Hot choclate vs selfie


Semalam pukul 10 malam. Aku whatsapp Dato'Sri.
"Assalamualaikum ayah.. dah tido ke?"
"Waalaikumsalam, ayah baru lepas trawih ni tengah minom hot choclate dengan kawan masjid cerita pasal kehidupan selepas kematian" jawab Dato'Sri diiringi dengan selfie dan gambar hot choclate. Cermin mata dia entah kemana. Sepet keturunan cina tu nampak sangat.. haha

Aku tak reply pun text tu sebab:

1. Dato'Sri tak pernah seumur hidup dia setahu aku suka ambik gambar. Kalau ambik gambar pun tak tau nak senyum. Ini tiba-tiba selfie?!.. 
2. Cerita soal kehidupan selepas kematian?.. setahu aku selain cerita pasal pukul bola kecik masok lobang (golf) dan soal meniaga. Aku tak fikir Dato'sri tau cerita hal-hal lain. Tiba2 soal kehidupan selepas kematian?!..
3. Selain dari long black, Dato'Sri tak minum air lain. Dari kedai mamak ke hotel 18 bintang pun, long black. Tiba-tiba hot choclate?!..

Ramadhan tahun ni banyak kejutan.. ini antara kejutan yang aku kena biasakan. Malam ni aku cuba whatsapp lagi. Aku nak tengok apa lagi suprise yang aku kena hadap malam ni.

Tarawih hari ni cukup buat betis aku mcm nak krem. Aku bersandar kejap sambil teringat perihal dato'sri semalam. Pelik pun ada, kelakar pun ada..

Al-fatihah untuk nenek.. rindu ni entah bila nak habis nek.

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts