Sunday, April 16, 2017

Lari

Oh ya
Kemarin telah aku putuskan untuk lari ke pulau ini
Lari sebentar dari hal yang buat dia dan aku serabut
Yang serabut itu dia dan aku tinggalkan di banjaran sana.

Tempat ini tiada yang kenal dia dan aku, molek untuk dia dan aku. Jadinya ada lebih masa dia dan aku untuk mengenali kami dan isinya.

Kami lari bukan tanpa sebab. Kadang bila sudah terlampau bekeladak hidup ini memangnya kau harus hilang dan diam sebentar.

Diwaktu ini aku akan lebih kenal dia dan dia kenal siapa aku dan dari mana silapnya kami dalam kehidupan yang lalu itu dan alasan mengapa hati ini rasa kurang seperti sebelumnya.

Larinya kami cuma sebentar untuk kembali kepada asas.

Oh ya
Beluncas pun satu hari akan jadi rama-rama yang cantik. Betul tak?

Apei - budak kampung

Wednesday, April 12, 2017

Sepupu

Kami sepupu sepapat
Mencari rezeki dimerata tempat
Dari ibu kota, singapore, australia, maldive, amsterdam, seoul, borneo juga tokyo
Sesekali balik di hari raya atau kenduri kendara
Rumah nenek meriah tak terkata
Oh itu cerita tahun lalu
Tahun ini mana hala tuju kita
Nenek dah tiada
Harap sempat jumpa kalian semua
Walau untuk terakhir kalinya

Apei - budak kampung

Saturday, April 8, 2017

Pagi

Yang aku paling ingin dalam hidup adalah tidur disamping insan yang aku sayang dan apabila aku bangkit dari tidur wajah kau yang pertama aku lihat. Aku pasti tersenyum melihat wajah kau disamping aku. Rasa seakan perjuangan hidup ini lebih bermakna dengan adanya kau.

Mempunyai kau dalam hidup aku adalah perkara termolek yang terjadi dalam hidup aku. Terasa hidup aku lebih teratur, terasa hidup aku lebih bermakna dan terasa hidup aku sudah cukup dengan hadirnya kau yang menyempurna.

Terima kasih wahai jiwa yang aku sayang. Manja kau aku tahu, rajuk kau aku faham, cinta kau aku rasa.

Terima kasih kerana sudi bersama.
Aku harap nanti kita masuk syurga pun sama-sama ye! Haha..

Apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...