KM2017 - HM3

Esok aku jangkakan hari istimewa untuk aku
Hari yang aku rasa akan buat aku senyum
Senyum sepanjang hari

Esok hari untuk aku bercanda dengan cinta hati aku
Lama aku tunggu
Esok harinya.. pukul empat pagi di padang merdeka
Tapi tak lama, aku ada masa tiga jam sahaja
Takpa janji aku dapat bersama cinta hati aku

Apa lagi kalau bukan kau yang aku panggil 
Bukan marsenah, markonah, mariamah.. tapi marathon...
Separuh marathon atau bersamaan 21km
Kalau semua lancar, esok half marathon aku yang pertama di Kuching. 

Doakan aku sampai ke garisan penamat 
Bukan di hospital berhampiran..

Haha..

Apei - budak kampung

Comments

Popular Posts