Catatan lama

Xx.xx.2001

"Sudah hampir 3 minggu aku disini. Tinggal di apartment 4 tingkat tepi jalan. Tempatnya cantik, tapi hati aku bukan disini. Aku masih minat soal automotif berbanding kewangan dan perakaunan. Aku mahu balik"

Aku terjumpa diari lama bersama timbunan buku-buku dalam kotak dibilik bujang aku beberapa minggu lepas. Baru hari ini aku selak satu persatu. Aku pernah hendak disekolahkan oleh DSMN di negeri orang putih yang ketara jiwa aku bukan disitu. Seorang, sejuk, sunyi dan gila...

Masa aku banyak dihabiskan seorang diri membaca buku di Buluk Park berhampiran Collin st. Bila lapar aku ke Woolworths. Bila sunyi aku termenung menghadap Yarra river sambil sebut nama nenek 18 juta kali.

Beberapa kali sahaja aku ke kuliah di Victoria University itu. Akhirnya DSMN mengalah syaratnya tetap bidang kewangan dan perakaunan tapi di UiTM. Aku ikutkan asal dapat pulang. Aku lambat 1 semester. Tapi aku gembira. Setidaknya aku dapat jumpa nenek selalu.

Sambal goreng nenek, setakat hari ni belom ada yang mampu mengantikan.

Apei - budak kampung

Comments

Isa said…
Salam, come over to Katanning. we all miss you!

Popular Posts