Sabar

Jika aku tahu dahulu, aku lebih sabar dalam mengawal emosi ketika aku sedang marah. Waktu dahulunya, aku berselisih faham dengan adik dan hasilnya adalah satu,

Satu keluarga meraikan harijadi aku yang diraikan pada hari yang sama dengan keadaan yang tidak senang. Masing-masing bermasam muka.

Aku tidak tahu mengapa aku selemah itu dalam mengawal emosi. Jika aku tahu, aku tahan saja ketika marah dan tidak berkata-kata ketika itu. Hari yang sepatutnya indah bertukar menjadi hari yang sangat sangat suram disebabkan 1 minit pergaduhan untuk isu yang paling bodoh.

Tidak salah bersabar dan yang bersabar itu lebih bijak akalnya, lebih matang cara hidupnya. Jangan diikut hati, hati kadangnya stupid sedikit bila emosinya entah apa-apa.

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts