Makhluk luar angkasa

Mereka itu wujud
Berjalan, tinggal malah hidup dikalangan kita
Asalnya aku tidak pernah percaya wujudnya mereka
Dua tiga hari ini sahaja
Kuasa tuhan dan izinnya aku kira
Pancaindera sedikit dibuka
Memberi aku lihat dan rasa dengan jiwa
Hadirnya makhluk dari luar angkasa

Hidup dan peradaban mereka aneh
Aneh pada aku kerana apa pada kita itu norma
Pada mereka itu diluar norma dan 'no..no..'
Sekali lagi kuasa tuhan dan izinnya aku kira
Hati pula dibuka untuk mula terima
Terima makhluk ini disini
Terima peradaban aneh sebagai sebahagian hidup

Aku amati, aku selami, aku jiwai
Ada indahnya, ada sempurnanya
Walau awalnya mati itu rasanya lebih mudah
Namun kemudiannya menjadi indah
Walau kadangnya ada juga gundah

Hai makhluk luar angkasa
'You are perfect in what you are' ..

Apei - budak kampung.

Comments

Popular Posts