Monday, March 12, 2012

Eighteen days.

Assalamualaikum wbt,


Saki baki hari yang tinggal perlu digunakan dengan sewajarnya. Hujung minggu lepas gua menghabiskan masa dengan Pn Marlina, Orked dan Faris ke Penang. Ini adalah holiday tak dirancangan hasil idea bijak dan genius Pn Marlina sendiri. Tahniah! Sebelom tidor borak-borak pasal Penang, secara turbo Pn Marlina melontarkan idea "Jom kita pi Penang sekarang" gua jawap secara turbo jugak "Jom!" dalam keadaan berseluar pendek bola ada lambang Arsenal" Bertolak dari KL pukul 11 malam dan sampai di Batu Feringgi jam 4 pagi. Memandu secara perlahan sebab hujan lebat sepanjang perjalanan dari Tapah ke Penang. Ok master mind untuk unplan holiday ni adalah Pn Marlina sendiri jadi aktiviti nyer berat ke agenda makan-makan dan jalan-jalan beli baju I 'love' penang dan Hard Rock Cafe - Penang saja. Kalau holiday yang di kelolakan oleh gua aktiviti nya akan jadi lebih sedap iaitu berat ke tidor saja dan keluar jika perlu. Bt Feringgi - Nasik Kandar Line Clear - Pasembor Gurney - Makan-makan kg Nelayan Telok Bahang - Pasar malam Batu Feringgi - Hard Rock Cafe Penang. Tu jer yang sempat. Sebab gua lepak kat Bt Feringgi maka masa banyak dihabiskan di situ secara buat rumah pasir di pantai, tanam faris dalam pasir, bagi Orked rasa air laut dan makan roti sapu sardin.

Lagi 18 hari...

apei - budak kampung

9 .:

hanie said...

wa pulak yang rasa berdebor weh. hahahaha...
wa doakan lu berjaya pei..insyaAllah.. nt wa menyusul.. tp arah koordinat lain lah. kehkehkeh

apei said...

kordinat mana lak lu pi? ah pesen main seprise2 ni tak best ni.

hanie said...

haa... wa akan balik ke koordinat ni N37 33.99689 E126 58.67748.. takpun wa pergi sini N35 10.77719 E129 4.53833..insyaAllah..
tp kalau wa melingkup dekat sini.. wa akan muncul dekat koordinat lu.. hahahaha tungguuu..

apei said...

uuu aminahsayor lah lu nanti.

❀aRaBeLLa❀ said...

kat pasemboq gurney tu lu gi gerai pakcik yg pasang hindustan menari2 ke? sumpah sedap pasemboq dia walaupon wa ni bukan la peminat pasemboq..huhu

mEiZ SHA said...

perghh nak wat cam pn.marlina gak laa..:)

nak g ane bro lg 18 hari?

apei said...

arabella - hahaha.. time gua pi tak ada menari hindustan pun weh.

apei said...

meiz sha - hahaa.. tu level2 dah kawin 5-6 tahun baru leh buat. hahah.. insyaAllah nanti gua bagi tau bila semua dah ok.

Siti `Aisyah Mahmood said...

arghh..rindunya kat penang... T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...