Sunday, April 15, 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah... tu jer yang mampu gua cakap. Segalanya nampak berjalan dengan baik setakat ni.
Alhamdulillah... kami selamat tiba di sebuah pekan kecik lebih kurang 9000 kilometer dari pekan Ampang.
Suhu memang jauh beza dari Ampang. Suhu paling panas waktu siang sekadar 17'c dan malam suhu boleh turun ke 0'c. Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan-rakan, kami sihat sejahtera disini. Banyak lagi perkara yang perlu dibiasakan, bahasa, makanan, budaya dan kerinduan pada keluarga. hahaha..

Seperkara lagi, Mahasuci Allah, tempat ini sangat cantik. Kalau ada rezeki datang lah ke sini dan saksikan indahnyer ciptaan Allah.

Koneksi internet disini agak mahal tapi kelajuan nyer serupa macam unifi di Ampang walaupun sekadar menumpang wifi di depan kedai kebab.

InsyaAllah ada masa gua update lagi. Doakan gua sekeluarga.

apei - budak kampung

p/s: Terima kasih untuk abam darabdua. You're superb bro!

Tuesday, March 27, 2012

3 days

Assalamualaikum wbt,


Hari terakhir gua update blog dari bangunan BNM. Mulai esok gua dah start bercuti. Cuti panjang. 7 tahun gua keje dalam opis, rasanya sampai masa untuk gua ambik cuti. Pn Marlina, Orked kemas-kemas beg. Jom pindah!! Oh yer.. buku merah mana gua letak?

apei - budak kampung

p/s: Mungkin blog ni akan sunyi untuk 2-3 minggu akan datang. selesai semua gua update lagi. Doakan kami!

Tuesday, March 13, 2012

seventeen.

Assalamualaikum wbt,



Gua punya peringkat teringin nak main benda ni lain mcm menaik dia kebelakangan ni. Harap-harap dapat lah gua merasa main benda lompat-lompat ni bila dah pindah kelak.

apei - budak kampung

Monday, March 12, 2012

Eighteen days.

Assalamualaikum wbt,


Saki baki hari yang tinggal perlu digunakan dengan sewajarnya. Hujung minggu lepas gua menghabiskan masa dengan Pn Marlina, Orked dan Faris ke Penang. Ini adalah holiday tak dirancangan hasil idea bijak dan genius Pn Marlina sendiri. Tahniah! Sebelom tidor borak-borak pasal Penang, secara turbo Pn Marlina melontarkan idea "Jom kita pi Penang sekarang" gua jawap secara turbo jugak "Jom!" dalam keadaan berseluar pendek bola ada lambang Arsenal" Bertolak dari KL pukul 11 malam dan sampai di Batu Feringgi jam 4 pagi. Memandu secara perlahan sebab hujan lebat sepanjang perjalanan dari Tapah ke Penang. Ok master mind untuk unplan holiday ni adalah Pn Marlina sendiri jadi aktiviti nyer berat ke agenda makan-makan dan jalan-jalan beli baju I 'love' penang dan Hard Rock Cafe - Penang saja. Kalau holiday yang di kelolakan oleh gua aktiviti nya akan jadi lebih sedap iaitu berat ke tidor saja dan keluar jika perlu. Bt Feringgi - Nasik Kandar Line Clear - Pasembor Gurney - Makan-makan kg Nelayan Telok Bahang - Pasar malam Batu Feringgi - Hard Rock Cafe Penang. Tu jer yang sempat. Sebab gua lepak kat Bt Feringgi maka masa banyak dihabiskan di situ secara buat rumah pasir di pantai, tanam faris dalam pasir, bagi Orked rasa air laut dan makan roti sapu sardin.

Lagi 18 hari...

apei - budak kampung

Thursday, March 8, 2012

another twenty one days.

Assalamualaikum wbt,


21 hari lagi gua akan memulakan fasa baru dalam kehidupan. Berdebar, gabra, cuak, seronok, semua ada. Gua harap semua yang dirancang berjalan lancar dan sehingga hari ni tuhan belom pernah menolak doa gua dan sentiasa ada bersama.

InsyaAllah..

Ok siap-siap kemas beg..

apei - budak kampung

Assalamualaikum wbt,




Lama betol rasanya gua tak menulis kat belog ni. Setakat hari ni gua dah keluarga baik-baik sahaja. Alhamdulillah segala urusan dunia semua dipermudahkan Allah, keputusan telah dibuat dan insyaAllah segala yang dirancang akan berjalan lancar.

Rasanya gua ingin kembali menulis macam sebelum-sebelum ni.

Ok dari mana gua nak mulakan ni... hahaha...

apei - budak kampung.

p/s: ada lagi ke orang baca blog gua ni?

Friday, January 20, 2012


Assalamualaikum wbt, 

Beberapa kali jugak gua berangan nak tutup blog ni tapi malangnyer gua tak tau macam mana cara nak delete blog. Jadi gua biarkan saja blog ni terus active walaupun kadar kekerapan gua update blog sekarang adalah sangat tak kerap. Yang keduanyer adalah gua sangat sibuk dengan aktiviti keje di opis dan aktiviti belajar di universiti. Kecekalan gua menulis blog telah gua halakan kepada menulis assigment dan juga report-report berkaitan soal pelajaran. Yang ketiga, gua sekarang sedang berkira-kira untuk buat keputusan yang besar jugak. Harap-harap Tuhan boleh bagi gua petunjuk jalan mana yang patut gua pilih. 

apei - budak kampung

p/s: walaupun jarang giler gua update tapi gua tengok visitor ratus-ratus jugak mari. Aper lu orang carik sini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...