Hari ke 91

Hari ke 90

Kesihatan aku teruk
Ubat tertinggal di rumah
Focus aku pada kerja hilang entah kemana
Nak balik rumah ambik ubat, kenderaan tak ada
Nak tggu ke 6 petang, Allah maha mengetahui
Bila mcm tu mood aku untuk bercakap jadi kurang
Mood aku untuk ketawa entah kemana
Untuk bergurau benda yang biasa aku OK jadi KO

Beberapa hari lagi ada follow-up
Aku decided tak nak pergi
Darah aku kau ambil sampai hampir kering
Akhirnya teori bodoh juga yang kau sajikan
Sebab aku rasa ubat berguni pun aku masih begini

Di KK hujung minggu lepas
Aku cerita pada DSMN kesihatan aku
Dipanggilnya kawan neorologies dari Queen Elizebert
Advisednya, ada seorang pakar untuk simptom begini tapi di Pulau Temasik
DSMN mengator untuk aku ke Temasik seberapa segera. Aku cakap biar aku cuba di KL. Itu pun aku tidak janji.
Kalau pun nazak atau mati, aku mahu di KL dengan Datin sri disebelah bukan dgn doktor yang penuh dgn teori yang tak pasti.

Tanamnya aku pun biar disana. Itu mahu aku.

Hari ni hari ke 91
Aku masih lagi bernafas
Walaupun semakin lesu
Passion buat aku berdiri dan berjalan hari ini

Yang sayang aku
Terima kasih

Yang benci aku
Terima kasih

Yang tidak pasti sayang atau benci
Terima kasih

Kamu-kamu semua sentiasa dalam doa aku. Yang aku terkasar, maafkan aku.

Percayalah, aku tidak mahu begitu.

Sakit ini kadang memaksa aku jadi bukan aku.

Apei - budak kampung

P.s: in any condition, 24hrs is an ample time to start a breakdown conversation...

Comments

Popular Posts