Addiction II

Assalamualaikum wbt,

Kira-kira aku sebulan setengah berlalu

Selera makan macam orang gila
Jadinya berat badan naik tak terkira
Mulut tu mengunyah saja dah macam unta
Kacang, jajan, choclate kau sebut aku rembat apa saja

Alhamdulillah semangat masih utuh
Cuma hati sahaja yang masih kental
Harapkan fizikal, memang struggle
Dua minggu sudah, paru-paru merajuk
Lepas tarawih pump tak boleh kembang
Terhuyung-hayang aku ke hospital sorang-sorang
Doktor cakap elok tinggal semalam dua untuk diperiksa
Aku cakap bagi aku ubat sudah cukup sebab aku tau aku gagah perkasa..haha

Tak sampai seminggu di Malaya sekali lagi ke hospital aku diusung
Tulah kata kau pandai mengalahkan doktor
Hari tu ubat, gas, cucuk semua kau harung
Nama aku mungkin belom dalam senarai Izrail

Mungkin juga ilmu masih kurang didada
Aku bukak buku, journal dan sebagainya
Dari salinan keras ke atas talian semua aku baca
Dari maklumat diterima, tempoh 12 bulan pertama memang banyak susahnya
Kordinasi badan mula nak biasa dengan benda yang dulu ada sekarang tak ada
Takpalah aku terima, bukan untuk orang lain, dia dan mereka

Perancangan aku dalam tempoh 12 bulan akan datang
Aku mahu jaga makan, tidur dan kesihatan
Lari dan senam insyaAllah aku teruskan
Cuma risau orang jumpa aku tepi jalan dah terkangkang
Maklumlah paru-paru dan jantung baru nak belajar berpantang

Aku paham, lepas ramadhan ni syaiton dibebas
2 minggu sudah aku dipejabat
percubaan syaiton-syaiton pun boleh tahan hebat
'Alaa sebatang sahaja mari aku tolong lipat'
Persetan mari kau aku buat lepat!

Dihembusnya asap ke angkasa
Bukan biasa-biasa dugaan syaiton aku rasa
Tapi alang-alang dah bertekat apa salah aku terus cuba
Katanya 'Alaa berenti rokok sapa-sapa pun bisa'
Mari sini aku bagi kau tahu kalau kau mampu berhenti makan nasik dan makan ubi kayu saja

Ah banyak pulak yang aku merepek....

Kalau ada masa aku tuliskan lagi
Pengalaman si perokok bercerai dengan kekasih hati
Mana tau boleh jadi pedoman bagi yang mau mencuba nanti
Selamat malam wahai jiwa yang ku sayang sampai mati.

Apei - budak kampung

Comments

Firman Kacak said…
Ketol pun lu boleh stop, takat rokok? What is this?! come on bruhhh..
apei said…
Brg rare dan harga mahal mmg wajib diketepikan. Syaiton.

Popular Posts