Friday, March 31, 2017

Belaian Jiwa

Assalamualaikum wbt,

Tulisan ini untuk kamu wahai belaian jiwa aku.

Belaian jiwa
Maaf untuk seribu satu kekurangan dari kata hingga lakunya manusia naif ini.
Maaf untuk susahnya kamu dari awal pelayaran ini hingga petah anak kita berkata.
Maaf kerana aku ini tidak beta meminta apatah mengemis walau dengan orang tua yang mungkin hartanya makan ke cicit masih berbaki.
Kerna...
Pesan arwah nenek kekalnya kental bak dipaku mati "susah apa pun kamu, tulang empat kerat pinjaman tuhan itu gunanya untuk dibanting. Jangan meminta dan mengemis selagi mampunya kamu, usahalah"

Belaian jiwa
Mudahnya segala urusan kita dipertengan ini
Mungkin berkat tabahnya kita diawal dulu.
Senyumnya aku melihat apa yang kita benihkan kini sudah cambah putiknya.
Bila mudahnya kita kini, kamu lah selayaknya disisi
kerna...
ketika getirnya aku, kamu balut luka ini dengan air mata.

Belaian jiwa
Kamu selami ruang hati paling dalam
Kamu diami sudut hati paling sunyi
Kamu disitu sekian lamanya
Memang itu selayaknya tempat kamu
Istana istimewa di hati ini kamu yang punya

Belaian jiwa
Jangan disoal banyak mana sayangnya aku pada kamu Kerna jawapnya pada kamu
Dan...
Jangan disoal 'selamanya kah akan kita begini'
Kerana jawapnya selagi mana mahunya kamu, aku akan disini.

Pn Marlina Hj Ahmad Husaini, syurga itu bila adanya kamu dan jiwa ini perlu kamu.

Apei - budak kampung

Monday, March 27, 2017

Luka

Assalamualaikum wbt,

Mandi lewat petang ini
Tangan kanan aku, kulit jari telunjuk hingga pergelangan
Pedih bukan kepalang bila tersentuh air.

Awal petang ini di pejabat,
Coklat itu jatuhnya di celah meja pejabat
Aku selok hingga ke pergelangan
Gagal capai, hati pedih. Cilake.

Tarik tangan, gagal keluar selancar masuknya sebelum.
Aku pusing ke kiri gagal, ke kanan gagal, aku sentap ke atas sedikit berhasil. Sentap lagi dan kali ke tiga baru terkeluar tangan gemok, kedut dan berurat ini.

Luka panjang dari hujung jari telunjuk sampai ke pergelagan. Selumba dua tiga melekat seolah diperlekeh meja pejabat. Musibat.

Demi cinta kononya aku cuba mencapai apakan daya tangan tak sampai. Luka pula yang dapat sebagai balas.
Tak apalah aku fikir jika luka ini hadiah Tuhan untuk dosa tangan kanan ini. Aku berterima kasih. Setidaknya aku ingat, azab tuhan itu pedihnya teramat.

Apei - budak kampung

p.s. orang zaman milenia ini aku kira untuk sebutir terima kasih beratnya umpama emas segantang. Kelakar.

Sunday, March 26, 2017

Hamba yang lawa

Assalamualaikum wbt

Petang tadi aku ke masjid untuk magrib
Biasanya aku memang akan bersalam dan bertegur semua yang aku selisih dan nampak di masjid
Kenal atau tidak, biasa atau tidak, soal itu jadinya kedua
Pada aku disini semua sahabat semua saudara

Salam kuberi kepada lelaki ku kira usia lewat 50-an berjubah hijau tua bersarban kemas melilit kepala. Harum attar semerbak lalunya melewati aku di pintu masjid.

Salam ku dibalas jeling ke atas dan bawah sambil suara garau dari halkom tua yang ku dengar hanya "errmm"..

Fikirnya aku pamen peminta yang datang untuk sesuap nasi percuma selepas ceramah? Atau mugkin juga aku berjubah lusuh atas buku lali dan berpelekat serong. Kopiah entah kemana, sarban melilit kepala dan harum attar usah ditanya.

