Pergi

Jika aku tahu dahulu, aku tidak akan terlampau menangis dan jatuh apabila Allah menarik insan yang paling aku sayang dan puja.

Nenek.

Ketika itu aku masih lagi keliru dan perginya seorang insan penting dalam hidup aku cukup berjaya buat hati aku hancur dan meronta kesakitan yang teramat. Kesannya aku membiarkan jiwa aku dibawa rasa, kerna bagi aku ketika itu adalah penamat buat segalanya. I'm done.

Manusia datang dan pergi itu adalah sebahagian dari kehidupan, sebahagian dari pengalaman manusia dan antara tujuannya adalah satu, untuk buat kau lebih ingat Dia yang mencipta dan buat kau sedar hidup ini memang betul betul sementara, jadi jangan terlampau seronok dan leka.

Aku bazirkan ratusan jam meratapi perginya nenek dan aku betul betul si bodoh yang malang. Ratusan jam itu jika aku manfaatkan dan terima pastinya aku tidak melukakan manusia sekeliling yang sentiasa ada buat aku.

Pergi memang sakit tapi mahu atau tidak, kau harus jalan juga. Kita semua sementara dan suatu hari nanti kita akan reunion disana.

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts