Sunday, March 26, 2017

Hamba yang lawa

Assalamualaikum wbt

Petang tadi aku ke masjid untuk magrib
Biasanya aku memang akan bersalam dan bertegur semua yang aku selisih dan nampak di masjid
Kenal atau tidak, biasa atau tidak, soal itu jadinya kedua
Pada aku disini semua sahabat semua saudara

Salam kuberi kepada lelaki ku kira usia lewat 50-an berjubah hijau tua bersarban kemas melilit kepala. Harum attar semerbak lalunya melewati aku di pintu masjid.

Salam ku dibalas jeling ke atas dan bawah sambil suara garau dari halkom tua yang ku dengar hanya "errmm"..

Fikirnya aku pamen peminta yang datang untuk sesuap nasi percuma selepas ceramah? Atau mugkin juga aku berjubah lusuh atas buku lali dan berpelekat serong. Kopiah entah kemana, sarban melilit kepala dan harum attar usah ditanya.

Wahai insan mulia, jangan lantaran sarban meliliti kepala itu fikirmu syurga pastu untuk kamu. Jangan lantaran jubah lusuh lagi senteng ini fikirmu aku mengemis simpati mu untuk ke syurga. Tuhan dah berkata, pintu ke syurga itu ada seribu. Pilihlah mana-mana pintu yang kamu suka.

Barangkali aku tidak semulia kamu wahai insan surau tapi setidaknya aku cuba untuk jadi baik sebab dalam hatinya aku masih sangsi adakah syurga itu milik aku. Rasanya itu lebih mulia dari yakin lantaran timbul angkuh yang pasti syurga itu kamu yang punya.

Aku simpati dengan kamu. Hamba angkuh.

Apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...