Sepuluh ringgit

2011
Motor aku mati tepi jalan hiway elit. Aku dalam perjalanan dari shah alam ke cheras. 2km aku berjalan kaki menolak motor. Stesen minyak entah berapa jauh. Duit dalam dompet ada RM2 sahaja. Taklama, kereta toyota camry warna putih memberi lampu isyarat ke kiri berhenti di lorong kecemasan sama lorong dgn aku yg sedang tolak motor.

"Motor rosak ke dik?" Lelaki separuh umur keluar dari kereta menegur.

"Minyak habis bang. Motor sy ni meter minyak rosak. Tadi goncang bunyik mcm banyak lagi" jawab aku. Peluh lencunkan kemeja putih aku.

"Tinggal motor situ. Naik dgn saya kita beli minyak. Stesen jauh lagi"

"Boleh bang, terima kasih banyak" jawab aku. Disaat macam tu, memang aku tak menolak bantuan. Jam dah hampir 630 petang.

Stesen minyak shell...

"Bang tunggu kejap eh, saya cari botol nak isi minyak"

"Eh tak payah, awk sewa jer tin minyak RM5 saja. Nanti lali sini pulang balik tin tu dia pulang balik RM5 tu"

"Saya ada RM2 je ni bang. Tu jer tinggal" jawab aku. Aku pandang langit, gaji lagi 3 hari. Emm...

"Takpa, tunggu sini jap saya pi tanya kaunter tu" kereta di letak di tempat isi minyak.

Dua tiga minit, abang tadi keluar dgn tin minyak dan terus menuju tempat isi minyak. Di pam hingga penuh.

"Ok settle dik, jom kita pergi motor kau"..

"Eh tapi bang, duit minyak ni?".. tanya aku. Segan jugak.

Selesai isi minyak. Aku bersalam dan ucap terima kasih. Minyak motor cukup untuk sampai gaji.

"Abg boleh mintak nombor talifon, dah gaji nanti sy bayar duit abg balik"

Dia senyum dan terus pergi...

.....................

2017

Seperti biasa petang tu aku berjoging dari pejabat ke waterfront dan patah balik. Tapi hari itu lebih istimewa.. seorang lelaki sedang termenung melihat perahu lalu lalang menghadap sungai sarawak.. aku amati dan cuba mengigati... semakin hampir langkah aku semakin jelas wajah lelaki itu..

"Assalamualaikum... " aku hentikan langkah dan beri salam.

"Waalaikumsalam.. ya kenapa encik?" Tanya lelaki tu.

"Hiway elit october 2011, 630 petang abg bwk saya ke stesen minyak shell" aku mulakan bicara..

"MasyaAllah...." bekerut dahi lelaki tu nak mengigat waktu yg aku sebut tadi.

Kami berbual-bual dan bertukar nombor telefon.

"Bang mcm saya janji, ni hutang saya dulu. Saya bayar balik" nota sepuluh ringgit aku keluarkan dari poket kecik seluar lari aku.

"Simpan duit awk. Hutang awk dengan Allah bukan dengan saya. Saya cuma salurkan saja pada masa awk memerlukan" jawab lelaki itu..

............................................
Aku tak suka berhutang dan aku tak pernah ingat kalau ada org berhutang dengan aku. Kamu yg selalu ckp berhutang dengan aku, hutang kamu dengan Tuhan bukan dengan aku. Aku sampaikan saja dimasa kamu memerlukan. Ya jika kamu memerlukan, ada coklat bawah meja. Ambik lah..

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts