Friday, July 4, 2014

krik..krikk..

Dah 3 bulan lebih gua di department baru. Alhamdulillah, semuanya ok. Apa yang paling mengembirakan, " Soo many new things I have learned here! "... Gua ada tak lebih dari 60 hari untuk pindah ke pulau borneo. Alhamdulillah urusan rumah di sana dah selesai yang tinggal beberapa perkara berkaitan logistik dan pindah sekolah Orked. InsyaAllah, semuanya akan OK.

Gua ada plan, gua ingat nak kayuh basikat pusing borneo. Kuching ke Tawau.. ok ke? agak-agak berapa hari boleh settle?

Apei - Budak Kampung

Thursday, March 27, 2014

Bye JKW and Hi RO.

Assalamualaikum wbt

hari-hari akhir di Jabatan Kewangan sebelum ke jabatan baru. 10 tahun disini, fuhh lama. Lama giler...

Abang Padil - Mentor yang superb dan manusia genius.
Che Mat - Abang, kawan, kadang-kadang macam ayah.
Faizi - Kawan yang sentiasa ada bila gua rasa barai.
En On - Thanks for took me on boat!
PNF - Padang tempat bermain dan belajar kenal orang
Kak Ruzi - Mak
Kak Naida - Great bos!
Abg Mazme - Dr Fadzilah Kamsah JKW.
Abg Fauzi - Prof. Madya dan CEO File.
En Shah - I will miss your word "Jom surau!"
Abg Sodek - Helpfull
Haris - Kawan dunia akhirat and the silent hero!
Tini - Superb Novelist
FTS - Polish my PR skills to speak to the world.
To the rest - You're part of my amazing journey here.

Unforgettable 10 years journey. Sedih untuk meninggalkan tempat ni tapi perjalanan harus diteruskan. Buku ini akan ditutup dan buku baru menanti untuk ditulis.

Apei - budak kampung.

Tuesday, March 25, 2014

Itik makan petang

Assalamualaikum wbt, 



Sejak dah balik Malaysia ni, rindu pulak gua nak buat aktiviti bagi itik makan roti petang-petang. 

Apei - budak kampung

Goodnite MH370


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi Allah Tuhan semester alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukanlah kami jalan yang lurus.
Iaini jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. 

Amin...

(Al-fatihah : 1-7)

Friday, March 21, 2014

Running


For some people, running is just a sort of exercise.
For me, running is a teacher who teach about patient, hard work and strategies to reach finish line. 

Apei - budak kampung

p/s: wish to have new heart beat monitor due to my current one was missing. :(

Mar 21, 2014

Assalamualaikum wbt,

Gua merancangan dan setiap perancangan pastinya disusun dari plan A, plan B, plan C dan plan D. Tapi selalunya yang berlaku pasti plan E. Dan itulah selalunya yang terbaik.

Kita merancang, Allah jugak merancang. Tapi sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt. Terima kasih Allah.

Apei - budak kampung.

Thursday, March 20, 2014

MH370

Assalamualaikum wbt,

Ramai sangat kawan-kawan gua yang sebelum ni keje bank, jual insurance, jadi pomen, jual burger, runner jpj, tukang pasang astro, business jual ubat secara online dan juga jeff gerai air kat kupang dah menjadi perisik-perisik hebat dengan macam-macam spekulasi. Tak sangka kawan-kawan gua ni semua hebat macam agent cerita CSI-New York.

Power... memang power.

Apei - budak kampung

Tuesday, February 18, 2014

Suhu tinggi


Pukul 230 pagi. 
Suhu bilik macam dalam sauna. 
Bukak penghawa dingin, tutup kipas. 
Lepas 5 minit masih macam dalam sauna. 
Bukak balik kipas. Penghawa dingin juga terpasang pada suhu 16'c. 
Masih macam dalam sauna. 
Puan Marlina bangun.. 
"Sejuk lah bukan aircorn, bukak kipas"
"Abg panas"
"Bukak lah baju"
Gua setuju. Gua kembali baring. Mungkin kepanasan dapat dikongsi. 

Apei - budak kampung. 

p/s: Doctor suruh minum banyak air kosong. yer.. air kosong atau air bali suam.  



Wednesday, February 5, 2014

Harga murah pada kualiti yang macam pukimak!

Assalamualaikum wbt,

Pak'n SAVE, New Zealand

Kebelakangan ni, bukak tv kerajaan sembang pasal nak turunkan harga barang, bukak surat kabar pun cerita benda sama. Alhamdulillah, ada jugak initiative kerajaan untuk turun padang dan tengok-tengok harga barangan yang semakin mahal. 

Semalam punya berita TPM sembang beberapa pasaraya boleh di lebal sebagai pasaraya harga patut seperti ECONSAVE dan MYDIN. Gua setuju, dua pasaraya yang disebutkan tu memang harga barang-barang nyer murah sedikit dari tempat lain, TETAPI adakah kerajaan boleh tutup sebelah mata dengan kualiti barangan dari dua pasaraya tersebut terutama barang basah seperti ikan, ayam dan sayuran. 

Gua pernah terserempak dengan ayam berbau bangkai di TESCO ampang
Gua pernah terserempah dengan bayam layu dan daun mula berubah dari hijau ke kuning di MYDIN subang
Gua pernah terserempak dengan ikan kembung perut hancur dan berulat di ECONSAVE balakong

Tak salah berbelanja lebih sedikit untuk makanan yang lebih berkualiti terutama untuk anak-anak kita. 

Gua bukan nak provok mana-mana pihak, cuma gua sedikit kesal apabila kerajaan sibuk dengan penurunan harga barang tapi terlepas pandang soal kualiti makanan untuk rakyat.

