Senang

1993
Satu pagi yang biasa ketika aku darjah 3
Aku tolong nenek masak sambal nasik lemak di belakang rumah
Pakai dapur kayu api
Aku lah yang tukang hidupkan kayu api pakai tempurung kelapa
Sambal tu pun untuk aku jugak makan

Nenek... mana pernah mengecewakan harapan cucu lelaki dia ni
Nasib baik bintang dan bulan tu tak dapat dicapai dengan tangan
Kalau tak penuh siling bilik aku dengan bintang dan bulan...

Manja aku ni dengan nenek...

2017
Telefon dimeja pejabat aku berbunyik
Orang dihujung talian mintak bukan-bukan
Mustahil untuk aku sediakan
Kau fikir aku ni nenek kau?

Kembali ke 1993
Tengah aku mencangkung tengok nenek masak sambal tumis sotong kegemaran aku
aku tanya kepada nenek

"Nek, imran tu suka lah ambik apei punya pistol cheri, penat je apei buat"

"Apei cakap dekat dia, apei tak suka, hidup ni senang aje apei, dengar pesan nenek ni

1. Kalau tak suka kita beritahu kita tak suka
2. Kalau kita suka dan sayang, kita beritahu kita suka dan sayang
3. Bila lapar kita makan
4. Bila orang tanya kita jawab dengan jujur
5. Jangan tipu diri sendiri...

Hidup ni senang je, jangan susahkan diri sendiri" Jawab nenek...

Aku termenung tengok sambal yang tengah mengelegak..

Hari ni aku faham dan aku ikut. 

Bila sayang, cakap
Bila rindu, bagi tau
BILA ORANG TANYA, JAWAB! 
dan bila lapar, makan

Apei - budak kampung


Comments

Popular Posts