Lepas Sahur

Lepas sahur beberapa hari lepas, borak-borak dengan Pn Marlina sikit. Soal agama ni bukan semua gua tau, begitu jugak Pn Marlina. Kami tukar-tukar pandangan dan kalau tak jumpa penyelesaian kami bertanya pada yang lebih arif. Ostad dan Ostajah facebook pun besepah sekarang.

Tapi soalan Pn Marlina kali ni lain sikit,

"Abang apa hukum perempaun cukur kening?"

"Haram!" Laju jer gua jawab.

"Sebabnya kita ditegah mengubah ciptaan Allah swt. Dalil dia ada hadith Rasulullah swt bersabda 'Allah melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alis dan perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya' "  - Dah rasa macam ustaz-ustaz ceramah kat tivi masa tu.

"Apa pandangan lelaki eh kat pompuan yang cukur kening ni?" Pn Marlina tanya lagi. Tadi hukum agama, ni pandangan lelaki pulak.

Gua diam kejap... lama jugak gua pikir nak jawab supaya dia paham perasaan lelaki dan tak menguris jiwa kewanitaan beliau. Walaupun Pn Marlina bukan dari jenis manusia cukur kening, tapi semangan kewanitaan dia tu lain macam. Salah cakap boleh berbuka puasa makan maggi gua petang nanti.

Gua menarik nafas dalam-dalam "Macam ni lah yang, apa pandangan ayg kalau abg cukur misai lepas tu abg lukis balik macam misai A.Galak?" terus gua bangun menuju ke dapur nak minum air sikit lagi sebelum azan subuh. Gua dengar dia tegelak sorang-sorang depan tv. Gua harap metafora gua menjadi.

Apei - budak kampung.

Comments

Popular Posts