Sediket Soljah

Knok..knok..
Pintu diketuk
Aku buka dan tanya

'Kau siapa?'

Dia tolak aku ketepi
Terus merobos masuk
Duduk di atas sofa

Aku tanya lagi

'Kau siapa?'

Dia jawab

'Mari duduk sini, aku ceritakan kepada kau kisah seorang lelaki tolol'

Aku duduk
Dia mula bercerita

'Pada suatu hari.......'

Sudah beberapa purnama
Sampai hari ini kisah lelaki tolol belom habis

Yang dia masuk itu hati kau
Yang dia cerita itu tentang kau
Dasar tolol

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts