بروق

Balik dari semayang jumaat tadi
Aku nampak sekor berok bermain-main
Bermain dan meniti atas kabel elektrik
Aku fikir, salah langkah mati pulak berok ni
Kabel elektrik tu bahaya
Voltannya tinggi

Tu bukan dahan pokok yang kau biasa main sebelum ini
Dahan pokok dalam hutan
Kabel elektrik itu di bandar

Teringat aku seekor berok yang aku kenal
Pun jenis suka bermain-main dengan benda bahaya
Mungkin berok itu biasa bermain-main dengan orang dari hutan
Tapi beza kalau bermain-main dengan orang dari bandar

Dasar berok memang tak tahu mana bahaya mana tidak


Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts