Belaian Jiwa

Assalamualaikum wbt,

Tulisan ini untuk kamu wahai belaian jiwa aku.

Belaian jiwa
Maaf untuk seribu satu kekurangan dari kata hingga lakunya manusia naif ini.
Maaf untuk susahnya kamu dari awal pelayaran ini hingga petah anak kita berkata.
Maaf kerana aku ini tidak beta meminta apatah mengemis walau dengan orang tua yang mungkin hartanya makan ke cicit masih berbaki.
Kerna...
Pesan arwah nenek kekalnya kental bak dipaku mati "susah apa pun kamu, tulang empat kerat pinjaman tuhan itu gunanya untuk dibanting. Jangan meminta dan mengemis selagi mampunya kamu, usahalah"

Belaian jiwa
Mudahnya segala urusan kita dipertengan ini
Mungkin berkat tabahnya kita diawal dulu.
Senyumnya aku melihat apa yang kita benihkan kini sudah cambah putiknya.
Bila mudahnya kita kini, kamu lah selayaknya disisi
kerna...
ketika getirnya aku, kamu balut luka ini dengan air mata.

Belaian jiwa
Kamu selami ruang hati paling dalam
Kamu diami sudut hati paling sunyi
Kamu disitu sekian lamanya
Memang itu selayaknya tempat kamu
Istana istimewa di hati ini kamu yang punya

Belaian jiwa
Jangan disoal banyak mana sayangnya aku pada kamu Kerna jawapnya pada kamu
Dan...
Jangan disoal 'selamanya kah akan kita begini'
Kerana jawapnya selagi mana mahunya kamu, aku akan disini.

Pn Marlina Hj Ahmad Husaini, syurga itu bila adanya kamu dan jiwa ini perlu kamu.

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts