Kamu ada saka? Saya ada fucker!

2-3 hari lepas
Aku pergi ke KPJ Kuching lagi
Temu janji dengan pakar
Pasal batuk aku yang melarat
Keputusan ujian darah pada aku merapu
Keputusan x-ray tak banyak membantu
Doktor buntu
Konklusinya pada aku dungu
Kesudahan aku dia minta makan ubat seguni
Ubat yang tiada kaitan dengan apa yang aku derita ini

Aku usaha cara lain
Mana tau salah makan atau tersalah langkah
Benarlah sangka yang bijak bistari
Ada yang hantar
Mungkin mahu menegur
Terima kasih dan alhamdulillah dinding masih ampuh
Kata ayah? 'Salah-salah hari boleh tumbang sendiri'

Jangan takut jangan ragu
Aku ambil dan buang saja ketepi
Tak pernah niat nak pulang kembali
Aku pun dah janji mahu hidup seribu tahun lagi
Moga esok-esok ada hari untuk kita terus
Berborak, ketawa, usik dan sesekali gadoh juga

Cuma sayang aku tak boleh janji
Berapa detik lagi nafas aku ini
Sebab rindu aku dengan orang yang dah tiada itu
Lebih dalam dari yang ada di depan mata

Nenek kerap juga datang tanyakan kabar aku disini.


Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts