Tuesday, March 27, 2012

3 days

Assalamualaikum wbt,


Hari terakhir gua update blog dari bangunan BNM. Mulai esok gua dah start bercuti. Cuti panjang. 7 tahun gua keje dalam opis, rasanya sampai masa untuk gua ambik cuti. Pn Marlina, Orked kemas-kemas beg. Jom pindah!! Oh yer.. buku merah mana gua letak?

apei - budak kampung

p/s: Mungkin blog ni akan sunyi untuk 2-3 minggu akan datang. selesai semua gua update lagi. Doakan kami!

Tuesday, March 13, 2012

seventeen.

Assalamualaikum wbt,



Gua punya peringkat teringin nak main benda ni lain mcm menaik dia kebelakangan ni. Harap-harap dapat lah gua merasa main benda lompat-lompat ni bila dah pindah kelak.

apei - budak kampung

Monday, March 12, 2012

Eighteen days.

Assalamualaikum wbt,


Saki baki hari yang tinggal perlu digunakan dengan sewajarnya. Hujung minggu lepas gua menghabiskan masa dengan Pn Marlina, Orked dan Faris ke Penang. Ini adalah holiday tak dirancangan hasil idea bijak dan genius Pn Marlina sendiri. Tahniah! Sebelom tidor borak-borak pasal Penang, secara turbo Pn Marlina melontarkan idea "Jom kita pi Penang sekarang" gua jawap secara turbo jugak "Jom!" dalam keadaan berseluar pendek bola ada lambang Arsenal" Bertolak dari KL pukul 11 malam dan sampai di Batu Feringgi jam 4 pagi. Memandu secara perlahan sebab hujan lebat sepanjang perjalanan dari Tapah ke Penang. Ok master mind untuk unplan holiday ni adalah Pn Marlina sendiri jadi aktiviti nyer berat ke agenda makan-makan dan jalan-jalan beli baju I 'love' penang dan Hard Rock Cafe - Penang saja. Kalau holiday yang di kelolakan oleh gua aktiviti nya akan jadi lebih sedap iaitu berat ke tidor saja dan keluar jika perlu. Bt Feringgi - Nasik Kandar Line Clear - Pasembor Gurney - Makan-makan kg Nelayan Telok Bahang - Pasar malam Batu Feringgi - Hard Rock Cafe Penang. Tu jer yang sempat. Sebab gua lepak kat Bt Feringgi maka masa banyak dihabiskan di situ secara buat rumah pasir di pantai, tanam faris dalam pasir, bagi Orked rasa air laut dan makan roti sapu sardin.

Lagi 18 hari...

apei - budak kampung

Thursday, March 8, 2012

another twenty one days.

Assalamualaikum wbt,


21 hari lagi gua akan memulakan fasa baru dalam kehidupan. Berdebar, gabra, cuak, seronok, semua ada. Gua harap semua yang dirancang berjalan lancar dan sehingga hari ni tuhan belom pernah menolak doa gua dan sentiasa ada bersama.

InsyaAllah..

Ok siap-siap kemas beg..

apei - budak kampung

Assalamualaikum wbt,




Lama betol rasanya gua tak menulis kat belog ni. Setakat hari ni gua dah keluarga baik-baik sahaja. Alhamdulillah segala urusan dunia semua dipermudahkan Allah, keputusan telah dibuat dan insyaAllah segala yang dirancang akan berjalan lancar.

Rasanya gua ingin kembali menulis macam sebelum-sebelum ni.

Ok dari mana gua nak mulakan ni... hahaha...

apei - budak kampung.

p/s: ada lagi ke orang baca blog gua ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...