Wednesday, February 5, 2014

Harga murah pada kualiti yang macam pukimak!

Assalamualaikum wbt,

Pak'n SAVE, New Zealand

Kebelakangan ni, bukak tv kerajaan sembang pasal nak turunkan harga barang, bukak surat kabar pun cerita benda sama. Alhamdulillah, ada jugak initiative kerajaan untuk turun padang dan tengok-tengok harga barangan yang semakin mahal. 

Semalam punya berita TPM sembang beberapa pasaraya boleh di lebal sebagai pasaraya harga patut seperti ECONSAVE dan MYDIN. Gua setuju, dua pasaraya yang disebutkan tu memang harga barang-barang nyer murah sedikit dari tempat lain, TETAPI adakah kerajaan boleh tutup sebelah mata dengan kualiti barangan dari dua pasaraya tersebut terutama barang basah seperti ikan, ayam dan sayuran. 

Gua pernah terserempak dengan ayam berbau bangkai di TESCO ampang
Gua pernah terserempah dengan bayam layu dan daun mula berubah dari hijau ke kuning di MYDIN subang
Gua pernah terserempak dengan ikan kembung perut hancur dan berulat di ECONSAVE balakong

Tak salah berbelanja lebih sedikit untuk makanan yang lebih berkualiti terutama untuk anak-anak kita. 

Gua bukan nak provok mana-mana pihak, cuma gua sedikit kesal apabila kerajaan sibuk dengan penurunan harga barang tapi terlepas pandang soal kualiti makanan untuk rakyat.

Apei - budak kampung. 

p/s: Status negara maju lagi 6 tahun tapi rakyat masih lagi pakai minyak masak packet kitar semula? 

3 .:

Anonymous said...

lama dah tak datang sini,, besar dah anak lu apei..

Anonymous said...

Lama betul tak baca blog lu ni. Dah bertahun jugak rasanya. Ni pun terjumpa balik sebab tak sengaja.

Daripada Orked belum wujud, sampai Orked lahir, tup tup sekarang dah ada Faris pulak. Hahaha

sharamli said...

COMELNYA ORKED!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...