Bahagia itu dalam kita

Ramadhan 8,1438 Hijrah
Kuching Waterfront.
0145am.

Aku lihat pakcik itu membersih
Tanpa penat, tanpa keluh
Tanpa fikir gelinya barang yang dikutip
Aku terkesima
Dengan semangat dan kuatnya dia

Mata aku masih melihat dia
Mukanya masih penuh dengan senyuman
Walau barang yang dibersih
Tidaklah sebersihnya
Tapi dia masih memegang dengan muka biasanya

Aku merapatinya
Bercakap kata kagum akan dia
Dia berkata pada aku
Dia senang walau manusia lain lihat dia susah
Dia senang kerna tidak perlu menyusah
Walaupun rezekinya cukup sekadar berteduh
Di hari basah

Dia bukti untuk satu kata
Harta tidak boleh beli bahagia
Tapi dengan rasa bahagia apa yang sudah kita ada
Kita sudah boleh di panggil manusia paling berharta.

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts