Friday, January 10, 2014

Junk to someone perhaps not to others.

Assalamualaikum wbt,

10 Jan 2014 - 8.30 pm
Gua masih kat opis menghabiskan sisa-sisa keje dan urusan dunia yang entah bila nak settle ni. Barclays Bank cawangan New York belum confirm-kan settlement instruction dengan bank gua keje ni. Pelaburan negara berjumlah jutaan dollar kena gua uruskan bagi memastikan rizab negara terus kukuh (cilaker ayat macam sembang economist) Perbezaan masa Kuala Lumpur dan New York adalah lebih kurang 12 jam. Ini beerti kalau time gua patut habis keje pukul 6.30 petang tadi, di New York, diorang baru sibuk-sibuk nak semayang subuh iaitu pukul 6.30 pagi. Jadi jam di PC, tangan dan dinding opis gua menunjukkan pukul 8.30 pm maksudnya depa baru pukul 8.30 pagi.

8.40 pm -
Gua baru ajer call Barclays Bank cawangan New York, macam tadi jugak, "Hi, Welcome to Barclays Bank New York, Please enter the extension number or waiting our operator to answer you in a moment... tuutthh..tuuuthhh... sorry our operator is not available" Macam lahanat perangai mesin talipon dia punya jawapan.

Soal balik rumah sebelum magrib tu dah jarang sangat berlaku dalam hidup gua. Mencabar jugak kehidupan ni rupanya.

Apei - budak kampung


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...