3-4 hari ni..

3-4 hari ni
waktu tidur aku tak tentu arah
Tidurnya aku awal
Awal tu jam 9 malam
Bangunnya aku juga awal
Awal tu jam 130 pagi
Kemudian tak tidur-tidur lagi
Bila jam 9 pagi
Barulah mata ini mengantuk kembali

3-4 hari ini
Kesihatan aku juga terganggu
Ke hospital ketika waktu kerja
Itu bukanlah kebiasaannya aku
Itu terjadi di hari kelmarin

3-4 hari ini
Aku sedikit bingung akan apa mahunya diri aku
Hilang arah dan punca
Mungkin perlu banyakkan doa
Agar petunjuk tuhan itu sentiasa bersama

3-4 hari ini
Aku rasa malu sama diri aku sendiri
Banyak hal yang kamu tidak harus tahu soal aku
Kamu jadi tahu kini
Jadi, aku malu dengan aku yang tidak tahu
Menyimpan apa yang perlu
Dan memberi apa yang patut
Itu aku panggil si tuli

Hari ini,
Mungkin:
Soal tidur, jangan lagi ambil kopi o pekat sebelum tidur
Soal kesihatan, aku harus jaga waktu sukan
Soal arah, aku perlu cari sesuatu yang aku benar mahu
Soal malu, semua orang buat salah. Esokkan hari baru!

Andailah semua semudah itu...

Apei - budak kampung


Comments

Popular Posts