Wahai insan mulia, jangan lantaran sarban meliliti kepala itu fikirmu syurga pastu untuk kamu. Jangan lantaran jubah lusuh lagi senteng ini fikirmu aku mengemis simpati mu untuk ke syurga. Tuhan dah berkata, pintu ke syurga itu ada seribu. Pilihlah mana-mana pintu yang kamu suka.

Barangkali aku tidak semulia kamu wahai insan surau tapi setidaknya aku cuba untuk jadi baik sebab dalam hatinya aku masih sangsi adakah syurga itu milik aku. Rasanya itu lebih mulia dari yakin lantaran timbul angkuh yang pasti syurga itu kamu yang punya.

Aku simpati dengan kamu. Hamba angkuh.

Apei - budak kampung

Friday, March 24, 2017

Sebok

Hari ini
sibuknya aku bukan kepalang
Dari bulan masih terang
hingga matahari sudah mahu hilang
Maafkan aku kerana kurang membilang
Di atas talian mahupun halaman tak berpalang

Hari ini
Tanggungjwb aku beratnya bergantang
Mesyuaratnya aku dari pagi sampai ke petang
Demi sekajang untuk dibentang
Agar pengurusan senyumnya melintang

Hari ini
Rindunya aku pada kamu usah disoal
Rasa mahu menjerit ada juga kesal
Apakah daya kerjanya aku masih belum selesai
Esok aku pulang harapnya kau senyum dan bukan cari pasal

Apei - budak kampung

Monday, March 20, 2017

Love all but..

Assalamualaikum wbt

Man adik aku, mengadu soal amanahnya dikhianati seorang rakan. Bukan jumlah menjadi soalnya tapi kepercayaan yang dicalar itu buat dia pedih. 

Dato Sri menasihati kami melalui pesanan ringkasnya, 

"Love all. Trust Few
Everything's real
But
Not everyone's true"

*Sign*

Aku tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam.
Aku hadam dengan hati.

Aku harap cerita-cerita aku tidak dikhianati. 

Apei - budak kampung.  

Itu famili

Malam ini aku membersihkan senarai mesej-mesej dalam aplikasi whatsapp. Paling banyak aku terima mesej pada hari nenek tinggalkan aku.

1 mesej dari sahabat lama. Sangat lama. Kenalnya aku dengan Rustam dari tingkatan 1. Sama kelas, sama ponteng. Sekolah berbayar di Ampang tu ramainya orang putih. Yang kulitnya coklat macam kami boleh dibilang. Ada pun berkulit coklat hanya pada nama dibuku, tapi lagak dan cakapnya berbunyik british. Tahi penjajah, jati dirinya sampah aku kira. Mungkin tu sebab aku dan Rustam rapat. Ada pun 2-3 orang putih yang aku rapat.  Jarod, Harry, Samson. Sebabnya sama kaki ponteng dan sama-sama menyukai roti canai. Haha..

Tingkatan 4 aku ke asrama ala tentera, masih berhubung. Lepas SPM aku ke UiTM, mula jarang berhubung. Tak lamanya selepas graduasi, aku ke dunia pekerjaan, Rustam terus dengan legasi perniagaan orang tuanya.

Terakhir kalinya kami bersua muka ketika sambutan hari lahir Orked yang ke 4. Kini Orked menganjak ke 9 tahun.

Rengang tapi bukan putus...

Mesej dari Rustam.

[24/02 15:55] Rustam TS Rosdee: Takziah sahabat.. insyaAllah nenekda kita disyurga sana. Al-fatihah...
[24/02 18:52] Myself: Terima kasih Sahabat.
[24/02 18:53] Rustam TS Rosdee: Kalau ada kelapangan gua jemput lu. Minum tempat gua.
[24/02 19:04] Myself: Thank you bro. no club, no hotel lobby, no drinks. Kalau nak borak-borak,  lu tau gua kat mana.

Kilauan indah neon Kuala Lumpur dari puncak bukit Ampang sedikit pun tidak meredupkan lara.

Mata masih berkaca.

30 minit berlalu.

"Firdaus DS mat nor.. Assalamualaikum. apa khabar sahabat?!" 

Aku menoleh..

"Waalaikumsalam, Rustam TS Rosdee"

Bersalam dan berpelukan...

