapa gua jadi down?

Assalamualaikum wbt,

Oklah biar gua berterus terang saja. Gua tulis belog ni tak lah lama sangat. Adalah dalam 3-4 tahun saja. Tulis pun merapu saja. Tak ada langsung unsur ilmiah jauh sekali hadith. Kenapa gua memilih penulisan jenis merapu macam ni? Sebab gua memang pesen orang yang suka merapu. Nature kerja gua tidak membenarkan gua merapu dan gua perlu sentiasa berkelakuan serius sepanjang time kerja, selain bini gua yang terpaksa melayan perangai merapu gua, belog adalah medium kedua tempat gua merapu.

Jadi gua tak sangka belog merapu mcm ni pun ada orang nak baca. Ada follower pulak tu. Ok bab follower tu gua tak boleh nak cakap aper. Pasal gua tak pernah mengamalkan konsep 'Lu follow gua, gua follow lu' padaa gua ni adalah konsep paling celaka dalam industri belog. Gua dengar kat twitter pun dah ada konsep macam ni.

2-3 kali orang dok kompelin dengan gua cakap ada ternampak entri belog gua yang di fwd-fwd menjadi email berantai, gua sendiri pun pernah dapat. Ok tak per. Gua tak kisah, maksudnya orang suka apa yang gua tulis. Ada jugak gua terjumpa entry belog gua kat belog orang lain, pun gua tak kisah. Gua rilek-rileks saja. Apa nak kecoh-kecoh gua bukan famos mana sangat pun nak bising-bising. Gua hanya blogger kerdil. Paling buat gua down bila majalah paling gua selalu kutuk dan buat orang melayu leka MASTIKA copy-paste entry gua masuk dalam majalah dia. Dia punya feel tu bukan lagi marah, tapi berat ke malu weh. Cilaker aper entry merapu boleh masuk dalam majalah mastika. Maksudnya sah-sah majalah tu ialah majalah merapu. King of Merapu.

Dalam 2-3 minggu ni budak-budak bola sama budak-budak kompang taman gua ni sibuk cakap gua tali barut Mastika. Giler glamer hantar entri kat majalah Mastika dan macam-macam lagi. Gua jadi down doh.. Kimak betol. Malas dah gua nak menulis lagi rasanya.

apei - budak kampung

5 .:

aieda said...

mastika keluaran bila?? sebab aku tetiap bulan beli mestika nak baca cite antu antu..

lu x patut rasa down. kalau lu offer diri nk jadi pengarang mestika jam jam tu aku rasa diorang terima haha...

sharamli said...

Kah kah kah. Mastika mana w0it! Sek0lah rendah dulu je last baca. ad0i la..

wos said...

patut la lepas gua rajin baca blog lu, gua dah tak beli mastika.

faham tak?

kahkahakha!

hoi,
lu best bro!
jgn ngada2 nak down-down.
gua SmackDown kangggg

❀aRaBeLLa❀ said...

entry mana woit?

apei said...

aieda - keluaran bulan 10 tak silap gua. page belakang2.

sharamli - tak baca langsung pun bagus.

kak wos - aduh.. terima kasih kak. aku terharu. nantilah aku istiharah sama ada nak keri-on tulis blog ke tak.

arabella - tajuk entry tu 'wifi kedai mamak' tak silap gua. dalam bulan 2 or 3 tahun ni. mastikan keluaran bulan 10.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...