60 ringgit

Malam itu aku tertidur awal, penat memandu seharian. Kemudiannya aku tersedar jam 1.30 pagi. Perot berkeroncong mintak diisi. Dibandar Sibu ini tidaklah asing selok beloknya pada aku. Aku tahu mana nak carik sepiring roti bakar dan secawan kopi o pekat waktu-waktu begini. Levi's 501 lusuh aku sarung dan seluar tidor aku lucutkan. Baju t-shirt aku capai mana ada. Kunci kereta dan bekas aku simpan sedikit duit.

Aku hidupkan enjin kereta, jam di dash board tepat 1.45 pagi. Aku memandu meyusuri jalan-jalan berhampiran wisma sanyan menuju gerai kecil yang biasa tutup lewat. Berhampiran simpang balai bomba berdepan premier hotel seorang perempuan aku kira pertengahan 20-an berpakaian t-shirt dan seluar bawah lutut menahan kereta aku. Sememangnya aku memandu perlahan, bandar itu kosong pada jam 1.50 pagi. Apa yang mahu aku kejarkan. Perempuan tadi itu berdiri dibelakang kereta produa kelisa, tiada lain aku fikir keretanya mungkin rosak.

Aku berhenti dan keluar dari kereta bertanya perihal dia menahan kereta yang aku pandu itu.

'Kenapa dik? Kereta rosak ke?' Tanya aku

'Bukan, ini bukan kereta saya. Sy cuma nak tanya abg sorang ke?'

'Ya saya sorang, apa kau buat sorang sorang sini? Bahaya. Elok kau balik' aku mula rasa tak selesa dgn perempuan ini, dipandangnya aku atas bawah. Mukanya nampak letih, matanya sayu...

'Abg nak main tak? 60 ringgit saja' kata perempuan tu.

Aku terkejut.. pelacor apa berpakaian begini sopan. Dia tak nampak macam pelacor, lagaknya hanya mcm perempuan kampung yang sesat jalan di tengah-tengah bandar besar ini.

'Buat lah kerja lain, mintak maaf aku nak cepat!' Aku menuju semula ke pintu kereta.

'Tolong abang anak saya dah 2 hari tak makan. Minum susu manis saja'..

Kata-kata tu bagai petir masuk kedalam telinga aku terus ke hati. Tersentak dan terkedu. Aku toleh semula, aku tenung mata dia. Dia berkata betul. Mata memang tidak tahu menipu.

Nama dia siti khadijah, anak dia bernama saiful berumur 2 tahun 4 bulan, asal dari sebuah kampung di selatan borneo. Suami tinggalkan dia 5 bulan lepas di pekan ini tanpa khabar berita. Baru diberhentikan kerja minggu lepas tanpa gaji kerana anak selalu tidak sihat. Itu cerita dia...

Aku minta mahu tengok anak dia. Dia bawa aku ke sebuah bilik sewa kecil dgn 1 katil single tidak jauh dari tempat dia menahan kereta aku tadi. Tertiarap tubuh kecil kanak-kanak lelaki tengah nyeyak tidur. Comel budak tu..

'Baring lah bang, saya layan macam mana abg nak. Saya buat. Baring sebelah anak saya tu. Tak apa dia tidur nyeyak tu'.. hancur sungguh hati aku.

Aku tengok dlm bilik tu, cuma ada sedikit sisa mee goreng entah hari bila di atas meja. Tiada secawan pun air minum.

'Anak awak minum air apa? Macam mana buat susu dia?' Aku tanya.

'Air paip aje bang!'

Sayu sungguh rasa hati.

'Saya masuk bilik awak bukan sebab sex. Sy sudah berkahwin, sy ada keluarga, sy ada anak. Sy ada anak hampir sebaya anak awak.. mcm mana awk hidup mcm ni?'

'Saya terpaksa bang..' perlahan suara dia dan tunduk.

Dia kata perkhidmatan sex yg ditawarkan adalah 60 ringgit dan aku adalah pelanggan pertama dia. Aku tahu dia bukan pelacor, aku tahu dia buntu, dia nak cepat sebab anak dia lapar. Dia tawarkan harga bukan pada harga biasa yang ditawarkan pelacor pelacor bertaraf hotel. Aku tidak pernah melanggan tapi pernah ditawarkan. Harga nya ratusan ringgit.

'Sy tak nak dgn perkhidmatan sex awk tapi awk ambil duit ni anggap sy melanggan awk mlm ni' aku hulurkan 60 ringgit harga perkhidmatan yg ditawarkan siti khadijah awal tadi.

'Abg ambil duit ni tlg belikan anak saya bubur atau kentang lenyek kfc, 1 tin susu manis, pampers saiz M pack kecil,  biskut atau roti untuk saya dan sedikit air minum untuk susu anak saya. Saya kira-kira semuanya dalam 60 ringgit'  baru aku tahu knp perkhidmatan sex nya hanya 60 ringgit.

Aku suruh dia tunggu dalam bilik sewa, aku dapatkan brg yang dia mahu di kedai 24jam 7-11 dan kfc 24jam di sebelah hotel aku menginap. Tak lama aku serahkan brg apa yg dia mahu. Sebelum aku turun, 60 ringgit aku selitkan dalam baju saiful yang masih nyeyak tidor. Aku cium pipi saiful. Doa aku dia jadi anak yang melindungi ibu dia nanti.

Aku keluar dari bilik sewa itu, sayup aku dengar suara perempuan itu 'Tuhan maha kaya.. terima kasih abg'..
Gagah mana pun aku, berderai jugak air mata ketika aku turun setiap anak tangga dari bilik sewa di tingkat 1 rumah kedai itu.

Aku bantu bukan sebab dia siti khadijah, sebab dia seorang ibu yang melacur untuk sedikit susu anak nya yang masih terlalu kecil...

Aku bukan manusia yang baik, tapi aku cuba jadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain...

Semoga kamu terus tabah menghadapi hidup. Itu doa aku untuk kamu siti dan saiful.

Apei - budak kampung

P.s. jika ada manusia yang 'mem-blok' aku dari senarai media sosial atau whatsappnya.. itu aku rasa sedikit terkilan. Cuma aku harap jgn ketika aku hidup ini Tuhan 'mem-blok' aku dari terima hidayah-Nya dan ketika aku mati Tuhan 'mem-blok' aku dari terima syafaat-Nya. Itu aku sedih.

Comments

Popular Posts