"Nenek dah tak ada tam"

"Sabar bro.." Rustam menepuk-nepuk belakang aku.

Kali terakhir kami menangis bersama ketika ditangkap merokok dalam tandas dan dimarah prinsipal sekolah ketika tingkatan satu. 21 tahun kemudian, hari tu, kami menangis bersama lagi.

"Mana lu tau gua kat sini?"

"Mana lagi lu nak lari? Nikan pot nangis lu. Dato Sri cakap lu atas batu belakang rumah. Belari gua turun ingat lu nak terjun dalam gaung tu"

*"Tak payah hantar 17 bijik kereta kan nak carik gua 1 KL" haha ketawa sedikit aku.

"Tak payah. Gua tau mana nak carik brader gua" katanya Rustam.

"So hows life? Orang tua sihat?..." tanya aku..

Borak panjang kami petang tu. Dari atas batu belakang rumah sampai ke bangsal bawah pokok rambutan. Tiada lagi club, party, hotel lobby, air kuning, marijuana, perempuan plastik, huhu-haha-huru-hara.

Aku selesa berbual cerita-cerita lama dan akan datang begitu. Usia dah ubah kita. Tapi persahabatan itu masih kekal.

Sahabat itu tak perlunya dia sentiasa bersama dengan kita. Tapi kita tahu adanya dia bila perlu.

Apei - budak kampung.

*Ada halnya 17 biji kereta. Itu kemudian.

Friday, March 17, 2017

Biskut perasa softlan

Assalamualaikum wbt,

12.03 pagi. Aku tersedar. Entah kenapa senaknya perut aku bukan kepalang. Pn Marlina tiada disisi. Aku bangun dari tilam lembut melangkah keluar dari bilik yang sejuk. Suhu peghawa dingin diset pada takat 18'c. Angkara siapa lah. Rungut aku sendiri.

Diruang tamu, Pn Marlina melunjur atas sofa sambil melayan mahu matanya menontot realiti tivi bersiri siaran bangsa mat saleh sambil lidahnya dijamu dengan bertih jagung bermanisan gula hangus. Persis puteri kayangan lagaknya.

"Abang lapar ke? Pop corn?" Sambil mempelawa aku. Aku jeling saja, masakan aku mahu bertih jagung jam 12 tengah malam. Merepek. 

"emm.. ada yang lain?" Tanya aku.

"Megi? Oat? Hot choc? Nasik pun ada" Jawab Pn Marlina.

"Ada tak beli biskut yang abang nak tu?" Satu biskut perasa coklat kegemaran yang aku lantak kali pertamanya ketika di New Zealand beberapa tahun lepas. Sedapnya biskut tu kalau kau makan, rasanya bagai kau dibawa ke kayangan. Sumpah sedap. Lidah aku tidak pernah bohong soal rasa. Haha

"Nope, bawak duit ngam-ngam tadi. So duit untuk biskut I beli softlan untuk baju kerja abang. But if u want megi, I buatkan dengan hot choclate" offer Pn Marlina.

Aku terus jalan ke dapur. Sedikit remok hati aku.

"Abang nak buat apa kat dapur? Nak apa-apa I buatkan" tinggi sedikit suara Pn Marlina tapi mata masih di tivi.

"Aku nak makan softlan. Aku lapar.... " merajuk..

Apei - budak kampung

Thursday, March 16, 2017

Perang seribu malam

Assalamualaikum wbt,

Dengan rasa berat hati aku sembunyi
Dengan kekasih abadi aku bersunyi

Sebentar...
Tinggalkan aku dengan attar dan rumi
Menari tanpa bumi
Menyanyi tanpa bunyi

Aku menanti telunjuk dan picu terlerai
Kemenangan tanpa tentangan akankah termetrai?
Gapai, dan melambai tak mahu mencapai
Ingkar, aku lukis garis nipis antara damai dan lalai

Santai, tapi jangan terlalu
Syair-syair yang Kau lafaz telah kuhafaz
Sedikit zat zat Mu disetiap nafas
Perang seribu malam bilakah terlerai

Aku hampir selamat
Tapi belum muktamad
Perluru keras memecah damai
Warkah dari perbatasan

Harap dibalas....

