Manusia nombor tiga

Assalamualaikum wbt

Kadangnya bukan segala perkara mampu di luah
Kadangnya bukan segala benda mampu didengar
Kadangnya bukan tidak mahu bercerita, sebab
Kadangnya bukan semua mampu untuk selam dan faham

Kadangnya mendengar pun sudah cukup buat aku kembali mampu menyuap nasik ke mulut
Walaupun fahamnya engkau itu, aku tak tahu banyak mana
Walau kadangnya nasihat itu bunyiknya berjenaka, tapi dimata aku harganya mahal
Kau yang sudi dengar tu, apa lagi yang aku boleh kata - terima kasih

Datuk Sri ada kata 'Don't forget 3 people in your life'
1. Who put you in difficult
2. Who leave you in difficult
3. Who care about you in difficult

Syukur, Tuhan bagi aku peluang untuk jumpa semua 3 jenis manusia ni. Tapi tulisan aku ini untuk kamu yang nombor tiga.

Lega itu satu perkara, mengubati satu perkara lagi.

Aku pergi tak lama. Nabi pun ada kata, tak ada penyakit tiada ubat kecuali tua dan mati. Pokoknya, aku harus cari.

Selepas emosi kau aku cincang seharian, cuma sekarang, satu lagi aku minta dari kamu manusia nombor tiga. Selepas larut, mungkin ni yang akhir.

DOA.

apei - budak kampung

Comments

mengapa dan kenapa??
siapa org yg no 3 tu..
Tam said…
Sejak2 nenek tak ada ni lain mcm jer jauh hati. Balik lah pei.. tempat kau kat sini. Kat KL.

Popular Posts