Syiling Peringatan

Pada aku syiling peringatan (commemorative coins) hanya sekadar syiling dan minat aku pada syiling jenis ini agak kurang berbanding syiling dan note kertas lama.

Adik aku, Firman, minat dia dengan graphic design ni dari kecik
Tapi seriusnya memang tak pernah
Pada umur 15 dia pernah menjadi pelukis sambilan
Kalau kamu tahu majalah GEMPAK
Lepas SPM dia berhenti
Katanya tak puas
Kemudian melukis sekadar untuk memuaskan nafsu serakah hatinya
Master piece nya bersepah-sepah dalam bilik bujangnya
Sampai hari ni...

Aku, melukis bukan minat nombor 1
Minat seni aku lebih kepada music
Ya, aku bermain gitar
Pun sekadar untuk memuaskan nafsu telinga sendiri sahaja
Selainnya nafsu seni aku, aku salurkan kepada masakan
Oh ya, I suka memasak tau you allllll...auch..
Hahahaha..

Feb 2017
Firman ajak aku sertai pertandingan untuk design syiling peringatan sukan sea KL
Selepas sebulan brain-storm tukar itu dan ini
Dengan mendapat komen-komen dari Lela, adik bongsu dan only pompuan... Komen nya macam-macam.. Akhirnya siap design yang kami bertiga setuju...

Design dihantar pada May 2017 atas nama isteri Firman, katanya dia lebih suka underground. Maksudnya dia tak mahu orang kenali dia aku kira.

Semalam, aku dapat berita...

Desing itu akan digunakan sebagai syiling peringatan sukan sea KL 2017.

Itu syiling peringatan yang akan kami adik beradik ingat...

Syiling yang ditempa dengan kenangan kerja tangan, cinta dan idea kami...

Ya setiap sudut dan bentuk dalam rekaan itu ada cerita, ada cinta dari aku untuk kamu.

Apei - budak kampung

Comments

Akak ko! said…
Wahh!! Tahniah!!

Popular Posts