Monday, February 27, 2017

Makan Malam

Assalamualaikum wbt

Isteri: Abang nak makan apa malam ni?
Aku: Tak selera
Isteri: I masak nasik lemak untuk you?
Aku: Air mata abang dah kering. Cukup lah.

Nasik lemak yang arwah nenek aku masak adalah kegemaran aku.

Apei - budak kampung

Bulu muka

Assalamualaikum wbt

Semalam sebelum magrib
Suluh muka di cermin
Cermin cakap muka kau macam berok
Bulu dari tepi telinga, atas bibir sampai ke dagu

Aku buang semua
Aku nampak aku 10 tahun muda
Senyum

Hari ni bangun pagi
Suluh muka di cermin
Bulu dari tepi telinga, atas bibir sampai ke dagu
Kembali tanpa aku minta

Dasar berok!

Apei - budak kampung

ps: kadang aku heran bila ada manusia cantik cuba untuk jadi berok

Sunday, February 26, 2017

Hati Keras

Assalamualaikum wbt

Berulangkali kau kata

Hati aku keras
I'm heartless

Ah tipu

Sebenarnya hati kaulah yang paling penuh rasa
Tapi kau sorok
Mungkin kau pernah dibuang
Mugkin kau pernah ditolak
Mungkin juga kau sudah letih
Dengan segala drama

Sebutlah kau berhati keras seribu kali pun
Kau yang tahu hati kau sudah terluka dan tersasar
Dan cuba sembunyi dengan berkata besar

Bukan,
Aku bukan bahasakan kau
Aku bahasakan aku

Apei - budak kampung

Ps: baca kau sebagai aku.


Thursday, February 23, 2017

3 things..

Assalamualaikum wbt,

3 things make you happy?
1. Beach
2. Rain
3. Sunset

3 things make you upset?
1. Beach
2. Rain
3. Sunset

fullstop.

Apei - budak kampung

Tuesday, February 21, 2017

Kita Kawan Kan???

Assalamualaikum wbt

Kau kata kita kawan?

Habis cerita aku semua kau nak tahu
Habis masalah aku jadi masalah kau
Habis sendu aku jadi sendu kau

Tapi

Bila kau ada cerita, kau simpan dalam poket
Bila kau ada masalah, kau jerok dalam dada
Bila kau ada sendu, kau duduk sorang macam berok

Habis

Aku siapa?

Kau kata kita kawan kan?

Ini tak kelakar ok

apei - budak kampung

Monday, February 20, 2017

Rabak paling Barai

Assalamaualaikum wbt

Tadi aku tengok video Youtube
Satu kata yang menarik perhatian aku 
Kata-kata ni mengigatkan aku dizaman paling sampah dalam hidup aku

"Greatness lives on the edge of destruction
The reason someone is great is because they survive that"

Dalam erti kata lain
Kau perlu tersungkur paling rabak dan barai dalam hidup kau
Dan selepas itu barulah kau yang baru akan keluar

Untuk tersungkur paling rabak lagi barai ni
Kau harus keluar dari kepompong selesa kau
Selagai kau masih ditempat paling selesa, kau akan masih sama
Tak ada pembaharuan ke arah lebih baik

Bila aku tengok aku
Aku pernah lalui zaman rabak paling barai
Bukan aku nak cakap aku sekarang hebat
Tapi cukup aku tahu aku lebih baik dari sebelum ni

Ketika zaman aku paling sampah
Aku makan sisa yang tingal
Aku kutip apa yang dibuang
Aku sapu kahak yang diludah
Aku kumpul semula 
aku bangun menemui dunia

Jika aku boleh
Kau lagilah boleh
kau mungkin lulusan luar negara
Tidur kau berhawa dingin
Makan minum kau dijaga bak permaisuri
Jadi jangan lah mengalah
Dunia baru mengusik kau manja
Teruskan kehidupan
Perjalanan kau masih jauh

apei - budak kampung

Friday, February 17, 2017

Sedekah

Assalamualaikum wbt

Pegi sembahyang jumaat
Nampak orang mintak sedekah
Aku hulur sikit
Tinggal dalam poket sikit

Lepas sembahyang jumaat
Singgah kedai mamak
Nak mintak nasik beryani takut duit tak cukup
Aku mintak roti canai telor dan kopi panas

Hujung penjuru sebelah dalam kedai mamak
Orang mintak sedekah tadi tengah makan nasik beryani
Rezeki kau lebih murah rupanya
Selamat berhujung minggu wahai hamba Tuhan

Apei - budak kampung

Pinggang

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi aku terbaca satu fakta
Lelaki yang sihat saiz pinggang patut mengikut umur mereka
Contohnya umur aku 34 maka pinggang aku mestilah bersaiz 34

Lama aku termenung nak hadam
Masalahnya umur aku 34 tapi pinggang aku 31
Aku tak sihat ke?

Fakta ke auta?
Sampah!

Apei - budak kampung

Wednesday, February 15, 2017

Hujan Lebat

Kat luar hujan lebat
dari pukul 7 pagi sampai sekarang dah pukul 440 petang
Belom nampak macam nak berhenti
Sama macam aku
Kepala entah kemana
Apa aku tak suka, itulah yang kau nak buat
Jilaker betol lah kau ni

Apei - budak kampung

Masih Berjiwa Kampung

Assalamualaikum wbt, 

July 4, 2014 ke Feb 15, 2017 ada lebih 3 tahun gua tak menulis di sini. Apa dah jadi 3 tahun ni?

Sept 2014 - Gua pindah ke Wilayah Borneo, Kuching
2015 - Masih kuli seperti di Ampang
2016 - Masih kuli seperti di Ampang
2017 - Masih kuli seperti di Ampang

Itu gua panggil consistency. 

Gua masih ingin menulis. Sambung merapu macam dulu. 

Korang nak baca? silakan. 

Tak mahu baca? pun silakan. 

Apei - budak kampung
Masih berjiwa Kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...