Apei - budak kampung

Monday, March 13, 2017

In-Se-Ki-Yo

Assalamualaikum wbt

Wahai jiwa yang aku sayang dan cinta
Ya, aku tujukan untuk kamu yang sedang membaca

Mungkin kau kerap lihat aku
Bertemu berbual nampak mesranya
dengan manusia lain
Yang kadangnya sama jantina
Yang kadangnya lain tandasnya
Risau aku berubah hati
Seperti yang kau selalu lihat dikaca tivi

Yang aku boleh janji, jangan kau resah dan gelisah
Berjumpa mereka hanya untuk kerja
Yang aku kerjakan itu pula untuk kita
Keluarga kita, masa depan generasi kita
Segala halnya memang untuk kita

Jangan lupa apa yang aku sering kata
Walau aku bersama mereka
Dalam hati aku yang ada hanya kau saja
Dan yang aku usahakan ini, khas untuk dunia kita

Jangan risau, aku masih dan tetap kau yang punya
Mari sini aku hadiahkan pelukan manja

Apei - budak kampung

The Long Last Journey

Assalamualaikum wbt,

Perjalanan itu
Yang kita lalu beribu batu
Kita itu
Darinya tak tahu hingga ambil tahu
Darinya diam membatu hingga
Puisi dan pantun menjadi satu

Perjalanan itu
Dari tanah rata ke tanah berbatu
Dari pinggir belukar ke pasir pantai
Dari tanah tinggi ke tasik saujana
Ada suka banyak juga dukanya
Kita senyum dan ketawa berseloka bodoh
Kita tangis dan hiba rindukan si tiada
Kita lalu semua

Perjalanan itu
Dari hari aku mula bernafas
Itu perjalanan paling luar biasa
Sekolah tanpa papan tulis
Sekolah tanpa rampaian buku
Sekolah yang ajar aku tentang hati lain selain aku
Sekolah yang ajar aku rindukan dia yang lama aku tidakkan

Perjalanan itu
Pasti akhirnya berhenti
Bila tiba destinasi atau hendaknya illahi
Terima kasih Tuhan
Terima kasih teman perjalanan
Terima kasih pelajaran yang aku kutip dari setiap inci jalan

Bila esok aku tiada
Setiap hentian dan cerita dalam
'The long last journey' ini
Moga tersimpan rapi dalam peti kenangan

Apei - budak kampung

Friday, March 10, 2017

Hilang

Assalamualaikum wbt

Andai ada bertanya bagaimana rasa hilang yang disayangi?

Jawabku mudah,
Kau akan rasa bagai wujud satu lubang pada dada kau dan ketika itu kau rasa hiba sehingga kau rasakan dada kau sepertinya tidak berfugsi.

Sakitnya terlampau sakit, sehingga airmata kau seperti bocor dan tidak mengalah dari mengeluarkan air. Ya sakitnya seperti yang digambarkan.

Sebab itu apabila kau lihat manusia yang pernah kehilangan orang disayangi sama ada ditinggalkan atau meninggalkan, dirinya lebih tegas. Lebih berhati-hati. Lebih tidak suka menyatakan sayang
secepatnya.

Mungkin mereka dah tahu sakitnya kehilangan.
Rindu itu nyilu. Ya aku kata nyilu.

Apei - budak kampung

My heart

Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagiaku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini syurga kita

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang

If we love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
I wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart


Wednesday, March 8, 2017

Perempuan yang Jengkel

Assalamualaikum wbt

She asked me few times, "How do I look at girls?"

Perempuan,
Sejenis campuran lemak
Yang boleh buat hidup kau huru dan hara
Dia boleh kacau tika kau sibuk kerja
Hanya sekadar mahu lihat kau marah
Kau tanya apa logik dia buat begitu?
Katanya sekadar menurut rasa hati

Perempuan,
Jika kau cuba fahami nescaya mulut kau akan berbuih sawan
Kerna susah untuk difahami
Dia sendiri tidak faham ada apa dengan dia
Apa kau ingat kau mampu fahami sepenuhnya dia?
Mustahil walau kau cuba

Cuma...

