Monday, October 17, 2011

Sakit dan tadika

Assalamualaikum wbt,



Sejak Tuhan bagi gua sakit dan gua merasa masuk bilik operation dan merasa dapat MC lama ni, baru gua tau betapa tak sedapnyer sakit ni. Dia punya rasa tak sedap tu lagi teruk dari merasa makanan kat asrama dulu. Dulu masa gua duduk asrama gua ingat makanan kat asrama tu dah paling hell dah, rupanya duduk kat hospital dia punya perasaan 'king of the hell'.Menjaga kesihatan tu penting. Jadi gua kena lah jaga kesihatan sebaik mungkin. Kalau sakit, banyak duit pun tak guna.


Ok yang ni gambar makwe gua yang paling lates. Umur 3 tahun lebih. Tahun depan InsyaAllah masuk sekolah tadika. Sekarang gua tengah survey 2-3 sekolah tadika sekitar rumah Datin Sri supaya mudah urusan Datin Sri nak mengambik dan menghantar cucu beliau ni. Ada 2 tadika cina, 1 tadika melayu. Gua tengok tadika cina tu lagi proper dari tadika melayu dari segi pengurusan dan aktiviti budak-budak. Tadika cina pun ada uniform tapi tadika melayu tak ada. Boleh pakai baju bebas, style macam high-school kat negeri orang putih. Kalau Orked masuk tadika cina, ada advantage dia akan belajar cakap cina dan cakap orang putih selain dari Pn Marlina akan menekankan sylibus speaking perak di rumah. Tapi kelemahannya tiada kelas mengaji disediakan di tadika cina. Tadika melayu, bebudak diajar cakap melayu, main kejar-kejar di luar tadika sampai habis masa sekolah. Kelas mengaji pun tak ada. Dari segi harga pulak, tadika cina punya yuran average dalam rm150-rm190 sebulan, tadika melayu paling mahal rm120. Dari segi pemakanan, tadika cina dan tadika melayu dua-dua bagi makan biskut atau roti cicah milo. Ada beberapa perkara lagi yang gua perlu ambil kira dan masih dalam proses survey.


apei - budak kampung.

7 .:

sharamli said...

Nanti 0rked kena ng0rat ngan apek2..ha3

aieda said...

waaa orked dh nampak cun skrg phewitttt...

KayNisa said...

tadika cina nampak lagi menguntungkan.. selamat sihat

hanie said...

lepas ni orked cakap cina bunyi cina perak. peh. hahaha

Darab Dua said...

negara najip takda tadika 1malaysia ke woii?

Ahkak RSL said...

Better tadika Melayu la... tak pun ko masukkan ke Q-Dees/Smart Reader/CCC yg head nyer Melayu Islam. Masuk tadika Cina tu, mana ko tau ape benda dia ajor sebenarnya kat kelas. Ape bende dia bagi makan... ishh.. ko jgn pikir duit jer. Anak kan kain putih. Corak dengan betul... semoga berjaya...

Anonymous said...

So hop to, transport your friends and family unit, natural endowment, unique owl gifts, day of
remembrance giving, etcTrophy: How some making
female parent in law happy? Not solely is this a unequalled talent friends finger special on this
International Friendship Day by buying some Owl Gifts for them.
They are made with pitiable lineament fabrics that cannot from, personalised bibs make genuinely
delightful gifts for one year old girls and boys. The choice is made keeping
in mind the Corking girlfriend endowment ideas that will nudge you in the correct direction.



Check out my site :: owl decor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...