Luka

Assalamualaikum wbt,

Mandi lewat petang ini
Tangan kanan aku, kulit jari telunjuk hingga pergelangan
Pedih bukan kepalang bila tersentuh air.

Awal petang ini di pejabat,
Coklat itu jatuhnya di celah meja pejabat
Aku selok hingga ke pergelangan
Gagal capai, hati pedih. Cilake.

Tarik tangan, gagal keluar selancar masuknya sebelum.
Aku pusing ke kiri gagal, ke kanan gagal, aku sentap ke atas sedikit berhasil. Sentap lagi dan kali ke tiga baru terkeluar tangan gemok, kedut dan berurat ini.

Luka panjang dari hujung jari telunjuk sampai ke pergelagan. Selumba dua tiga melekat seolah diperlekeh meja pejabat. Musibat.

Demi cinta kononya aku cuba mencapai apakan daya tangan tak sampai. Luka pula yang dapat sebagai balas.
Tak apalah aku fikir jika luka ini hadiah Tuhan untuk dosa tangan kanan ini. Aku berterima kasih. Setidaknya aku ingat, azab tuhan itu pedihnya teramat.

Apei - budak kampung

p.s. orang zaman milenia ini aku kira untuk sebutir terima kasih beratnya umpama emas segantang. Kelakar.

Comments

Popular Posts