Perempuan ini,
Jika dia jadi milik kau
Dan hidupnya dia akan selamanya punya kau jadi kau bertuah
Kerana...
Dalam huru dan haranya dia kau rasa bahagia
Dalam kelakuan dia yang memeningkan dia lah yang kau rindu dan bilang sayang

Itulah perempuan,
Bukan buat difahami, tapi untuk disayangi dan dihormati

Apei - budak kampung
olahan: F.i
Selamat Hari Wanita - 8 Mar

Tuesday, March 7, 2017

Parut lutut

Assalamualaikum wbt

Lepas magrib masih atas sejadah aku selak sikit kain pelikat sambil mengaru lutut yang masih tersisa gatal akibat menghirup kuah pedas masam lelehan dari cebisan kulit hidupan bernama talapia.

Jahanam kau lidah, tak boleh ke sesekali kau dengar kata otak. Dah tau gatal dimakan jugak.

Sedang mengosok nyaman pedih kulit lutut ternampak parut yang bawa aku terbang dari borneo ke satu kampung damai dari tahun milenia ke tahun usia aku baru belajar mengenal manusia.

"Nenek dah cakap bila turun bukit jangan kayuh lagi"

"Tapi apei dah lambat nak mengaji. Apei jatuh sorang pun tak tolong nek"

"Kawan suke memamg ramai, kawan menangis kalau kita ada jaga dia elok-elok" Nenek senyum. Luka aku dioles dengan kapas basah yang dicicah air kuning antibiotik. Pasir dan batu di buang satu-satu. Nyilu.

Sumpah aku tak pernah faham apa nenek cakap. Lewat ini, baru aku faham. Faham bukan dengan lidah faham dengan hati maksud kata nenek.

"InsyaAllah apei jaga dia elok-elok nek"

Air mata turun lagi.

Nenek...........

Apei - budak kampung



Rupa-rupa

Assalamualaikum wbt

"Highest high, lowest low"..

Lagi tak stabil dari exchange RM to USD

Makan nasik pun tak selera

Apa ubat nya?

Nangis?

Dah puas

Masih sangkut

Tolong aku tuhan

Apei - budak kampung


Sunday, March 5, 2017

Alam maya

Assalamualaikum wbt

Semalam aku berjalan-jalan di alam maya
Aku nampak kau senyum sana senyum sini
Aku nak makan pun rasa nak mati

Sama ada aku sudah tak biasa atau aku terbiasakan kita.

Aku harap kita akan 'chill-chill' saja..

Apei - budak kampung


Friday, March 3, 2017

3 Perkara

Assalamualaikum wbt

1. Hari ni genap seminggu nenek tinggalkan aku. Semoga arwah nenek tenang di sana - Af-fatihah

2. Setelah aku dan pasukan berhempas-pulas untuk beberapa purnama ni menyiapkan persediaan bagi program di satu daerah di sini yang kononya pengurusan dari Keyell ingin turut serta. 3 malam lagi adalah harinya, pagi ni telinga aku ditiup bayu lembut dengan khabar berbunyi keras dari sinun. Pengurusan tidak dapat hadir. Terima kasih daun keladi.

3. Setelah aku berjanji untuk menjaga suatu amanat, entah mungkin hasil hembusan  sang ahli tetap Jahanam maka terlena aku dalam kelakaan yang paling alpa dan tergelincir. Maaf tidak cukup untuk mengembalikan senyum aku.

Anda kau bertanya apa 3 perkara yang 'mengembirakan' aku hari ni.

Apei - budak kampung

Wednesday, March 1, 2017

Banjir

Assalamualaikum wbt

Dah hampir seminggu arwah nenek tinggalkan aku
Perasaan masih lagi sampah
Dia punya sampah jenis sampah yang tak boleh recycle
Hancur bekecai punah barai

Dan seminggu ni jugak lah
Aku rasa tak ada 1 hari pun langit hati aku cerah
Mendung dan hujan, kadang-kadang banjir kilat
Adalah sikit-sikit matahari tapi tak lama
Si tahi muncul bawakan awan tebal untuk dicurahkan lagi hujan

Ya Tuhan
Perasaan apakah ni
Kuatkan aku
Dengan siapa lagi aku nak mintak
Bantu aku....

Apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...