Parut lutut

Assalamualaikum wbt

Lepas magrib masih atas sejadah aku selak sikit kain pelikat sambil mengaru lutut yang masih tersisa gatal akibat menghirup kuah pedas masam lelehan dari cebisan kulit hidupan bernama talapia.

Jahanam kau lidah, tak boleh ke sesekali kau dengar kata otak. Dah tau gatal dimakan jugak.

Sedang mengosok nyaman pedih kulit lutut ternampak parut yang bawa aku terbang dari borneo ke satu kampung damai dari tahun milenia ke tahun usia aku baru belajar mengenal manusia.

"Nenek dah cakap bila turun bukit jangan kayuh lagi"

"Tapi apei dah lambat nak mengaji. Apei jatuh sorang pun tak tolong nek"

"Kawan suke memamg ramai, kawan menangis kalau kita ada jaga dia elok-elok" Nenek senyum. Luka aku dioles dengan kapas basah yang dicicah air kuning antibiotik. Pasir dan batu di buang satu-satu. Nyilu.

Sumpah aku tak pernah faham apa nenek cakap. Lewat ini, baru aku faham. Faham bukan dengan lidah faham dengan hati maksud kata nenek.

"InsyaAllah apei jaga dia elok-elok nek"

Air mata turun lagi.

Nenek...........

Apei - budak kampung



Comments

Popular Posts