Tersangkut di kerongkong

Beberapa minggu lalu, atas urusan keluarga, aku menginap di Kempinski Jakarta. Hotel dekorasi ala eropah itu memang cantik. Malam, setelah anak-anak masuk tidur, aku bersama isteri turun ke hotel lounge untuk menikmati latte panas, sepotong kek coklat dan melodi jazz lembut sebagai halwa telinga. Memang nyaman.

Banyak pekara kami bualkan.. tapi seperti biasa soal anak sentiasa menjadi topik utama.

'Beep' talifon bimbit isteri berbunyi. Dia terima pesanan ringkas dari aplikasi whatsapp.

Mata berkaca..

'Kenapa?'.. tanya aku

'Sedang kita makan, minum dan tidur enak, tahukah kita ada saudara rapat kita yang berkongsi sebiji telor untuk makan sekeluarga?' Jawab isteri aku.

Kek coklat lembut yang aku kunyah dan nikmati rasa enak disetiap pelusuk lidah bagai tersangkut dikerongkong untuk aku telan. Latte panas dengan curahan susu berbentuk daun palma yang tadinya nampak enak aku hirup, rasanya tak ubah seperti rasa air longkang.

Aku leka, aku alpa. Masakan aku bergini enak disini sedangkan saudara aku disana begitu. Ya Tuhan, ampunkan atas kelekaan aku.

'Kamu ambil sejumlah wang dari akaun simpanan abg kirimkan pada mereka itu malam ini juga. Abg mahu mereka makan apa yang mereka mahu malam ini juga. Kalau tidak mata abg takan dapat lelap'. Talifon bimbit aku tolak ke hadapan isteri untuk dia buat pindahan segera melalui aplikasi perbankan atas talian.

Sungguh-sungguh Tuhan menyentap segala keenakkan yang aku nikmati dengan sedetik masa sahaja. Pengajaran yang pada aku cukup dalam untuk aku ingat. Jangan kamu pernah leka untuk menjaga kebajikan saudara kamu sendiri sebelum kamu menjaga kebajikan orang lain.

Apei - budak kampung

Comments

Anonymous said…
Salam sahabat, awak mungkin sudah lupa saya, tapi saya tak akan lupa. Memang dari dulu saya kenal awak di uitm awak tak pernah kedekut ilmu malah berkongsi rezeki itu memang sikap awak dari dulu. Semoga awak dan keluarga terus dilimpahi rahmat Allah swt. Siapa saya? Budak yang awak bagi nasik goreng telor di bilik B-4-05 untuk berbuka sedangkan awak makan kurma 2 biji shj. Kalau awak masih ingat lah saya.
Jazakallah hukhair..
apei said…
Salam. Maaf tak ingat langsung sy tuan. Kalau boleh add sy di fb firdaus matnoy.

Popular Posts