Tempat Bukan Biasa

Tempat itu bukan biasa-biasa
Pada aku tempat itu istimewa
Sebab itu setiap kali ke sinun
Kaki ini pasti aku jejakkan ke sana

Pada aku tempat itu istimewa
Sebab itu engkau aku bawa ke sana
Sebab aku tahu kita berkongsi citarasa
Cantiknya tempat itu mampu cairkan hati kita

Sebab itu engkau aku bawa ke sana
Agar setiap kali engkau ke sinun, ada cerita kita
Pasal aku tahu, aku mungkin sudah tidak lama
Entah esok entah lusa Tuhan yang tahu segala

Agar setiap kali engkau ke sinun, ada cerita kita
Cerita yang engkau boleh kenang sampai bila-bila
Gambar kau di tempat istimewa itu pada  aku dalam ceritanya
Namun mengapa perlu disiar kepada dunia
Rasanya lebih elok, hanya untuk kita

Itu sahaja yang aku kurang faham.

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts