Thursday, January 30, 2014

Big day

Assalamualaikum wbt


"Wah papa pakai baju kod pergi keje hari ni" Orked tegur gua pagi tadi. 

"Haa, pagi ni papa ada meeting sikit. Macam cerita drama melayu tu, pesen meeting untuk tender juta-juta" Gua bagi hujan biar Orked senang paham. 

Faris buat tak tau ajer sambil isap susu dan tengok cerita upin-ipin di TV9. Jam lagi 5 minit pukul 9 pagi. 

"Ok papa nak pi keje dah" Gua sound, auto Faris ngan Orked bangun macam biasa salam gua sebelum pi keje. Aktiviti salam menyalam ni memang gua ajar anak-anak gua kena buat sehari 2 kali. Sebelum gua keluar pi keje dan sekali lagi sebelum diorang nak tidor. Tak payah tunggu hari raya baru nak salam. 

"Bye papa, meeting elok-elok ok!" Pesan Orked sebelum gua keluar pagi tadi. 

Today is a big day, wish your prays and His bless. 

Apei - Budak kampung

Monday, January 27, 2014

Gunting rambut

Assalamualaikum wbt, 


"Faris, potong rambut eh hari ni!"

"Tak nak!" 

"Lepas potong rambut, papa belikan ice cream!" 


Akhirnya... setelah 3 bulan gua pujuk Faris untuk potong rambut. 

Mendidik anak-anak ni bukan lah memerlukan rotan semata-mata, kadang-kala ice cream boleh jadi lebih hebat dari rotan. Memahami perasaan dan kehendak anak memang susah, tapi gua rasa itu cara terbaik untuk mendidik anak. 

Apei - Budak kampung

Friday, January 24, 2014

This is what MILO do!

Assalamualaikum wbt,


Kadang-kadang bila tengok anak-anak gua membesar secara nakal, lasak dan sukar dikawal memang memenatkan dan boleh menyebabkan kesabaran menjadi tipis. Tapi bila gua pikir balik, itu adalah lebih baik dari anak-anak gua membesar secara duduk diam-diam, tak nakal dan mudah dikawal (sakit). Bila jatuh sampai berjahit macam ni, gua hanya boleh sebut "Alhamdulillah", at least gua tahu anak-anak gua sihat dan cergas!

Apei - budak kampung

p/s:  Dr Benjamin, Evlin and staff nurse of Gleaneagles Ampang, thanks for your patient and hard work.

an afternoon with lovely babe!

Assalamualaikum wbt,


"Papa, whos made sun?" - Orked tanya

"Allah" - Gua jawab cara imam muda

"Allah?" Tanya Orked macam tak percaya

"Yup, Allah who create you, me and every single thing on the earth!" Gua sembang sambil pandang matahari nak jatuh. Rokok gulung gua sedut dalam-dalam. Gua biarkan sejenak Orked berfikir kekuasaan tuhan yang maha kaya.

"But last time papa said, papa and mama was create me?!.. who's Allah?" Gua hanya mampu termenung dah berpikir macam mana gua nak jawab.

Apei - budak kampung

p/s : aper lagi perkara yang menyenangkan selain dari menghabiskan masa dengan anak-anak.

Friday, January 10, 2014

Tajuk Entry

aper tajuk entry gua tadi macam tak ada kaitan dengan entry? macam mana gua nak edit balik eh. dah lupa siol.

Junk to someone perhaps not to others.

Assalamualaikum wbt,

10 Jan 2014 - 8.30 pm
Gua masih kat opis menghabiskan sisa-sisa keje dan urusan dunia yang entah bila nak settle ni. Barclays Bank cawangan New York belum confirm-kan settlement instruction dengan bank gua keje ni. Pelaburan negara berjumlah jutaan dollar kena gua uruskan bagi memastikan rizab negara terus kukuh (cilaker ayat macam sembang economist) Perbezaan masa Kuala Lumpur dan New York adalah lebih kurang 12 jam. Ini beerti kalau time gua patut habis keje pukul 6.30 petang tadi, di New York, diorang baru sibuk-sibuk nak semayang subuh iaitu pukul 6.30 pagi. Jadi jam di PC, tangan dan dinding opis gua menunjukkan pukul 8.30 pm maksudnya depa baru pukul 8.30 pagi.

8.40 pm -
Gua baru ajer call Barclays Bank cawangan New York, macam tadi jugak, "Hi, Welcome to Barclays Bank New York, Please enter the extension number or waiting our operator to answer you in a moment... tuutthh..tuuuthhh... sorry our operator is not available" Macam lahanat perangai mesin talipon dia punya jawapan.

Soal balik rumah sebelum magrib tu dah jarang sangat berlaku dalam hidup gua. Mencabar jugak kehidupan ni rupanya.

Apei - budak kampung


Tuesday, January 7, 2014

Kopiah dari Mekah

Assalamualaikum wbt,

7 Jan 2014.
En Shah baru balik umrah, dia bagi gua minyak atar 1 botol, kopiah dengan tasbih kaler hijau. Cantik kopiah ni. Gua belek-belek tag kat dalam dia. Made in China. Emm..

Apei - budak kampung.


Monday, January 6, 2014

Assalamualaikum..

Assalamualaikum wbt,

Testing...testing..

Gua nak test power balik tulis blog ni. Harap-harap tak ada problem ler dengan password dan ID blog aku ni.

Apei.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...