Apei - budak kampung. 

p/s: Status negara maju lagi 6 tahun tapi rakyat masih lagi pakai minyak masak packet kitar semula? 

Thursday, January 30, 2014

Big day

Assalamualaikum wbt


"Wah papa pakai baju kod pergi keje hari ni" Orked tegur gua pagi tadi. 

"Haa, pagi ni papa ada meeting sikit. Macam cerita drama melayu tu, pesen meeting untuk tender juta-juta" Gua bagi hujan biar Orked senang paham. 

Faris buat tak tau ajer sambil isap susu dan tengok cerita upin-ipin di TV9. Jam lagi 5 minit pukul 9 pagi. 

"Ok papa nak pi keje dah" Gua sound, auto Faris ngan Orked bangun macam biasa salam gua sebelum pi keje. Aktiviti salam menyalam ni memang gua ajar anak-anak gua kena buat sehari 2 kali. Sebelum gua keluar pi keje dan sekali lagi sebelum diorang nak tidor. Tak payah tunggu hari raya baru nak salam. 

"Bye papa, meeting elok-elok ok!" Pesan Orked sebelum gua keluar pagi tadi. 

Today is a big day, wish your prays and His bless. 

Apei - Budak kampung

Monday, January 27, 2014

Gunting rambut

Assalamualaikum wbt, 


"Faris, potong rambut eh hari ni!"

"Tak nak!" 

"Lepas potong rambut, papa belikan ice cream!" 


Akhirnya... setelah 3 bulan gua pujuk Faris untuk potong rambut. 

Mendidik anak-anak ni bukan lah memerlukan rotan semata-mata, kadang-kala ice cream boleh jadi lebih hebat dari rotan. Memahami perasaan dan kehendak anak memang susah, tapi gua rasa itu cara terbaik untuk mendidik anak. 

Apei - Budak kampung

Friday, January 24, 2014

This is what MILO do!

Assalamualaikum wbt,


Kadang-kadang bila tengok anak-anak gua membesar secara nakal, lasak dan sukar dikawal memang memenatkan dan boleh menyebabkan kesabaran menjadi tipis. Tapi bila gua pikir balik, itu adalah lebih baik dari anak-anak gua membesar secara duduk diam-diam, tak nakal dan mudah dikawal (sakit). Bila jatuh sampai berjahit macam ni, gua hanya boleh sebut "Alhamdulillah", at least gua tahu anak-anak gua sihat dan cergas!

Apei - budak kampung

p/s:  Dr Benjamin, Evlin and staff nurse of Gleaneagles Ampang, thanks for your patient and hard work.

an afternoon with lovely babe!

Assalamualaikum wbt,


"Papa, whos made sun?" - Orked tanya

"Allah" - Gua jawab cara imam muda

"Allah?" Tanya Orked macam tak percaya

"Yup, Allah who create you, me and every single thing on the earth!" Gua sembang sambil pandang matahari nak jatuh. Rokok gulung gua sedut dalam-dalam. Gua biarkan sejenak Orked berfikir kekuasaan tuhan yang maha kaya.

"But last time papa said, papa and mama was create me?!.. who's Allah?" Gua hanya mampu termenung dah berpikir macam mana gua nak jawab.

Apei - budak kampung

p/s : aper lagi perkara yang menyenangkan selain dari menghabiskan masa dengan anak-anak.

Friday, January 10, 2014

Tajuk Entry

aper tajuk entry gua tadi macam tak ada kaitan dengan entry? macam mana gua nak edit balik eh. dah lupa siol.

Junk to someone perhaps not to others.

Assalamualaikum wbt,

10 Jan 2014 - 8.30 pm
Gua masih kat opis menghabiskan sisa-sisa keje dan urusan dunia yang entah bila nak settle ni. Barclays Bank cawangan New York belum confirm-kan settlement instruction dengan bank gua keje ni. Pelaburan negara berjumlah jutaan dollar kena gua uruskan bagi memastikan rizab negara terus kukuh (cilaker ayat macam sembang economist) Perbezaan masa Kuala Lumpur dan New York adalah lebih kurang 12 jam. Ini beerti kalau time gua patut habis keje pukul 6.30 petang tadi, di New York, diorang baru sibuk-sibuk nak semayang subuh iaitu pukul 6.30 pagi. Jadi jam di PC, tangan dan dinding opis gua menunjukkan pukul 8.30 pm maksudnya depa baru pukul 8.30 pagi.

8.40 pm -
Gua baru ajer call Barclays Bank cawangan New York, macam tadi jugak, "Hi, Welcome to Barclays Bank New York, Please enter the extension number or waiting our operator to answer you in a moment... tuutthh..tuuuthhh... sorry our operator is not available" Macam lahanat perangai mesin talipon dia punya jawapan.

Soal balik rumah sebelum magrib tu dah jarang sangat berlaku dalam hidup gua. Mencabar jugak kehidupan ni rupanya.

Apei - budak kampung


Tuesday, January 7, 2014

Kopiah dari Mekah

Assalamualaikum wbt,

7 Jan 2014.
En Shah baru balik umrah, dia bagi gua minyak atar 1 botol, kopiah dengan tasbih kaler hijau. Cantik kopiah ni. Gua belek-belek tag kat dalam dia. Made in China. Emm..

Apei - budak kampung.


Monday, January 6, 2014

Assalamualaikum..

Assalamualaikum wbt,

Testing...testing..

Gua nak test power balik tulis blog ni. Harap-harap tak ada problem ler dengan password dan ID blog aku ni.

Apei.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...